Nabi bersabda : “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah SWT akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” (HR. Thabrani).
“Jika kita mengingati segala dosa kita, kita tidak akan nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan”
“Jika kita membuat dosa & tidak terasa berdosa, sebenarnya kita telah membuat dua kali dosa; satu kerana dosa yang dibuat, kedua dosa kerana tidak merasa berdosa”
* Gambar Sekadar Hiasan
Dalam Al Quran, antara watak para Sahabat itu ada yang disebut: asy syidda`u `alal kuffar, bererti tegas dengan orang kafir. Apa yang dimaksudkan tegas di sini? Bagaimana sikap tegas Rasulullah dan para Sahabat berhadapan dengan orang kafir?
Maksud tegas di sini ialah walau di mana kita berada, dalam bergaul dengan orang kafir, kita tetap tegas dengan prinsip. Contohnya kalau tiba waktu sembahyang, kita sembahyang, yang patut jaga aurat, kena jaga aurat, yang perlu jaga akhlak, kena jaga akhlak, walau dalam suasana apa sekalipun. Tegas itu bermaksud berpegang teguh dengan syariat Islam walau di mana sekalipun. Tegas itu bukannya bererti keras, kasar, demonstrasi, bergaduh, maki hamun dan lain-lain.
Contoh-contoh perlakuan Rasulullah terhadap orang kafir:
1. Pada suatu hari Rasulullah didatangi oleh wakil Yahudi dan kristian.Rasullullah mempersilakan mereka duduk di sebelahnya malah Rasulullah telah membentangkan kain rida`nya untuk mereka duduk. Apabila ketua-ketua kaum di kalangan orang kafir datang ke rumahnya, Rasulullah melupakan sekejap Sahabat dan memberi layanan dan tumpuan yang lebih kepada tetamunya. Rasulullah tidak menunjukkan sikap yang keras tetapi menawan mereka melalui kelembutan dan kehalusan budi dan akhlaknya.
2. Di dalam sebuah peperangan sewaktu Da`tsur mengangkat pedang di atas kepala Rasulullah, Da`tsur bertanya, “Sekarang siapa yang akan menyelamatkan engkau wahai Muhammad?”
Rasulullah dengan spontan menjawab, “Allah!”
Entah macam mana gegarannya sampai terjatuh pedang dari tangan Da`tsur lalu diambil oleh Rasulullah.
Lalu Rasulullah bertanya kepada Da`tsur, “Sekarang siapa yang boleh menyelamatkan engkau?”
Da`tsur berkata, “Tiada siapa yang boleh aku aku harapkan.” Rasulullah mengambil sikap memaaf-kannya, walaupun Rasulullah berhak untuk membunuhnya serta tidak salah jika Rasulullah berbuat demikian. Tapi setelah Rasulullah memaafkannya Da`tsur terus masuk Islam.
3. Sewaktu Rasulullah bersama Sayidina Abu Bakar r.a. dalam perjalanan berhijrah ke Madinah, mereka dikejar oleh Suraqah yang hendak membunuh Rasulullah. Apabila sudah hampir dengan Rasulullah, Allah buatkan kaki kudanya terjerlus ke dalam tanah. Di waktu itu Rasulullah ada peluang untuk membunuhnya tetapi Rasulullah tinggalkan dan terus pergi.
Suraqah kejar lagi dan sekali lagi kaki kudanya terjerlus, tetapi Rasulullah tetap biarkan sampailah tiga kali. Walaupun Rasulullah tahu orang itu berniat untuk membunuhnya dan Rasulullah juga berpeluang untuk berbuat demikian sebanyak tiga kali, tetapi baginda mengambil sikap memaafkan saja.
Ini menunjukkan tegas dengan orang kafir itu bererti tegas dengan prinsip. Ertinya, suka memaafkan itu merupakan prinsip Rasulullah. Di mana dan di dalam suasana apa pun, dia memaafkan kerana memaafkan itu prinsip. Dia boleh pertahankan prinsipnya dalam suasana apa sekalipun.Sedangkan kalau kitalah, jangankan orang telah mengangkat pedang mahu membunuh kita, baru orang mengata pun kita susah hendak memaafkan. Sedangkan Rasulullah ini pemaafnya mengatasi segala-galanya. Begitulah tegasnya Rasulullah dengan prinsip.
