Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, qaddasallah sirrahu, memberi nasihat: “Ketahuilah membaca selawat kepada Nabi Muhammad saw adalah salah satu ibadah paling mulia, bentuk ketaatan paling luhur, ibadah yang paling tinggi nilainya yang diperintahkan Allah swt kepada kita, sebagai bentuk penghormatan, pemuliaan dan pengagungan terhadap derajat beliau. Orang yang membaca selawat dijanjikan akan mendapatkan tempat paling indah di akhirat dan pahala paling besar.”
Membaca selawat adalah amal perbuatan yang menyelamat kan, ucapan paling utama, ibadah yang menguntungkan, mengandung barakah paling banyak dan ahwal yang paling kokoh. Dengan membaca selawat, seorang hamba dapat meraih keredhaan Tuhan yang Maha Penyayang. Memperoleh kebahagiaan dan restu Allah swt, barokah-barokah yang dpt dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia dapat naik ke tingkatan darjat yang lebih tinggi, mampu mengubati penyakit hati dan diampuni dosa-dosa besarnya.
Allah swt berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىِّ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (QS Al-Ahzab 33:56).
Dalam Kitab As-Safinah Al-Qadiriyah, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani juga menjelaskan tentang keutamaan-keutamaan berselawat kepada Rasulullah saw dengan merujuk apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Furhan dlm kitab Haqa’iq Al-Anwar. Beliau menyebut 42 keutamaan dan keuntungan berselawat kepada Nabi. Menurutnya, “Membaca selawat kepada Nabi membuahkan banyak faedah yang dapat diraih oleh seorang hamba:
- Berselawat untuk Nabi berarti melaksanakan perintah Allah swt.
- Berselawat untuk Nabi berarti meniru Allah yang berselawat kepada Nabi.
- Berselawat untuk Nabi berarti meniru malaikat-malaikat Nya yang berselawat kepada Nabi.
- Mendapat balasan 10 kali lipat selawat dari Allah swt utk diri kita pada setiap selawat yang kita diucapkan.
- Allah akan mengangkat derajat orang yang membaca selawat 10 tingkat lebih tinggi.
- Mendapat 10 catatan kebaikan.
- Allah swt menghapuskan 10 dosa keburukan.
- Berpeluang besar doanya akan dikabulkan Allah swt.
- Selawat adalah syarat utama mendapat syafaat dari Rasulullah saw.
- Selawat adalah syarat untuk mendapat ampunan Allah dan akan ditutup segala aib.
- Selawat adalah syarat untuk memperoleh perlindungan dari segala hal yang ditakutinya.
- Selawat adalah syarat seseorang dapat dekat kepada Rasulullah saw.
- Nilai selawat sama dengan nilai sedekah.
- Selawat adalah alasan bagi Allah dan para malaikat untuk membacakan selawat balasan.
- Selawat adalah syarat kesucian jiwa dan raga bagi pembacanya.
- Terpenuhinya segala keinginan.
- Selawat adalah alasan seseorang mendapat kabar baik bahwa dirinya kelak akan memperoleh surga.
- Selawat adalah faktor memperoleh keselamatan di Hari Kiamat.
- Selawat adalah alasan bagi Rasulullah saw untuk mengucapkan selawat balasan.
- Selawat dapat membuat pembacanya teringat akan semua hal yang dilupakannya.
- Selawat dapat membuat harumnya sebuah majelis pertemuan dan orang-orang yang hadir tidak mendapat kerugian di Hari Kiamat kelak.
- Selawat dapat menghilangkan kemiskinan dan kefakiran bagi pembacanya.
- Selawat dapat menghapus julukan orang kikir ketika selawat dibacakan.
- Selawat menjadi penyelamat dari doa ancaman Rasulullah bagi orang yang membaca selawat ketika namanya disebutkan.
- Selawat akan mengiringi perjalanan pembacanya kelak di atas jambatan menuju surga dan akan menjauh dari orang yang tidak membacanya.
- Selawat akan menghilangkan keburukan-keburukan di suatu majelis pertemuan yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah dan Rasul-Nya.
- Selawat adalah penyempurna pahala dari sebuah percakapan yang dimulai dengan menyebut nama Allah dan membaca selawat kepada Rasul-Nya.
- Selawat adalah faktor yang dapat menyelematkan seorang hamba ketika berada di atas jambatan Sirat.
- Selawat menghapus status sebagai pembenci selawat.
- Selawat adalah alasan bagi Allah untuk mengumumkan pujian baiknya kepada pembaca selawat tersebut di hadapan semua makhluk, baik di bumi maupun di langit.
- Selawat dapat mendatangkan rahmat Allah.
