Selamat Datang Ke
Maahad Al-Tahzib Wa Al-Ta'alim
Pengajian Turath Dan Tahfiz
Syekh Abu Ahmad Al-Qadiri
Sepatah kata dari pengetua Maahad
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Antara nikmat Allah Taala yang teragung ialah ilmu. Rasulullah SAW bersabda: Para nabi tidak meninggalkan dinar dan dirham, tetapi meninggalkan ilmu. Ilmu tersebut diwarisi oleh ulama pewaris nabi. Antara ulama tersebut ialah Imam Abu Hasan al-Asyari, Imam Muhammad bin Idris al-Syafie dan Syeikh Junaid al-Baghdadi. Untuk meneruskan kesinambungan penyebaran ilmu tersebut kepada umat Islam, maka Maahad Tahzib wa Taalim ditubuhkan pada tahun 2008 dengan limpah kurnia dan taufiq daripada Allah Taala. Pengajian berasaskan kepada kitab-kitab turath yang ditulis oleh ulama Islam yang muktabar. Pengajian bermula dengan menghafaz ringkasan, penelitian syarah dan penghayatan dalam bentuk amalan. Oleh itu, pihak Maahad Tahzib wa Taalim menyeru semua umat Islam agar bersama membantu dan menyokong penyebaran ilmu Islam. Islam hanya dapat dipelihara apabila terdapat pendokong kepada ilmu Islam dan amalannya. Kesinambungan ini penting agar generasi akan datang dapat dibimbing daripada sudut jasmani dan ruhaninya. Segala kesempurnaan hanyalah bagi Allah Taala semata-mata. Moga usaha yang kecil ini dapat menyumbang dalam menambahkan ilmu agama kepada generasi semasa dan akan datang. Sesungguhnya sebaik-sebaik manusia ialah orang yang mempelajari al-Quran, mengajarkannya dan menyumbang kepada pengembangan ilmu Islam.
maahad Tahzib
MAAHAD AL-TAHZIB WA AL-TA’ALIM atau ( MTWT ) ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan masih beroperasi sehingga sekarang. Maahad ini berdaftar secara sah dengan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) dengan nombor pendaftaran ( BZH 8028). Selain itu MTWT juga berdaftar sebagai ahli Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS) dan juga menjadi Penolong Amil Zakat Selangor yang bertauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Maahad Al-Tahzib menyediakan pengajian seperti berikut:
Pendidikan
Pengajian turath
Tahfiz
talaqqi musyafahah
tarbiah
akademik
Saham Akhirat
perumpamaan orang-orang yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, seperti orang yang menanam sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai terdapat seratus biji, dan Allah SWT melipat gandakan balasan kepada orang-orang yang dikehendaki, dan Allah maha Luas anugerahNya lagi Maha Mengetahui.
Dikalangan pelajar tidak mampu untuk membayar yuran bulanan, namun mereka mempunyai potensi untuk berjaya.
Alumni MTWT
Aiman Affaf Bin Mohd Samli
Maahad Al-Tahzib Wa Al-Ta’alim
Pengajian Turath ( 2012 – 2014 )
Universiti Al Azhar Mesir
“MTWT Mengubah saya dari pelbagai sudut, bermula dengan hafazan teks asli (MATAN) bagi setiap cabang ilmu sehingga mendalaminya dengan syarahan yang telah disusun rapi. Mtwt juga mengubah segala persepsi dan kemahiran saya serta mengajar saya tentang adab yang sebenar, khususnya bersama Ulama sesepuh dan masyarakat..”
Siti Nuratiyah
Maahad Al-Tahzib Wa Al-Ta’alim
Pengajian Turath ( 2011 – 2019 )
Kolej Universiti Islam Selangor
Degree Bahasa Arab Terjemahan
“Banyak ilmu yang saya dapat dari Maahad Al-Tahzib membuatkan perjalanan pembelajaran saya di peringkat asasi dan degree mudah. Ilmu yang saya yakin saya tidak akan dapat di skolah lain. Disebabkan ilmu yang saya perolehi ni juga saya boleh membantu kawan2 saya…”
Program
program sepanjang tahun 2023
Rehlah Perdana
Program rehlah sambil belajar bagi memberi semangat baru setelah bertungkus-lumus mempelajari ilmu Allah
Maulid Nabi bersama Penduduk
Program bersama merapatkan silaturrahim bersama penduduk Taman D,Kayangan di surau Nuruddin Seksyaen 13.
Syarahan Kitab
pelajar menerangkan semula dihadapan para pelajar pengajian yang telah dipelajari.
Galeri Ilmu
Kelebihan Orang Yang Hadir Majlis Ilmu
“Orang yang duduk menghadiri Majlis Ta’lim (Ilmu), sekalipun tidak ingat akan Ilmu yang disampaikan, akan memperolehi TUJUH KEMULIAAN : 1. Kemuliaan orang yang menuntut Ilmu
12 YANG DIDOAKAN MALAIKAT
Pada hari kiamat nanti, para malaikat akan memberikan syafaat, sebagaimana dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yang lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafaat di
RAHSIA SERTA KEAJAIBAN TULANG SULBI
RAHSIA SERTA KEAJAIBAN TULANG SULBI Soalan : Ustaz. boleh tak ustaz terangkan tentang tulang ekor manusia (coccyx)? Terima kasih. Jawapan : Apa sebenarnya rahsia serta