4. Cuba kita lihat kisah Salehuddin Al Ayubi sewaktu sedang bertarung dengan Richard The Lion Heart. Apabila pedang Richard jatuh; walaupun dalam Islam, di waktu peperangan dibolehkan membunuh, tetapi Salehuddin tidak membunuhnya.
Apabila Richard bertanya mengapa engkau tidak membunuh aku? JawabSalehuddin, “Prinsip saya adalah saya tidak membunuh musuh yang di tangannya tidak ada pedang.”
Di waktu itu Richard sungguh malu, dia dikalahkan bukan dengan pedang Salehuddin tetapi oleh akhlaknya.
Berdasarkan kisah-kisah di atas barulah kita faham bahawa yang dikatakan tegas dengan orang kafir itu bukannya bererti mencari gaduh dengan mereka tetapi berusaha mendakwah mereka dengan akhlak. Jadi yang dimaksudkan asy syidaa-`u-`alal-kuffar itu bererti orang yang sangat tegas menjalankan hukum-hukum Tuhan sama ada dari sudut akhlak, ibadah dan syariatnya, dalam apa jua suasana sekalipun.
Sepanjang sejarah peperangan yang disertai Rasulullah, sekali pun baginda tidak membunuh musuh walaupun dibolehkan. Rasulullah membuktikan bahawa lebih ramai musuh yang masuk Islam kerana tertawan dengan akhlak baginda bukan kerana pedangnya. Begitu juga apabila Rasulullah menghantar para Sahabat berdakwah ke serata dunia, senjata utama mereka adalah akhlak. Abdullah Al Bahili r.a. apabila dihantar ke negeri China, dalam keadaan dia tidak memahami dalam bahasanya, tetapi cukup dengan akhlaknya membuatkan bangsa Cina memeluk agama Islam.
Cuba kita kaji perjuangan kita hari ini. Selama kita berjuang, berapa ramai yang telah masuk Islam`di tangan kita. Jika makin lama kita berjuang makin ramai yang bermusuh dengan Islam dan benci dengan sikap para pejuang Islam, maka kita kena kaji semula uslub perjuangan kita. Mungkin ada yang tidak kena. Takut-takut sudah tidak selari dengan prinsip perjuangan Rasulullah. Janganlah sampai kita yang menjadi pejuang yang tertipu dan menipu. Marilah kita kembalikan kegemilangan perjuangan Rasulullah dan para Sahabat agar ramai yang tunduk dan tertawan dengan akhlak para pejuang bukannya makin benci dan lari dari Islam melihat gelagat pejuangnya!
* Gambar Sekadar Hiasan
Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut maulid Nabi Besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wa’ala alihi wasohbihi wasalam:…
(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq r.a: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw.. maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar r.a: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.”
Saidina Utsman ibn ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”
“Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.
“Mawar indah buatmu ya Rasulullah”
* Gambar Sekadar Hiasan
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah.
Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
Melaksanakan perintah Allah.
Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
Bersamaan dengan selawat para malaikat.
Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
Allah akan menutupi segala dukacita.
Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
Mendapat darjat al-Sidq.
Ditunaikan segala hajat.
Salam sejahtera pada hari kiamat.
Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
Tidak akan merasai fakir.
Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
Mendapat keberkatan daripada Allah.
Mendapat kesempurnaan iman.
Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
Teguh pendirian dengan kebenaran.
Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
* Gambar Sekadar Hiasan
Di Mesir dahulu ada seorang laki-laki yang setiap tahun mengadakan peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW. Sementara di sebelah rumahnya ada tetangganya yang beragama Yahudi.
Isteri Yahudi ini bertanya kepada suaminya :
مَابالُ جَارنا اﻟﻤسْلمُ ينفق مالا جزيلا في مثل هذا الشهر
“Mengapa tetangga kita yang muslim itu setiap bulan ini (Rabi’ul Awal) membelanjakan hartanya yang banyak?”
