
SUKATAN PENGAJIAN

PENGAJIAN AL-QURAN
Tahap minima yang diwajibkan bagi setiap pelajar di sini untuk menghafal al quran ialah 15 juzuk dalam masa 5 tahun. Ini bermakna setiap tahun pelajar-pelajar perlu menghafal 3 juzuk. Waktu menghafaz adalah dilakukan di waktu kelas dan asrama dari isnin sehingga jumaat manakala sabtu dan ahad adalah waktu untuk ulangan hafazan

PENGAJIAN TURATH
Kitab-Kitab Pengajian Di Sini Terdiri Daripada Kitab-Kitab Turath Atau Kitab Kuning Yang Muktabar Karangan Para Ulamak Terdahulu Samada Dari Nusantara Sendiri Mahupun Dari Timur Tengah.
Intipati Daripada Kitab-Kitab Tersebut Telah Disaring Dan Dijadikan Silibus Pengajian Di Mtwt.
Selain Itu Juga Terdapat Sebuah Perpustakaan Yang Menyimpan Ribuan rujukan Daripada Koleksi Kitab-Kitab Turath Di Sini.
Peringkat Ibtida’i (2 Tahun)
- Jauharah al-Tauhid (Aqidah)
- Al-Baiquniyah (Mustalah Hadis)
- Ar-Rahbiyah (Faraid)
- Al-Jazariyah (Tajwid)
- Al-Waraqat (Usul Feqah)
- Al-Qawaid Fiqhiyyah (Fekah)
- Ta’limul Muta’alim (Akhlak)
- Hidayatul Rahman (Tajwid)
- Mukhtasar Ibn Abi Jamrah (Hadith)
- Matan Bina’ Wal Asas (Sorof)
- Ghoyatul Taqrib (Fekah)
- Risalah Baijuri (Tauhid)
- Ummul Barahin (Tauhid) dan lain-lain.
Peringkat Sanawi (3 Tahun)
- Fathul Qarib (Fekah)
- Fath al-Muin (Fekah)
- Syarahul Hudhudi (Akidah)
- Mukhtasorun Jiddan (Nahu)
- Syarah Sowi ‘Ala Jauharah Tauhid (Tauhid)
- Mutammimah (Nahu)
- Syarhul Azhari (Nahu)
- Syarhul Azhariah ‘Ala Muqaddimatil Jazariah (Tajwid)
- Syarhul Manzumatil Baiquniyyah Fi Mustolah Hadith (Mustolah Hadith)
- Hikam Ibnu Ataillah (Tasauf)
AKADEMIK
Pengajian Akademik di MTWT ini bermula dari tingkatan 3. Ini kerana sewaktu pelajar berada di tingkatan 1 dan 2, mereka lebih disarankan untuk menguasi hafazan serta pengajian kitab terutama bahasa arab dan fardhu ain.
Setelah berada di tingkatan 3, para pelajar akan memulakan pembelajaran akedemik teras seperti berikut:
Subjek Teras
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Perniagaan
Subjek tambahan
Bahasa Arab Tinggi
Pendidikan Islam
Tasawwur Islam
Pendidikan Al Quran dan Sunnah