fbpx

Year: 2021

Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, qaddasallah sirrahu, memberi nasihat: “Ketahuilah membaca selawat kepada Nabi Muhammad saw adalah salah satu ibadah paling mulia, bentuk ketaatan paling luhur, ibadah yang paling tinggi nilainya yang diperintahkan Allah swt kepada kita, sebagai bentuk penghormatan, pemuliaan dan pengagungan terhadap derajat beliau. Orang yang membaca selawat dijanjikan akan mendapatkan tempat paling indah di akhirat dan pahala paling besar.”

Membaca selawat adalah amal perbuatan yang menyelamat kan, ucapan paling utama, ibadah yang menguntungkan, mengandung barakah paling banyak dan ahwal yang paling kokoh. Dengan membaca selawat, seorang hamba dapat meraih keredhaan Tuhan yang Maha Penyayang. Memperoleh kebahagiaan dan restu Allah swt, barokah-barokah yang dpt dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia dapat naik ke tingkatan darjat yang lebih tinggi, mampu mengubati penyakit hati dan diampuni dosa-dosa besarnya.

Allah swt berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىِّ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

* Klik Disini

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (QS Al-Ahzab 33:56).

Dalam Kitab As-Safinah Al-Qadiriyah, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani juga menjelaskan tentang keutamaan-keutamaan berselawat kepada Rasulullah saw dengan merujuk apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Furhan dlm kitab Haqa’iq Al-Anwar. Beliau menyebut 42 keutamaan dan keuntungan berselawat kepada Nabi. Menurutnya, “Membaca selawat kepada Nabi membuahkan banyak faedah yang dapat diraih oleh seorang hamba:

  1. Berselawat untuk Nabi berarti melaksanakan perintah Allah swt.
  2. Berselawat untuk Nabi berarti meniru Allah yang berselawat kepada Nabi.
  3. Berselawat untuk Nabi berarti meniru malaikat-malaikat Nya yang berselawat kepada Nabi.
  4. Mendapat balasan 10 kali lipat selawat dari Allah swt utk diri kita pada setiap selawat yang kita diucapkan.
  5. Allah akan mengangkat derajat orang yang membaca selawat 10 tingkat lebih tinggi.
  6. Mendapat 10 catatan kebaikan.
  7. Allah swt menghapuskan 10 dosa keburukan.
  8. Berpeluang besar doanya akan dikabulkan Allah swt.
  9. Selawat adalah syarat utama mendapat syafaat dari Rasulullah saw.
  10. Selawat adalah syarat untuk mendapat ampunan Allah dan akan ditutup segala aib.
  11. Selawat adalah syarat untuk memperoleh perlindungan dari segala hal yang ditakutinya.
  12. Selawat adalah syarat seseorang dapat dekat kepada Rasulullah saw.
  13. Nilai selawat sama dengan nilai sedekah.
  14. Selawat adalah alasan bagi Allah dan para malaikat untuk membacakan selawat balasan.
  15. Selawat adalah syarat kesucian jiwa dan raga bagi pembacanya.
  16. Terpenuhinya segala keinginan.
  17. Selawat adalah alasan seseorang mendapat kabar baik bahwa dirinya kelak akan memperoleh surga.
  18. Selawat adalah faktor memperoleh keselamatan di Hari Kiamat.
  19. Selawat adalah alasan bagi Rasulullah saw untuk mengucapkan selawat balasan.
  20. Selawat dapat membuat pembacanya teringat akan semua hal yang dilupakannya.
  21. Selawat dapat membuat harumnya sebuah majelis pertemuan dan orang-orang yang hadir tidak mendapat kerugian di Hari Kiamat kelak.
  22. Selawat dapat menghilangkan kemiskinan dan kefakiran bagi pembacanya.
  23. Selawat dapat menghapus julukan orang kikir ketika selawat dibacakan.
  24. Selawat menjadi penyelamat dari doa ancaman Rasulullah bagi orang yang membaca selawat ketika namanya disebutkan.
  25. Selawat akan mengiringi perjalanan pembacanya kelak di atas jambatan menuju surga dan akan menjauh dari orang yang tidak membacanya.
  26. Selawat akan menghilangkan keburukan-keburukan di suatu majelis pertemuan yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah dan Rasul-Nya.
  27. Selawat adalah penyempurna pahala dari sebuah percakapan yang dimulai dengan menyebut nama Allah dan membaca selawat kepada Rasul-Nya.
  28. Selawat adalah faktor yang dapat menyelematkan seorang hamba ketika berada di atas jambatan Sirat.
  29. Selawat menghapus status sebagai pembenci selawat.
  30. Selawat adalah alasan bagi Allah untuk mengumumkan pujian baiknya kepada pembaca selawat tersebut di hadapan semua makhluk, baik di bumi maupun di langit.
  31. Selawat dapat mendatangkan rahmat Allah.
  32. Selawat dapat mendatangkan berkah.
  33. Selawat dapat melanggengkan dan mempertebal cinta kepada Rasulullah saw dimana cinta ini merupakan simpul pokok keimanan dan keimanan seseorang belum sempurna tanpa adanya cinta kpd Nabi.
  34. Selawat dapat memikat hati Rasulullah agar mencintai dirinya.
  35. Selawat mendatangkan hidayah dan menghidupkan hati yang telah mati.
  36. Selawat adalah syarat agar nama pembacanya disebut-sebut di hadapan Rasulullah SAW.
  37. Selawat dapat memantapkan iman dan Islam serta membacanya sama dengan memberi hak yang layak diterima oleh Rasulullah SAW.
  38. Selawat merupakan bentuk syukur kita atas segala nikmat dari Allah SWT.
  39. Bacaan selawat mengandung zikir, syukur dan pengakuan atas nikmat Allah SWT.
  40. Selawat yg dibaca seorang hamba adalah bentuk doa dan permohonan kepada Allah, terkadang doa itu dipersembahkan kepada Nabi saw dan tak jarang pula untuk dirinya sendiri, kerana selawat dapat mendatangkan tambahan pahala.
  41. Selawat adalah buah yg paling manis dan faedah paling utama yang dapat didatangkan dari pembacaan selawat atas Nabi adalah melekatnya gambaran seorang Nabi yang mulia di dalam jiwa pembacanya.
  42. Memperbanyak bacaan selawat atas Nabi saw menjadikan dirinya satu tingkatan dengan darjat seorang Syeikh Murabbi.