Suami Yahudi ini menjawab :
إنه يزعم أن نبيه ولد فيه، فهو يفعل ذلك فرحة به وكرامة له ولمولده
“Karena tetangga kita itu beranggapan bahwa pada bulan ini nabinya dilahirkan, dia melakukan hal tersebut karena bergembira dengan kelahiran nabinya dan memuliakan hari kelahirannya.”
Kedua suami isteri Yahudi ini pun diam, kemudian keduanya tertidur. Dalam tidurnya, isteri Yahudi ini bermimpi dan ia melihat ada seorang laki-laki yang begitu tampan, agung, dan berwibawa serta sangat dimuliakan memasuki rumah tetangganya yang Muslim itu. Sedangkan di kanan kiri laki-laki berwibawa tersebut ada serombongan dari para sahabatnya, mereka menghormati dan mengagungkan laki-laki tersebut. Wanita ini pun bertanya (dalam mimpi) kepada salah seorang di antara anggota rombongan sahabat ini :
مَنْ هَذَاالرجُلُ اﻟﺠمِيْلُ الوَجْهِ ؟
“Siapa pria yang tampan wajahnya itu?”
Orang itu menjelaskan :
هَذا رَسُوْلُ اللهُ صلى اللهُ عَليْهِ وسلم , دَخَلَ هَذَا المنزل ليسَلّم على أهله وَ يزُوْرَهم لفَرْحِهِمْ بِهِ
“Itulah Rasulullah SAW. Beliau masuk kerumah ini untuk mengucapkan salam kepada penghuni rumah itu dan mengunjungi mereka karena telah menunjukkan rasa gembira mereka atas kelahiran beliau.”
Wanita Yahudi ini pun bertanya lagi :
هَلْ يكَلمني إذَا كلمته ؟
“Maukah pria tampan itu mau berbicara denganku jika aku mengajaknya berbicara ?”
Laki-laki tadi menjawab :
نعم
“Sudah tentu beliau mau.”
Wanita Yahudi ini pun lantas mendekati Nabi Muhammad SAW dan menyapanya (masih dalam mimpi) :
يا محمد
“Wahai Muhammad…!”
Lantas Baginda Nabi SAW pun menjawabnya :
لبيك
“LABBAIK (aku menyambut panggilanmu).”
Wanita ini pun bertanya :
أُتجيب لمِِثلي بتلبية وأنا على غير دينك ومن أعدائك
“Engkau menjawab orang sepertiku dengan TALBIYAH, sedangkan aku tidak mengikuti agamamu dan akupun termasuk salah satu musuh-musuhmu.”
Baginda Nabi SAW pun bersabda kepadanya :
والذى بعثني نبيا، ما أجبت نداءك حتى علمت أن الله قد هداك
“Demi Dzat Yang telah mengutusku dengan HAQ menjadi Nabi, aku tidak menjawab panggilanmu sehingga aku mengerti bahwasanya Allah telah memberi hidayah atasmu.”
Wanita inipun berucap :
إنك لنبي كريم، وإنك لعلى خلق عظيم، تعس من خالف أمرك، وخاب من جهل قدرك
“Sesungguhnya Tuan memang benar seorang Nabi yang mulia yang berkepribadian agung, celakalah orang yang menyelisihi perintahmu dan merugilah orang yang tidak mengerti derajatmu“.
امدُد يدَك فَأنا أشْهَدُ أنْ لَا إله إلا الله، وأنك محمد رسول الله
“Ulurkanlah tanganmu, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Engkau adalah Rasulullah SAW.”
Dalam hatinya, wanita ini berjanji kepada Allah, berniat bahwa nanti (esok pagi), ia akan bersedekah dengan seluruh harta yang ia miliki dan melaksanakan jamuan untuk memperingati Maulid Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam dan sebagai perwujudan rasa syukur atas ke-islamannya sekaligus atas mimpinya malam itu. Akan tetapi di luar dugaan, begitu bangun pagi ia melihat suaminya sudah sibuk untuk menyiapkan suatu perjamuan perayaan, suaminya begitu giat dan serius.
Wanita inipun heran dengan apa yang dilakukan suaminya lantas bertanya :
مالى أراك في همة صالحة ؟
“Ada apa gerangan, kulihat engkau begitu ghairah dan bersemangat pagi ini..?”
