Mengembangkan dan memartabatkan semula pengajian kitab-kitab muktabar hasil tulisan ulama’-ulama’ terkemuka Islam yang semakin pupus dan ditinggalkan oleh penuntut-penuntut ilmu.
Menerapakan hafazan dan kefahaman Al-Quran Al-Karim sekurang-kurangnya 15juzuk
Melahirkan seseorang yang mampu memahami ilmu Islam dan mengembangkannya keseluruh masyarakat.
Menerapkan kerohanian dan akhlak-akhlak terpuji yang menjadi gambaran terhadap keindahan Islam.