fbpx

maahad al-Tahzib wa al-Ta'alim

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

” FIRMAN Allah SWT Yang Bermaksud: “Dan (Ingatlah), Ketika Nabi Musa Berkata Kepada Kaumnya: Sesungguhnya Allah Menyuruh Supaya Kamu Menyembelih Seekor Lembu Betina. Mereka Berkata: Adakah Engkau Hendak Menjadikan Kami Ini Permainan? Nabi Musa Menjawab: Aku Berlindung Kepada Allah Daripada Menjadi Seorang Daripada Golongan Yang Jahil (Yang Melakukan Sesuatu Yang Tidak Patut).” (Surah Al-Baqarah, Ayat 67)Kisah Lembu Betina Yang Allah SWT Ceritakan Menggambarkan Tabiat Bani Israel Dan Watak Mereka Sejak Turun-Temurun. “Ia juga menjelaskan kudrat Allah SWT, hakikat kebangkitan, mati dan hidup.Ciri utama Bani IsraelCiri utama Bani Israel diperkenalkan begitu jelas dalam kisah lembu ini iaitu putusnya hubungan mereka dengan keimanan, kesukaran mempercayai apa yang disampaikan rasul, enggan menurut perintah, mencari alasan dan suka mempersenda sesuatu disampaikan dengan mulut yang lancang.Apabila Nabi Musa menyampaikan perintah Allah SWT supaya mereka menyembelih seekor lembu betina, reaksi yang sepatutnya ialah mereka mematuhi perintah itu tanpa banyak soal kerana Nabi Musa adalah nabi dan pemimpin yang menyelamatkan mereka daripada cengkaman serta penindasan Firaun.Biadab terhadap Nabi MusaNamun, jawapan mereka sangatlah biadab apabila menuduh Nabi Musa mempermainkan mereka dengan menggunakan nama Allah SWT. Nabi Musa sangat kecewa dengan pertanyaan seperti itu kerana nabi tidak berdusta dan bergurau menggunakan nama Allah.Sebagai jawapan kebiadapan ini, Nabi Musa memohon perlindungan Allah SWT daripada termasuk golongan yang jahil.Ayat dalam surah al-Baqarah ini memaparkan kisah berlaku dalam masyarakat Bani Israel yang melihat sendiri seorang lelaki dibangkitkan kembali selepas kematiannya untuk mendedahkan siapakah pembunuhnya dan selepas itu dia mati kembali.Masyarakat Bani Israel berada dalam suasana yang sungguh buruk, mereka melakukan jenayah, kemudian menyembunyikan sehingga tidak dapat dikesan siapakah melakukannya. Mereka sedia membuat pakatan menyembunyikannya daripada pihak berkuasa.Kisahnya bermula apabila seorang lelaki kaya daripada kalangan Bani Israel dibunuh dan mayatnya diletakkan di kampung berdekatan dengan tempat pembunuhannya. Kejadian itu menimbulkan pertikaian dan tuduh-menuduh antara dua kampung berkenaan mengenai siapakah pembunuhnya.Perkara itu dirujuk kepada Nabi Musa dan mereka meminta Baginda bermunajat kepada Allah SWT supaya didedahkan siapakah pembunuhnya. Allah SWT memerintahkan Bani Israel menyembelih seekor lembu betina, sebenarnya jika mereka menyembelih mana-mana lembu pun sudah memadai.Sebahagian lembu itu digunakan untuk dipukul atas mangsa bunuh dan dia akan memberitahu siapa yang membunuhnya, maka selesai segala masalah. Bagaimanapun, Bani Israel menunjukkan sikap angkuh dengan tidak mempercayainya dan bertanya pelbagai soalan mengenai sifat dan rupa lembu.

“Seseorang yang sentiasa di dalam majlis ilmu, maka mereka akan sentiasa mendapatkan nasihat-nasihat agama sebagai peringatan. Peringatan kepadanya kerana kita ini makhluk yang sering terlupa. Peringatan ni suatu nikmat daripada Allah s.w.t kerana peringatan itu daripada Allah s.w.t sendiri. Mendapat rahmat Allah.”

“Apabila seseorang itu menerima nasihat dengan berlapang dada, maka Allah s.w.t akan mencampakkan hidayah kepadanya.

Ulamak menyifatkan manusia yang sentiasa terlupa ini umpama terkena penyakit amnesia, dia hilang ingatan.

Manusia memerlukan nasihat supaya tidak lupa.”

“Orang yang menerima nasihat dapat menghidupkan hatinya yang mati.