(As-Safinah Al-Qadiriyah Li Asy-Syeikh ‘Abd Qadir Al-Jilani Al-Hasani).

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W. MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S.

Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s. telah berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w.

* Klik Disini

empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada aku:-

  1. Taubat aku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Muhammad s.a.w. diterima disebarang tempat oleh Allah s.w.t..
  2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka, maka Allah s.w.t. menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat durhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberikan mereka pakaian.
  3. Ketika aku telah berdurhaka kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat durhaka Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.
  4. Memang benar aku telah durhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.w.t. durhaka kepada Allah akan dimasukkan kedalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t..

Sumber: Himpunan Cerita-Cerita Wanita Dan Laki-Laki Dalam Al-Quran Dan Hadis.

TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاه.
ُ
AGAMA ITU NASIHAT.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“ Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82)

Penjelasan :

Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga persaudaraan dan persahabatan ini menjadi sebab musabab kita beroleh redha Allah. Salah satu sifat sahabat dan saudara yang baik ialah saling tegur menegur dan nasihat menasihati dalam menyatakan kebenaran dan meluruskan kepincangan.

Nasihat berasal dari perkataan NASHOHA yang membawa maksud “ Menampal sesutu yang koyak” atau “ Menjernihkan sesuatu yang keruh”. Dari maksud ini dapat difahami bahawa sifat nasihat itu ialah menampal atau menutup keaiban dan menjernihkan suasana atau keadaan. Adalah kurang bijak sekiranya seseorang memberi nasihat kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama perbuatannya itu mengusudkan lagi keadaan. Umpama kain yang sudah koyak ditambah lagi koyaknya. al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata:

النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له

“ Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.” (Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 79)

TUNTUTAN MEMBERI NASIHAT :

Ibnu Baththal rahimahullah (Wafat: 449H) berkata:

والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم

“ Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/39. ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 4/211)

SEBAIK-BAIK NASIHAT :

Sebaik-baik nasihat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Dalam beberapa hadis yang lain disebutkan suatu prinsip bahawa kita diperintahkan supaya menutupi aib dan menyembunyikan kesalahan orang lain. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“ Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692)

mam as-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) juga pernah berkata:

من وعظ أخاه سرا فقد نصحه وزانه ومن وعظه علانية فقد فضحه وشأنه

“ Sesiapa yang menasihati saudaranya secara senyap-senyap (rahsia),

* Klik Disini

maka dia telah memberikan nasihat dan memuliakan. Dan sesiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan, maka sebenarnya dia telah membongkar aib dan merendahkannya.” (an-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 1/13)

Seorang da’ie atau muslim yang bijak apabila menegur kesalahan seseorang tidak dicanang dan dihebohkan kesalahan itu dan siapa pelakunya. Nasihat dilakukan hanya di antara dia dengan pelaku tersebut. Inilah sifat nasihat yang sebenar iaitu menampal yang koyak bukan menambah koyaknya. Menjernihkan yang keruh bukan mengeruhkan lagi keadaan.

