Sebenarnya ada cara hilangkan rasa gemuruh ini. Apa yang anda boleh lakukan adalah:
1. BANYAKKAN PRAKTIS PERKARA YANG BUAT ANDA GEMURUH
Jika anda cepat gemuruh apabila bercakap di hadapan orang ramai atau public speaking, anda boleh atasinya dengan menghadirkan diri dalam mesyuarat atau diskusi awam.
Sesekali suarakan pandangan anda pada isu berbangkit. Jadi anda akan lebih konfiden untuk bercakap kepada orang awam.
2. BERSEDIA
Jika anda bakal menghadapi temu duga kerja, pastikan anda sudah mencari maklumat mengenai syarikat tersebut, jawatan dan juga soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu dalam temu duga nanti.
Apabila anda bersedia dengan maklumat yang ada, dengan sendirinya anda yakin pada diri sendiri secara tak langsung dapat mengurangkan rasa gemuruh.
3. FIKIR POSITIF
Yakin dengan diri yang anda mampu melakukan yang terbaik.
Tenangkan diri dengan bersifat positif yang semuanya akan anda lakukan dengan jayanya.
Apabila anda sudah set dengan fikiran positif, maka hasilnya pasti juga positif.
4. TENANGKAN DIRI
Relakskan diri daripada memikirkan pelbagai perkara. Duduk dan regangkan diri agar badan lebih ‘longgar’.
Seeloknya, bawa diri berjalan agar minda lebih tenang. Tutupkan mata dan fokus pada matlamat anda.
5. FOKUS PADA PERNAFASAN
Tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan.
Lakukan berulang kali sehingga rasa diri relaks. Ia dapat mengurangkan perasaan gemuruh.
6. PAKAI PAKAIAN YANG MEMBUATKAN ANDA ‘BERNAFAS’
Perasaan gemuruh boleh meningkatkan pengeluaran peluh.
Elak memakai pakaian yang ketat atau tidak selesa kerana ia boleh menambah lagi rasa gemuruh.
Pakai pakaian yang longgar dan mudah menyerap peluh.
7. KURANGKAN PERGERAKAN
Kurangkan pergerakan kerana ia boleh menyebabkan orang sekeliling merasai perasaan gemuruh yang anda hadapi.
Untuk tampil yakin, pegang pen di tangan kerana ia dapat mengatasi rasa gemuruh. Pastikan anda juga berdiri lurus.
8. BERI SEMANGAT PADA DIRI SENDIRI
Dengan ini, diri akan lebih bersemangat, yakin pada diri sendiri dan kurang rasa gemuruh.
Cakap “You can do it!” pada diri anda di cermin.
9. ELAK KAFEIN
Seeloknya, elak minum kopi, teh dan energy drink yang mengandungi kafein sehari sebelum event yang membuat anda gemuruh.
Sebaliknya, cuba amalkan teh herba yang boleh membantu memberi ketenangan.
10. TIDUR SECUKUPNYA
Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Kurang tidur boleh menambah rasa lesu, tidak bermaya dan mudah panik.
Apabila panik, perasaan gemuruh juga meningkat.
YAKIN PADA DIRI SENDIRI
Walaupun anda dah mengamalkan semua cara hilangkan gemuruh di atas, perlu ada keyakinan pada diri sendiri.
Bila hilang keyakinan, maka dengan mudah, perasaan panik dan gugur secara automatiknya akan hadir pada diri.