- Selawat dapat mendatangkan berkah.
- Selawat dapat melanggengkan dan mempertebal cinta kepada Rasulullah saw dimana cinta ini merupakan simpul pokok keimanan dan keimanan seseorang belum sempurna tanpa adanya cinta kpd Nabi.
- Selawat dapat memikat hati Rasulullah agar mencintai dirinya.
- Selawat mendatangkan hidayah dan menghidupkan hati yang telah mati.
- Selawat adalah syarat agar nama pembacanya disebut-sebut di hadapan Rasulullah SAW.
- Selawat dapat memantapkan iman dan Islam serta membacanya sama dengan memberi hak yang layak diterima oleh Rasulullah SAW.
- Selawat merupakan bentuk syukur kita atas segala nikmat dari Allah SWT.
- Bacaan selawat mengandung zikir, syukur dan pengakuan atas nikmat Allah SWT.
- Selawat yg dibaca seorang hamba adalah bentuk doa dan permohonan kepada Allah, terkadang doa itu dipersembahkan kepada Nabi saw dan tak jarang pula untuk dirinya sendiri, kerana selawat dapat mendatangkan tambahan pahala.
- Selawat adalah buah yg paling manis dan faedah paling utama yang dapat didatangkan dari pembacaan selawat atas Nabi adalah melekatnya gambaran seorang Nabi yang mulia di dalam jiwa pembacanya.
- Memperbanyak bacaan selawat atas Nabi saw menjadikan dirinya satu tingkatan dengan darjat seorang Syeikh Murabbi.
(As-Safinah Al-Qadiriyah Li Asy-Syeikh ‘Abd Qadir Al-Jilani Al-Hasani).
KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W. MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S.
Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s. telah berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w.
empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada aku:-
- Taubat aku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Muhammad s.a.w. diterima disebarang tempat oleh Allah s.w.t..
- Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka, maka Allah s.w.t. menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat durhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberikan mereka pakaian.
- Ketika aku telah berdurhaka kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat durhaka Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.
- Memang benar aku telah durhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.w.t. durhaka kepada Allah akan dimasukkan kedalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t..
Sumber: Himpunan Cerita-Cerita Wanita Dan Laki-Laki Dalam Al-Quran Dan Hadis.
TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاه.
ُ
AGAMA ITU NASIHAT.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
“ Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82)
Penjelasan :
Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga persaudaraan dan persahabatan ini menjadi sebab musabab kita beroleh redha Allah. Salah satu sifat sahabat dan saudara yang baik ialah saling tegur menegur dan nasihat menasihati dalam menyatakan kebenaran dan meluruskan kepincangan.
Nasihat berasal dari perkataan NASHOHA yang membawa maksud “ Menampal sesutu yang koyak” atau “ Menjernihkan sesuatu yang keruh”. Dari maksud ini dapat difahami bahawa sifat nasihat itu ialah menampal atau menutup keaiban dan menjernihkan suasana atau keadaan. Adalah kurang bijak sekiranya seseorang memberi nasihat kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama perbuatannya itu mengusudkan lagi keadaan. Umpama kain yang sudah koyak ditambah lagi koyaknya. al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata:
النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له
“ Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.” (Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 79)
TUNTUTAN MEMBERI NASIHAT :
Ibnu Baththal rahimahullah (Wafat: 449H) berkata:
والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم
“ Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/39. ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 4/211)
SEBAIK-BAIK NASIHAT :
Sebaik-baik nasihat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Dalam beberapa hadis yang lain disebutkan suatu prinsip bahawa kita diperintahkan supaya menutupi aib dan menyembunyikan kesalahan orang lain. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“ Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692)
mam as-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) juga pernah berkata:
من وعظ أخاه سرا فقد نصحه وزانه ومن وعظه علانية فقد فضحه وشأنه
“ Sesiapa yang menasihati saudaranya secara senyap-senyap (rahsia),
maka dia telah memberikan nasihat dan memuliakan. Dan sesiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan, maka sebenarnya dia telah membongkar aib dan merendahkannya.” (an-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 1/13)
Seorang da’ie atau muslim yang bijak apabila menegur kesalahan seseorang tidak dicanang dan dihebohkan kesalahan itu dan siapa pelakunya. Nasihat dilakukan hanya di antara dia dengan pelaku tersebut. Inilah sifat nasihat yang sebenar iaitu menampal yang koyak bukan menambah koyaknya. Menjernihkan yang keruh bukan mengeruhkan lagi keadaan.
BILAKAH NASIHAT BOLEH DILAKUKAN SECARA TERBUKA?
Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain. Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:
لناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ: ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له
“ Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah.” (al-Khallal, al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar, m/s. 35)
Mutakhir ini banyak isu berkenaan personality agama di TV yang digemari mengutarakan pandangan , fatwa atau idea yang bercanggah dengan kaedah usul dan akidah islam. Mereka bebas mengutarakan pandangan di laman sosial atau media massa tanpa sebarang sekatan. Pandangan dan idea mereka mudah mempengaruhi ummah lantaran nama dan kemasyhuran sebagai personaliti kesukaan. Malang sekali apabila ditegur kita dianggap cemburu dan tidak berhikmah kerana membuat teguran terbuka. Sedangkan kesalahan yang mereka lakukan itu secara terbuka dan memberi kesan yang negative buat umat ini. Lantaran itu teguran juga mestilah secara terbuka agar umat tidak terus tersirna dengan kemasyhuran seseorang sehingga alpa dari kebenaran yang pasti.
وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه
“Adapun menyembunyikan kesalahan yang dituntut (mandub) di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang yang dikenali serta yang seumpama dengannya yang terdiri dari mereka yang tidak dikenali dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka dituntut agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, dibimbangi kemudharatan hasil dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikan ia semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memceroboh kehormatan dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mengikutinya.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/135)
Contoh nasihat atau teguran secara terbuka, terang-terangan dan di khalayak ramai :
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَلَّيْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَارْكَعْ
“ Dari jabir bin Abdullah Radhiyallahu ‘anhu berkata : “ Sedang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkhutbah pada hari jumaat, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: adakah engkau telah solat wahai fulan?” lelaki itu menjawab : tidak. ( lalu ) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “ bangunlah dan solat ( dua rakaat tahyatul masjid )” ( HR Muslim ; 875 )
Sekalipun perbuatan lelaki itu hanya meninggalkan solat sunat sahaja. Bukan munkar yang besar tetapi baginda menegurnya kerana perbuatan itu dikhalayak ramai yang boleh mempengaruhi orang lain sehingga mengambil ringan pada suatu yang sunnah. Inilah yang menjadi dasar kebimbangan khalifah umar ketika menegur saiyyidina Uthman bin ‘Affan secara terbuka. Diriwayatkan bahawa :
حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَعَرَّضَ بِهِ عُمَرُ فَقَالَ مَا بَالُ رِجَالٍ يَتَأَخَّرُونَ بَعْدَ النِّدَاءِ فَقَالَ عُثْمَانُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَا زِدْتُ حِينَ سَمِعْتُ النِّدَاءَ أَنْ تَوَضَّأْتُ ثُمَّ أَقْبَلْتُ فَقَالَ عُمَرُ وَالْوُضُوءَ أَيْضًا أَلَمْ تَسْمَعُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu menceritakan : “ ketika Umar bin al-Khattab sedang berkhutbah kepada orang ramai pada hari jumaat, tiba-tiba masuklah Uthman bin ‘Affan . maka Umar menoleh ke arahnya lalu berkata : “ apa hal dengan seorang lelaki yang datang lewat selepas azan?”. Maka Usman menjawab : “ Wahai amiral mukminin! Aku tidak menambah-nambah ( Melakukan perbuatan lain ) tatkala mendengar azan selain terus berwuduk kemudian terus datang.” Maka berkata Umar : “ dan wuduk juga?” , tidakkah kalian dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Apabila salah seorang dari kamu ingin datang menunaikan jumaat , maka hendaklah dia mandi ( sunat jumaat )”. (HR Muslim ; 845 )
Jelas sekali teguran khailifah Umar itu dilakukan secara terang-terangan di khalayak ramai. Ia bertujuan untuk mengigatkan umaah kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan agar mereka tidak terikut dengan kesilapan atau kealpaan seseorang sekalipun seorang tokoh dari kirami as Sohabah.
Apa yang amat menakjubkan ialah sikap saidina Uthman yang tidak membantah teguran itu dan akur dengan kesilapannya. Inilah akhlak yang sepatutnya ada pada para ilmuan harapan ummah hari ini. Berlapang dada dan sedia menerima teguran serta mahu membetulkan keadaan bukan mempertahan diri dengan pelbagai alasan.
Kesimpulan :
Agama itu adalah nasihat. Ia hanya berguna kepada mereka yang mahu mengambil manafaatnya. Dalam menegur sesuatu ingatlah kita dituntut berhikmah dan ikhlas kerana Allah. Hikmah bukan bererti dengan pendekatan lemah-lembut dan tersembunyi sahaja. Hikmah bermaksud menegur sesuai dengan situasi dan keadaan.
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.
Doakan Istiqamah. Maaf tazkirah ini agak panjang.. terimakasih kerana sabar membaca..
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Doakan istiqamah.
Wassalam.