BILAKAH NASIHAT BOLEH DILAKUKAN SECARA TERBUKA?

Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain. Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:

لناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ: ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له

“ Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah.” (al-Khallal, al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar, m/s. 35)

Mutakhir ini banyak isu berkenaan personality agama di TV yang digemari mengutarakan pandangan , fatwa atau idea yang bercanggah dengan kaedah usul dan akidah islam. Mereka bebas mengutarakan pandangan di laman sosial atau media massa tanpa sebarang sekatan. Pandangan dan idea mereka mudah mempengaruhi ummah lantaran nama dan kemasyhuran sebagai personaliti kesukaan. Malang sekali apabila ditegur kita dianggap cemburu dan tidak berhikmah kerana membuat teguran terbuka. Sedangkan kesalahan yang mereka lakukan itu secara terbuka dan memberi kesan yang negative buat umat ini. Lantaran itu teguran juga mestilah secara terbuka agar umat tidak terus tersirna dengan kemasyhuran seseorang sehingga alpa dari kebenaran yang pasti.

وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang dituntut (mandub) di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang yang dikenali serta yang seumpama dengannya yang terdiri dari mereka yang tidak dikenali dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka dituntut agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, dibimbangi kemudharatan hasil dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikan ia semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memceroboh kehormatan dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mengikutinya.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/135)

Contoh nasihat atau teguran secara terbuka, terang-terangan dan di khalayak ramai :

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَلَّيْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَارْكَعْ

“ Dari jabir bin Abdullah Radhiyallahu ‘anhu berkata : “ Sedang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkhutbah pada hari jumaat, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: adakah engkau telah solat wahai fulan?” lelaki itu menjawab : tidak. ( lalu ) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “ bangunlah dan solat ( dua rakaat tahyatul masjid )” ( HR Muslim ; 875 )

Sekalipun perbuatan lelaki itu hanya meninggalkan solat sunat sahaja. Bukan munkar yang besar tetapi baginda menegurnya kerana perbuatan itu dikhalayak ramai yang boleh mempengaruhi orang lain sehingga mengambil ringan pada suatu yang sunnah. Inilah yang menjadi dasar kebimbangan khalifah umar ketika menegur saiyyidina Uthman bin ‘Affan secara terbuka. Diriwayatkan bahawa :

حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَعَرَّضَ بِهِ عُمَرُ فَقَالَ مَا بَالُ رِجَالٍ يَتَأَخَّرُونَ بَعْدَ النِّدَاءِ فَقَالَ عُثْمَانُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَا زِدْتُ حِينَ سَمِعْتُ النِّدَاءَ أَنْ تَوَضَّأْتُ ثُمَّ أَقْبَلْتُ فَقَالَ عُمَرُ وَالْوُضُوءَ أَيْضًا أَلَمْ تَسْمَعُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ

Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu menceritakan : “ ketika Umar bin al-Khattab sedang berkhutbah kepada orang ramai pada hari jumaat, tiba-tiba masuklah Uthman bin ‘Affan . maka Umar menoleh ke arahnya lalu berkata : “ apa hal dengan seorang lelaki yang datang lewat selepas azan?”. Maka Usman menjawab : “ Wahai amiral mukminin! Aku tidak menambah-nambah ( Melakukan perbuatan lain ) tatkala mendengar azan selain terus berwuduk kemudian terus datang.” Maka berkata Umar : “ dan wuduk juga?” , tidakkah kalian dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Apabila salah seorang dari kamu ingin datang menunaikan jumaat , maka hendaklah dia mandi ( sunat jumaat )”. (HR Muslim ; 845 )

Jelas sekali teguran khailifah Umar itu dilakukan secara terang-terangan di khalayak ramai. Ia bertujuan untuk mengigatkan umaah kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan agar mereka tidak terikut dengan kesilapan atau kealpaan seseorang sekalipun seorang tokoh dari kirami as Sohabah.

