KELEBIHAN UMAT RASULULLAH SAW MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W. MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S.

Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s. telah berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w.

* Klik Disini

empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada aku:-

  1. Taubat aku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Muhammad s.a.w. diterima disebarang tempat oleh Allah s.w.t..
  2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka, maka Allah s.w.t. menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat durhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberikan mereka pakaian.
  3. Ketika aku telah berdurhaka kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat durhaka Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.
  4. Memang benar aku telah durhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.w.t. durhaka kepada Allah akan dimasukkan kedalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t..

Sumber: Himpunan Cerita-Cerita Wanita Dan Laki-Laki Dalam Al-Quran Dan Hadis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *