fbpx

Tahfiz sepenuh masa

Sistem Pengajian Tahfiz

Hafazan Baru

  1. Pembacaan yang betul secara tahqiq
  2. Pengulangan 10 kali pertama tanpa salah berturut2 secara tahqiq
  3. Pengulangan 10 kali kedua tanpa salah berturut2 secara tadwir
  4. Pengulangan 10 kali ketiga tanpa salah berturut2 secara hadar
  5. Pengulangan 10 kali keempat tanpa salah berturut2 secara barq
  6. Program di atas dipraktikkan diperingkat awal pada satu pertiga muka surat. Jika pelajar berkemampuan, dipraktikkan kepada setengah muka surat, jika pelajar berkemampuan dipraktikkan kepada dua pertiga muka surat, jika pelajar berkemampuan dipraktikkan kepada satu muka penuh.

Pengulangan

  1. Konsep pengulangan Al-Fatihah
  2. Niat ulang ialah tadabbur. Allah Taala berfirman: أفلا يتدبرون القرآن Bermaksud: Mengapakah mereka tidak menyelami isi kandungan Quran.
  3. Istigfar 10 kali dengan niat pembersihan hati daripada dosa
  4. Badan tidak bergerak untuk memusatkan penumpuan kepada bacaan
  5. Bacaan tanpa waqaf untuk mengetahui baris akhir setiap lafaz
  6. Bacaan dalam hati tatkala mengambil nafas
  7. Mengetahui setiap terjemahan lafaz (Bagi bekas pelajar Turath)
  8. Akhir muka surat disambung dengan awal muka surat

Penerimaan

  1. Umur 10 tahun ke atas.
  2. Minat menghafaz Al-Quran
  3. Lelaki dan perempuan