Apa yang amat menakjubkan ialah sikap saidina Uthman yang tidak membantah teguran itu dan akur dengan kesilapannya. Inilah akhlak yang sepatutnya ada pada para ilmuan harapan ummah hari ini. Berlapang dada dan sedia menerima teguran serta mahu membetulkan keadaan bukan mempertahan diri dengan pelbagai alasan.

Kesimpulan :

Agama itu adalah nasihat. Ia hanya berguna kepada mereka yang mahu mengambil manafaatnya. Dalam menegur sesuatu ingatlah kita dituntut berhikmah dan ikhlas kerana Allah. Hikmah bukan bererti dengan pendekatan lemah-lembut dan tersembunyi sahaja. Hikmah bermaksud menegur sesuai dengan situasi dan keadaan.

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.

Doakan Istiqamah. Maaf tazkirah ini agak panjang.. terimakasih kerana sabar membaca..

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Doakan istiqamah.
Wassalam.

Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata: “Engkaulah yang dipilih Allah rasul-Nya dan Kalimullah, sedangkan aku seorang makhluk biasa, yang ingin bertaubat kepada Tuhan. Maka tolonglah aku, semoga taubatku diterima.”

Nabi Musa merasa gembira lalu berwuduk dan solat kemudian baginda berdoa: “Ya Tuhan, iblis adalah makhluk-Mu dan dia ingin bertaubat, maka terimalah taubatnya.: Maka diturunkan wahyu kepada Musa: “Ya Musa, dia tidak akan bertaubat.: Jawab Musa:

Klik Disini

“Ya Tuhan, dia mahu bertaubat.” Maka turun wahyu kepada Musa: “Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia bersujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya.”

Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata: “Aku tidak akan sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya?” Lalu iblis berkata: “Hai Musa, kerana engkau telah menolongku, maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku berpesan kepadamu tiga perkara:

1) Ingatlah kepadaku ketika marah, sebab aku ada di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.

2) Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang, sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya sehingga dia lari ke belakang.

3) Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

CARA RASULULLAH MAKAN KURMA

Tercatat dalam beberapa hadis mengenai bagaimana Rasulullah mengambil kurma:

1 . Mencampur dengan keju, dalam HR . Abu Dawud no.3837 dan Ibnu Majah no.3343

Imam ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa Zubdah ( keju ) dapat berfungsi melembutkan najis, melemaskan saraf dan pembengkakan hempedu dan kerongkong. Jika disapu pada gusi bayi akan mempercepatkan pertumbuhan gigi.

  1. Mencampur dengan timun , HR. Muslim no.2043 , HR. Bukhari no.5440 .

Rasa panas yang ada pada kurma dapat mengimbangi rasa sejuk pada timun,

* Klik Disini

kerana timun sukar untuk dicernakan, sejuk dan kadang kala berbahaya. Sungguh ia suatu pelajaran yang agung dari Rasul kita.

  1. Memakan kurma dengan tembikai , HR. Abu Dawud no. 3836 .

Menganjurkan berbuka puasa dengan kurma basah ( ruthab ), jika tidak ada dengan kurma kering, kalau tidak ada dengan meminum air seteguk demi seteguk . HR Abu Dawud no.2356 .

Hadis ini mengandungi hikmah agung dari sudut kesihatan, yang diperlukan oleh orang yang berpuasa adalah zat gula yang mudah diserap oleh darah, perut dan usus. Zat gula ( glukosa dan fruktosa ) memerlukan masa 5-10 minit untuk diserap dalam usus manusia ketika dalam keadaan kosong. Sehingga waktu tersebut dapat digunakan sementara untuk mengerjakan solat maghrib.

  1. Melarang memakan kurma bagi orang yang baru sembuh dari sakit, HR. Abu Dawud no.3856 .
  2. Boleh memakan kurma walaupun sakit mata , HR. Ibnu Majah no.3343 .
  3. Memerintahkan jangan membuang kurma yang di dalamnya terdapat ulat, namun membersihkannya , HR. Abu Dawud no.3832 .

Memakan 7 buah kurma dapat dielak diracun dan sihir.

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqash , dari Nabi Shallallahu ‘ Alaihi wa Sallam beliau bersabda ‘ Barangsiapa mengambil kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir ‘ .