Si suami menjawab :
من أجل الذي أسلمت على يديه البارحة
“Karena orang yang engkau lihat malam tadi (dalam mimpi), yang mana engkau masuk islam di hadapan beliau.”
Dia bertanya kepada suaminya :
من كشف لك من هذا السر المصنون ومن أطلعك عليه ؟
“Siapa yang menceritakan rahasia mimpiku ini kepadamu dan memperlihatkannya kepada engkau (padahal aku belum berbicara kepada siapapun) ?”
Si suamipun menjawab :
الذي أسلمت بعدك على يديه صلى الله عليه وسلم كما عرف بالله ودعا اليه, فهو المشفع غدا فيمن يصلى ويسلم عليه
“Dia adalah Nabi Muhammad SAW yang mana aku masuk islam setelah engkau masuk islam di hadapan beliau. Beliaulah Nabi yang diterima syafa’atnya kelak untuk orang yang bershalawat dan membaca salam untuknya.”
Referensi : Kitab Maulid Syekh Ahmad bin al-Qasim (terkenal dengan nama Maulid Syaraful Anam)
Salam sejahtera bagimu, wahai yang terbaik di antara Para Nabi
اللهم صل وسلم وبارك عليه
Yaa Allah, Limpahkanlah Rahmat, keSelamatan, dan keBerkahan kepadanya…
Jadikanlah kami Umatnya yang pantas mendapatkan Syafa’atnya.
* Gambar Sekadar Hiasan
Setiap manusia dalam hidup memerlukan sahabat atau kawan sebagai pendamping dalam hidup untuk berkomunukasi atau berinteraksi dan besosialisasi dalam menjalani aktiviti kehidupan sehari-hari.
Dalam Islam, semua manusia boleh dijadikan kawan atau teman. Akan tetapi tidak semua manusia layak untuk dijadikan sebagai sahabat. Sayugianya, kawan atau teman yang kita pilih mestilah yang memiliki ciri-ciri khusus yang di syaratkan dalam ajaran Islam.
Di antara syarat seseorang untuk dijadikan sebagai teman atau sahabat dalam Islam di antaranya:
– waras akal fikirannya.
– kuat imannya.
– rajin ibadahnya.
– baik akhlak dan budi pekertinya.
– memiliki ilmu pengetahuan agama yang mendalam.
Syarat-syarat tersebut di atas adalah bertujuan untuk dapat menjadikan diri kita dekat dengan Allah SWT.
Bersahabat dengan orang yang lemah iman, buruk akhlaknya serta jahil agamanya, akan menjerumuskan kita pada perbuatan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa bersahabat rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”.
Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman dalam Surah An-Najm, ayat 29:
“Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata”.
Oleh kerana itu seseorang yang layak dijadikan teman dan sahabat dalam kehidupan kita apabila memiliki sifat sebagai berikut:
1. Jika engkau berbuat baik kepadanya, maka ia akan melindungi hidupmu.
2. Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas baik persahabatmu.
3. Jika engkau memerlukan bantuan kewangan dan sebagainya, maka ia akan membantumu.
4. Jika engkau membuat sesuatu kebaikan kepadanya, maka ia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu bantuan kebajikan daripadamu, maka ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu dengan berterima kasih kepadamu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari padamu, maka ia akan berusaha menutupi aibmu (dari disebarkan kepada oranglain).
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, maka ia akan berusaha untuk mendapatkan bantuan tersebut.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), maka ia akan bertanyakan kesusahanmu.
9. Jika musibah datang menimpa dirimu, maka ia akan meringankan beban kesusahanmu (berusaha membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut).
10. Jika engkau berkata baik kepadanya, maka ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, ia akan berusaha untuk membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Wahai saudaraku, bersahabatlah dengan orang-orang sholeh untuk menjadikan kita orang yang sholeh. Bersahabatlah dengan orang-orang yang berilmu unruk menjadikan kita orang yang berilmu sama.
Allahumma ya Allah, semoga perjalanan kami dalam menjalani kehidupan ini mendapatkan keberkatan-Mu dengan persahabatan yang dijalinkan, semoga persahabatan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat di dunia dan di akhirat. Aamiinn !!!!