Dan Seluruh alam ini ialah tanda untuk kita membaca, yakni alat untuk memperolehi ilmu untuk kita dekat kepada Allah s.w.t, keesaan kepada Allah s.w.t. Dan alam ini dinamakan sebagai alam iaitu ilmu atau alamat atau petanda. Yakni alat utk memperolehi ilmu, dan diantaranya ialah gunung adalah ayat yang kita perlu baca, langit yang terbentang adalah ayat yang perlu kita baca. Untuk kita mendapatkan rahmat Allah s.w.t.”

“Apakah itu rahmat? Rahmat ialah kesayangan, kasih sayang, atau mendapat rahim Allah s.w.t.

Dan tempat curahnya rahmat Allah ialah dirumah-rumah Allah atau tempat-tempat yang diizinkan oleh Allah s.w.t untuk mengagungkan-Nya.”

“Bagaimana harta dunia itu memberi ketenteraman didalam jiwa manusia? walhal Rasulullah s.a.w pernah bersabda;

“Dan harta dunia semua tu adalah dilaknat oleh Allah s.w.t.”

Ketenteraman hati atau jiwa itu terletak pada point akhirat bukan daripada segi point dunia, yakni bukan dari segi rumah besar kereta mewah, akan tetapi daripada hati yang sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t.

Apabila manusia mencari sesuatu pada tempat yang betul, maka ia akan dapat mencari sesuatu itu. Begitu juga dengan ketenangan. Ketenangan itu satu yang mahal, barangsiapa yang mencari ketenangan perlulah cari di tempat yang betul iaitu dirumah-rumah Allah s.w.t.

Dizaman kita sekarang, adab amatlah penting. Kenapa imam Al-Ghazali membuka pendahuluan kitabnya dengan adab-adab? Kerana Rasulullah s.a.w mengajar kita adab, yakni memperadabkan sesuatu. Dan adab adalah aspek yang mencakupi segala perbuatan yang akan kita lakukan. Dan alat untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Adab juga perkara bagaimana untuk berinteraksi dengan Allah s.w.t dan juga manusia. Kita juga diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk beradab kepada para rasul, para malaikat, kitabullah dan sekalian makhluk Allah s.w.t. dan didalam menuntut ilmu juga ada adabnya, adab didalam menuntut ilmu dan memilih gurunya.

Berapa ramai di kalangan kita yang tidak berhati-hati memilih guru lantas belajar dengan orang yang tidak betul pemikirannya? Berapa ramai di kalangan kita yang belajar dengan guru yang tidak menjaga adab sebagai guru?” Yang mengutuk sana sini, mencerca alim ulamak, tidak beradab didalam kata-kata mahupun perbuatan mereka?” “Berapa ramai di kalangan kita belajar sesuatu ilmu bukan dari ahlinya, belajar Feqh dari jurutera, belajar hadis dari ahli bahasa? Lebih teruk lagi, berapa ramai pula yang belajar tanpa guru? Membaca sana dan sini, lalu mengambil hukum sendiri terus dari sumbernya Al-Quran dan Hadith tanpa panduan daripada ulama. Tafsir sendiri ikut akal dia.

Ilmu agama ini amat mahal dan perlu kita beradab dengannya. Perlulah diambil daripada dada para ulama yang ahlinya, bersanad sambung kepada Rasulullah s.a.w”.

Kata Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi, “Seseorang boleh diangkat darjatnya oleh Allah s.w.t dengan bersabar dengan perkara yang tak disukainya pada pasangannya”. Sebab Allah menjanjikan: “Jika kamu tak suka pada pasangan kamu tapi kamu bersabar, Allah s.w.t berjanji akan berikan kebaikan yang banyak”.Sabar dan Allah akan beri kebaikan yang banyak, atau jika kamu tak sabar, maka akan berlaku perceraian.

Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sha’rawi menceritakan: Ada seorang itu jika datang ke majlis, wajahnya berseri-seri dan disanjung orang.Setelah beberapa lama, tiada lagi apa yang pernah dilihat padanya.Lalu ditanya padanya, “Dulu kami nampak kamu lain macam, tapi sekarang sudah tidak ada apa yang kami nampak dulu”.Jawabnya, “Ya, dulu saya diganggu isteri saya dan saya bersabar sehingga saya diberi kebaikan yang banyak.Tapi sekarang isteri saya sudah meninggal dunia dan kebaikan itu tiada lagi diberikan kepada saya”.Intinya – Peganglah apa yang dijanjikan Allah s.w.t untuk mendahulukan ehsan berbanding adil!Beri hak pasangan tanpa terlalu menuntut hak diri sendiri,bahkan kalau boleh beri lebih daripada yang sepatutnya.Kalau kita mulakan berlaku ehsan kepada pasangan, pasangan juga akan berlaku ehsan pada kita, maka kehidupan rumah tangga kita macam di syurga.Kalau tak percaya – buat.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ

Allah S.w.t berfirman:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ

“ Katakan (wahai Nabi s.a.w) apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.” (Az-Zumar: 9)

Penjelasan: Wahai saudara-saudaraku yang beriman, semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Tanda kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah ialah kita masih diberi peluang untuk berada di majlis ilmu pimpinan para ulama murabbi. Saranan dan ilmu mereka menyentuh kalbu kita sehingga tunduk jiwa dan nafsu kita kepada perintah Allah. Ketahuilah ketika kita masih diberi peluang mengutip ilmu dan hikmah dari para murabbi sebenarnya kita berada dalam kemuncak kasih sayang Allah. Perkataan ulama’ bermaksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan” dalam penafsiran Islam pula ulama merujuk kepada pengertian-pengertian berikut :

1) Ulama adalah seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian kerana mereka adalah hamba Allah yang amat takut kepada Allah. Allah S.w.t berfirman:

إِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمآءُ

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari hamba-hamba-Nya hanyalah ulama.” (Fathir: 28)

2) Para ulama dikenali dengan ilmu dan keteguhan pendirian. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah kerana mereka adalah pewaris nabi dan rasul. Rasulullah S.a.w bersabda:

الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ

“Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda r.a)

3) Ulama’ dikenali dengan ibadah, khusyuk, tawadhuk, dan berakhlak mulia hasil kefahaman yang mendalam dari al-Quran dan as-Sunnah. Rasulullah S.a.w bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ

“Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapatkan kebaikan, maka Allah akan mengajarkannya ilmu agama.” ( HR al-Bukhari ( 71))

4) Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam . Mereka menduduki martabat dan penghormatan yang tinggi dalam agama dan pandangan ummah. Allah S.w.t berfirman:

يَرْفَعِ اللهُ الَّذِيْنَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجاَتٍ

“Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberikan ilmu ke beberapa derajat.” (Al-Mujadalah: 11).

Ibnu ‘Abbas r.a berkata: “(Kedudukan) ulama berada di atas orang-orang yang beriman sampai 100 derajat, jarak antara satu derajat dengan yang lain seratus tahun.” (Tadzkiratus Sami’, hal. 27). Allah S.w.t berfirman:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ

“Katakan (wahai Nabi s.a.w) apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.” (Az-Zumar: 9)

5) Ulama’ dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami, mengolah serta menganalisa tujuan-tujuan syariat. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan. Mereka adalah rujukan umat. Allah S.w.t berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ

“Maka bertanyalah kalian kepada ahli dzikir (ahlinya/ ilmu) jika kalian tidak mengetahui.” (An-Naml: 43).
Allah S.w.t berfirman:

وَمَا يَعْقِلُهَا إِلاَّ الْعَالِمُوْنَ

“Dan tidak ada yang mengetahuinya (perumpamaan-perumpamaan yang dibuat oleh Allah) melainkan orang-orang yang berilmu.” (Al-’Ankabut: 43).

Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di rahimahullah dalam Tafsir-nya mengatakan: “Melainkan orang-orang yang berilmu secara benar di mana ilmunya sampai ke lubuk hatinya.” (Tafsir As-Sa’di, hal 581).

Kesimpulan :

Kehidupan kita hari ini sentiasa memerlukan bantuan dan khidmat orang lain. Seorang pakar bedah jantung tidak akan mampu untuk membaiki enjin kereta yang rosak. Seorang guru tidak mampu untuk mengemudi pesawat sebagai juru terbang. Begitulah halnya dalam kehidupan beragama. Kita diperintahkan untuk merujuk kepada golongan yang pakar memahami syariat dengan disiplin-disiplin ilmu yang benar. Mereka adalah ulama yang menjadi obor ummah dalam kepimpinan ilmu, iman, amal, taqwa dan taat agar umat tidak tersesat jalan ke akhirat. Tidak semua orang boleh bercakap hal-hal hukum, ibadah, muamalah dan syariat kecuali mereka yang pakar mengenainya. Firman Allah:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

“dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.” ( QS al-Israk ; 36 )

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat… Aamiiin.