Ajwah merupakan salah satu jenis kurma yang berasal dari Madinah, dikenali sebagai kurma Hijaz yang terbaik dari seluruh jenisnya. Bentuknya yang baik, padat dan agak keras, namun termasuk kurma yang paling lazat harum dan empuk. Biasanya kalau anda kunjungi ke pasar yang menjual kurma, harga kurma tersebut antara yang paling tinggi diantara yang lain. (Berbagai sumber)

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

5 JENIS SEDEKAH YANG DISARANKAN RASULULLAH SAW

Sedekah merupakan amalan yang bersifat sosial (al-muta’ddiyah). Artinya, manfaatnya tidak hanya dirasakan oleh orang yang mengerjakannya, namun juga dapat dirasakan oleh orang lain.

Kebanyakan orang memahami sedekah hanya pemberian sejumlah uang kepada orang miskin atau mereka yang tidak berkemampuan.

 

* Klik Disini

Sehingga, seakan-akan sedekah hanya “dimonopoli” oleh orang kaya atau kalangan tertentu sahaja.

Sebenarnya sedekah tidak selalu berbentuk pemberian materi. Sedekah juga boleh bermakna pemberian yang bersifat manfaat dan lain-lain.

 

Pada TAZKIRAH hari ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis sedekah yang bukan bersifat kebendaan yang diterangkan di dalam hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

كل سُلامى من الناس صدقة , كل يوم تطلع فيه الشمس تعدل بين اثنين صدقة , وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها أ, ترفع عليها متاعه صدقة , والكلمة الطيبة صدقة , وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة , وتميط الأذى عن الطريق صدقة .

Ertinya:
“Setiap anggota badan manusia diwajibkan bersedekah setiap harinya selama matahari masih terbit; kamu mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah; kamu menolong seseorang naik ke atas kendaraannya atau mengangkat barang bawaannya ke atas kendaraannya adalah sedekah; setiap langkah kakimu menuju tempat sholat juga dihitung sedekah; dan menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah.” (HR Bukhari dan Muslim).

Dari hadits di atas dapat memberi pengertian tentang perlunya sedekah yang dilakukan oleh seseorang dalam hidupnya selama matahari masih terbit (selama dunia belum kiamat)?

Diantara sedekah yang dianjurkan dalam hadits di atas adalah:

  1. Mendamaikan Orang yang bersengketa.

Jika ada dua orang yang bersengketa dan meminta bantuan kita, maka kewajiban kita adalah mendamaikan persengketaan mereka. Hal ini di kira sebagai sedekah.

  1. Menolong orang lain menaiki kenderaan.

Jika ada orang yang sakit atau orang tua yang meminta tolong untuk menaiki kendaraannya. Pertolongan tersebut dianggap sebagai sedekah.

  1. Mengangkat barang orang lain.

Membantu orang lain mengangkatkan barang bawaannya untuk meringankan bebanan yang di bawanya, maka hal itu pun sudah di anggap sebagai sedekah

  1. Melangkah ke tempat sholat.

Setiap langkah kaki kita atau menaiki kendaraan menuju ke tempat ibadah untuk mendirikan sholat 5 waktu sudah dianggap sebagai sedekah. Oleh karena itu ringankan langkah kaki kita untuk menuju ke tempat ibadah setiap kali azan berkumandang.

  1. Membuang duri di jalan.

Jika kita menjumpai sesuatu di jalanan yang akan menghalang perjalanan seseorang seperti duri, paku, kaca atau lainnya. Membuang atau mengetepikan nya adalah sedekah bagi mereka yang melakukannya.

Para ulama berpendapat tentang hadith di atas:

-Imam Nawawi menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan sedekah di sini adalah sedekah yang dianjurkan, bukan sedekah wajib.

-Ibnu Bathal dalam Syarah Shahih al-Bukhari menambahkan bahwa manusia dianjurkan untuk senantiasa menggunakan anggota tubuhnya untuk kebaikan. Hal ini sebagai bentuk rasa syukur terhadap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

-Penulis kitab ‘Umdatul Qari Badruddin al-Ayni berpendapat bahwa segala amal kebaikan yang dilakukan atas dasar keikhlasan, ganjaran pahalanya sama dengan pahala sedekah.

-Dalam kitab Adab al-Mufrad, al-Bukhari meriwayatkan, apabila seorang tidak mampu untuk melakukan perbuatan yang disebutkan di atas, minimal ia menahan dirinya untuk tidak menganggu orang lain. Karena secara tidak langsung, ia sudah memberi (sedekah) kenyamanan dan menjaga kesalamatan orang banyak.