Wallahu A’lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
* Gambar Sekadar Hiasan
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani
* Gambar Sekadar Hiasan
Umar r.a berkata; “Sifat tamak itulah kefakiran dan sifat tidak mengharap (bantuan dan pertolongan sehingga menyusahkan orang lain) itulah kekayaan. Sesungguhnya sesiapa yang tidak mengharap sesuatu dari seseorang, ia lebih kaya dari mereka.” Pernah ditanyakan kepada salah seorang ahli hukum (yang pakar dalam selok belok perundangan); “Bagaimanakah (sebenarnya hakikat) kaya itu?” Lalu dia menjawab; “Kaya itu dengan sedikit keinginanmu beserta redhamu kepada apa yang mencukupimu.”
-Mukasyafah al-Qulub
* Gambar Sekadar Hiasan
Memahami Hadis: “Janganlah Kamu Malampau-Lampau Memujiku”
Matan hadis:
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «لاَ تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ، وَلَكِنْ قُولُوا: عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ». [أخرجه البخاري (رقم 3261)، ومالك، والطيالسي (رقم 24)، والحميدي (رقم 27)، وأحمد (رقم 154)، والدارمي (رقم 2784)، والعدني، والترمذي فى الشمائل (رقم 331)، وأبو يعلى (رقم 153)، وابن حبان (رقم 6239)، وعبد الرزاق (رقم 20524)]
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Janganlah kamu melampau-lampau memujiku sebagaimana kaum Nasrani melampau-lampau memuji Isa ibn Maryam.” (*lengkapnya: …Tetapi katakanlah: hamba Allah dan rasul-Nya”)
Sebahagian orang memahami sabda Nabi Shallallahu alaihi wassalam di atas dengan makna melarang daripada memuji Baginda Nabi. Mereka mengira perbuatan memuji Nabi termasuk dalam perbuatan yang melampau dan sikap berlebihan yang tercela dalam agama, yang boleh mengakibatkan syirik. Mereka juga beranggapan, bahawa orang yang memuji Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam, mengangkat kedudukan Baginda Nabi melebihi daripada manusia yang lain, menyanjungnya dan menyifatkan Baginda Shallallahu alaihi wassalam dengan apa saja yang membezakannya daripada manusia yang lain, bererti telah melakukan bid’ah dalam perkara agama dan menyanggahi Sunnah Penghulu segala Rasul . (*Banyak qasidah dan selawat memuji Nabi seperti Dala’il al-Khairat oleh Imam al-Juzuli, Qasidah al-Burdah oleh Imam al-Busiri, Sa’adah al-Darain oleh Imam al-Nabhani, Mawlid al-Barzanji dan lain-lain telah dilabel sebagai syirik atau mengandungi unsur syirik oleh golongan Wahhabiyyah. Sedangkan amat jauh sekali alim ulama ini dari melakukan perbuatan syirik. Wal-‘Iyazu biLlah…)
Ini adalah pemahaman yang salah dan buruk serta menunjukkan kecetekan pandangan orang yang menilainya. Maksud sebenar hadith ialah Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam melarang memujinya secara keterlaluan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Nabi Isa AS yang mengatakan bahawa Nabi Isa AS itu adalah anak Allah.
Adapun, orang yang memuji Nabi Shallallahu alaihi wassalam dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, di samping meyakini bahawa Baginda adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dan menjauhi keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani, maka sesungguhnya dia tidak disyaki lagi merupakan orang yang paling sempurna tauhidnya. (*Maksud sebenar kalimah al-itra’ menurut alim ulama yang menghuraikan hadis ini ialah puji-pujian melampau yang mengandungi perkara dusta, bohong dan bathil. Adapun puji-pujian yang tidak mengandungi perkara-perkara dusta dan bathil, malah ianya disaksikan oleh dalil-dalil aqli dan naqli, maka ia tidak termasuk dalam makna hadis di atas. Inilah yang difahami dan dipegang oleh alim ulama berkenaan)
Inilah yang ditegaskan oleh Imam Busiri dalam Qasidah Burdahnya yang masyhur:
“Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS). Ertinya: Jangan katakan Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassapam itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan); Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda Nabi sesuka hati; kerana keagungan Rasulullah itu tiada had baginya, lalu lidah dapat mengungkapkan segala keistimewaannya dengan bahasa yang indah; Kemuncak pengetahuan mereka tentang dirinya mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda Nabi itu seorang manusia yang merupakan sebaik-baik makhluk Allah keseluruhannya.”
Jika diperhatikan, perbuatan memuji Nabi Shallallahu alaihi wassalam adalah sesuatu yang dilakukan oleh Allah SWT sendiri seperti firmanNya: “Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (Al-Qalam: 4). Allah juga memerintahkan supaya umat manusia sentiasa beradab bersama Nabi Shallallahu alaihi wassalam; Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi.” (al-Hujurat: 2)
Allah SWT juga melarang kita daripada berurusan dan bergaul dengan Nabi sebagaimana kita berurusan dan bergaul sesama manusia yang lain, atau memanggil Baginda sebagaimana cara kita memanggil sesama kita.Allah SWT berfirman: “Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.” (al-Nur: 63) Allah mencela orang-orang yang menyamakan Rasulullah dengan yang lain dalam pergaulan dan tatatertib. Allah berfirman:“Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad!), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).” (al-Hujurat: 4)
Para sahabat yang mulia sering memuji Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam dan Baginda Nabi menunjukkan redhanya kepada perbuatan tersebut. Antara mereka ialah Hassan ibn Thabit RA yang terkenal sebagai penyair Nabi Shallallahu alaihi wassalam. Antara madah beliau:
“Allah telah menghimpunkan nama Nabi kepada namaNya, ketika muazzin melaungkan lafaz “Asyhadu” di dalam azan bagi menandakan masuk waktu solat lima waktu; Allah menerbitkan nama Baginda dari namaNya. Maka pemilik ‘Arasy ialah Mahmud (Allah) dan inilah Muhammad Shallallahu alaihi wassalam”
Ini pula Ka’ab ibn Zuhair memuji Rasulullah dengan qasidahnya yang terkenal:
“Sesungguhnya Rasulullah adalah cahaya yang menerangi, bagaikan pedang tajam dari India, dari pedang-pedang Allah yang terhunus; Di dalam kelompok bangsa Quraisy telah berkata jurucakap mereka di tengah-tengah Makkah, setelah mereka memeluk Islam maka berhijrahlah mereka (ke Madinah); Mereka berjalan laksana pahlawan yang berani. Apabila ditentang musuh kafir Quraisy mereka tidak gentar.”
Di dalam riwayat Abu Bakar ibn al Anbari menyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam melemparkan selendang yang berada di tubuhnya kepadanya. Mu’awiyah hendak membayar sebanyak 10,000 kepada Ka’ab RA untuk mendapatkan selendang tersebut. Maka beliau berkata: “Tidaklah aku mendahulukan sesuatupun daripada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam.” Apabila Ka’ab RA meninggal dunia, Mu’awiyah menghantar kepada warisnya sebanyak 20,000, lalu dia mengambil selendang tersebut daripada mereka.
Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam ada memuji dirinya sendiri dalam banyak hadith bukan bertujuan bermegah tetapi sebagai mengajar kita mengenal hakikat dirinya. Antaranya, Baginda bersabda: “Aku adalah sebaik-baik golongan kanan (yang beruntung mendapat nikmat syurga).” “Aku adalah sebaik-baik golongan yang lebih dahulu memasuki syurga.” “Aku adalah anak Adam yang paling bertaqwa dan mulia di sisi Allah, tidaklah aku bermegah-megah dengannya.” (riwayat Al-Tabrani dan al-Baihaqi dalam Dala’il) “Aku adalah manusia yang paling mulia di antara manusia-manusia yang terawal dan terakhir dan tidaklah aku bermegah-megah dengannya.” (riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi) (*Nabi Shallallahu alaihi wassalam juga memerintahkan umatnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku ini lebih dicintai olehnya lebih daripada bapanya, anaknya dan juga manusia seluruhnya” – HR al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam hadith Abu Sa’id RA berkata: Sabda Rasulullah : “Aku adalah penghulu anak Adam pada hari Kiamat; dan tidaklah aku berbangga-bangga dengannya. Di tanganku terdapat Liwa’ al Hamdi (bendera yang dipuji); aku juga tidak bermegah-megah dengannya. Tidak ada seorang Nabi pun pada hari itu (Kiamat); baik Adam mahupun yang lain, kecuali semuanya berada di bawah naungan benderaku. Aku juga orang pertama yang dibongkarkan dari bumi dan tidaklah aku berbangga dengannya.” (Riwayat al-Tirmizi, Hassan Sahih)
Jibril AS juga ada memuji Baginda Nabi. Antaranya: “Aku telah membalik-balikkan timur dan barat dunia, tetapi aku tidak pernah lihat seseorang yang lebih mulia daripada Muhammad Shallallahu alaihi wassalam, dan aku juga tidak pernah lihat keturunan yang lebih mulia daripada keturunan Bani Hasyim.” (riwayat al-Baihaqi, Abu Nu`aim dan al-Tabrani).
Kesimpulannya, memuji Nabi Shallallahu alaihi wassalam adalah sesuatu amalan yang terpuji dan digalakkan. Ia adalah sesuatu yang tidak terpisah dengan kewajiban mengasihi Baginda Nabi. Adapun larangan dalam sepotong hadith yang disebut di awal tadi, ia perlu difahami dengan tepat. Ia bukanlah larangan untuk kita memuji Nabi dengan pujian yang tinggi dan agung tetapi membataskannya agar tidak melangkaui batas Khaliq dan Makhluq. (*Setengah golongan yang membataskan definisi mencintai Nabi Shallallahu alaihi wassalam kepada hanya sekadar mengikuti sunnahnya, tidak termasuk zat diri Baginda, hakikat sebenar mereka tidaklah sepenuhnya mereka mengikut sunnah Baginda. Lihat bagaimana Sayidina ‘Umar RA berkata kepada Baginda Nabi: “Ya Rasulullah, sungguh engkau adalah yang paling aku cintai lebih dari segala-galanya kecuali daripada diriku sendiri”. Lantas balas Baginda: “Tidak, demi yang jiwaku di tangan-Nya, sehinggalah aku ini lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri”. Lalu kata ‘Umar: “Maka ianya mulai saat ini, demi Allah, sungguh engkau adalah yang paling aku cintai daripada diriku sendiri”. Maka balas Nabi Shallallahu alaihi wassalam: “Baru sekarang (betul), wahai ‘Umar” (HR al-Bukhari). Jelas bahawa hakikat mencintainya itu adalah termasuk mencintai zat diri Baginda).
Nabi SAW bersabda; “Sesungguhnya ucapan yang paling benar adalah KitabuLLah (al-Quran), simpulan yang paling kokoh ialah kalimat Taqwa, agama yang paling baik adalah agama Nabi Ibrahim, sunnah yang paling baik adalah sunnah Nabi Muhammad, ucapan yang paling mulia adalah zikiruLLah (menyebut Allah), sebaik2 kisah adalah (yang dikisahkan oleh) al-Quran ini, dan perkara yang paling baik adalah yang terlebih sukar (dilakukan), dan perkara yang buruk adalah yang diada-adakan (bida’ah dlm ibadah), dan pertunjuk yang paling baik adalah pertunjuk kepada para Nabi, dan mati yang paling mulia adalah mati syahid, dan kebutaan yang paling buta adalah kesesatan selepas mendapat pertunjuk, dan ilmu yang paling baik adalah ilmu yang memberikan manfaat, dan pertunjuk yang paling baik adalah sesuatu yang diikuti, dan kebutaan yang paling hina adalah kebutaan hati, dan tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima, dan sedikit yang mencukupi labih baik daripada yang banyak tapi melalaikan kepada Allah, dan alasan yang buruk adalah yang (dikemukakan) diwaktu datang kematian dan penyesalan yang paling buruk adalah yang (baru disedari) pada hari kiamat.”
HR Baihaqi, Ibnu ‘Asaakir dari ‘Uqbah bin ‘Amir Juhani, Abu Nashr Sijzi dari Abu Darda’ dan Ibnu Syaibah dari Ibnu Mas’ud dengan mursal, Faidul Qadir#1609