Selama kita mampu melakukan banyak hal, peluang untuk bersedekah masih terbuka luas. Sedekah tidak hanya berupa uang, tetapi juga memanfaatkan anggota tubuh kita untuk orang lain dalam perkara yang baik.

Para ulama mengatakan, amalan-amalan yang disebutkan dalam hadis di atas hanya sekedar contoh, bukan membatasi. Penafsiran hadis ini masih dapat diluaskan cakupannya.

Singkatnya, segala bentuk amalan yang dilakukan anggota tubuh badan kita, akan dinilai sebagai sedekah oleh Allah SWT bila dilakukan dengan penuh keikhlasan dan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.

Ya Robbi terimalah amal ibadah kami. jadikan hidup kami untuk mendapatkan kebaikan dari setiap perbuatan baik yang kami lakukan. Mudah-Mudahan hidup kami dapat memberi manfaat kepada sesama. Aamiinn Yaa Robbal ‘Aalamiin !!!!!

Wallahu A’lam.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Rasulullah Saw banyak menyeru kita untuk tolong menolong . Dengan demikian, akan terbentuk masyaraat yang saling menguatkan.

Dalam buku Jiwa Dalam Bimbingan Rasulullah karya Dr Saad Riyadh disebutkan Rasulullah Saw bersabda, “Perumpamaan hubungan seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah laksana sebuah bangunan yang masing-masing bagian saling menguatkan. (Beliau kemudian mengisyaratkan hal itu dengan menyatukan jari-jari kedua tangan beliau)” (HR Bukhari).

* Klik Disini

Dalam kesempatan lainnya, Baginda bersabda, “Kalian akan mendapati orang-orang mukmin dalam hubungan kasih sayang, saling mencintai, serta  perasaan mereka saling terhubung, adalah seperti satu jasad. Apabila salah satu organ menderita sakit maka sekujur tubuh juga tidak dapat tidur dan merasakan demam” (HR Bukhari).

Rasulullah Saw juga bersabda, “Siapa saja (di antara orang-orang mukmin) yang melapangkan satu kesusahan dunia yang dialami mukmin yang lain maka Allah Swt akan melapangkan satu kesusahan darinya di hari akhirat. Siapa yang menutup aib (keburukan) seorang muslim maka Allah Swt akan selalu menolong seorang hamba selama dia tetap menolong saudaranya (sesama muslim)” (HR Tirmidzi).

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
* Gambar Sekadar Hiasan

Dalam sebuah hadits, Rasululah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba (menuju batas shiratul mustaqim) sehingga ia ditanya tentang umurnya untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan , hartanya dari mana ia peroleh dan kemana ia habiskan dan badannya untuk apa ia gunakan” (Hadits Shahih Riwayat At Tirmidzi dan Ad Darimi)

▶️ 1. Umur

Umur adalah sesuatu yang tidak pernah lepas dari manusia. Bila kita berbicara tentang umur, maka berarti kita berbicara tentang waktu. Allah dalam Al Qur’an telah bersumpah dengan waktu “Demi masa” maksudnya agar manusia lebih memperhatikan waktu.

Waktu yang diberikan Allah adalah 24 jam dalam sehari-semalam. Untuk apa kita gunakan waktu itu? Apakah waktu itu untuk beribadah atau untuk yang lain-lain yang sia-sia?
Janganlah kita termasuk orang yang merugi.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran” (QS. Al ‘Ashr)

▶️ 2. Ilmu

Yang membedakan antara muslim dan kafir adalah ilmu dan amal. Orang muslim berbeda amaliahnya dengan orang kafir dalam segala hal, dari mulai kebersihan, berpakaian, berumah tangga, bermua’malah dan lain-lain. Seorang muslim diperintahkan oleh Allah dan RasulNya agar menuntut ilmu.

Allah berfirman
“ Apakah sama orang yang tahu (berilmu) dengan yang tidak berilmu?” (QS. Az Zumar:9)
Ayat ini kendatipun berbentuk pertanyaan tetapi mengandung perintah untuk menuntut ilmu.

Menuntut ilmu agama hukumnya wajib atas setiap individu muslim, misalnya tentang membersihkan najis.

Berwudhu yang benar, cara shalat yang benar dan hal-hal yang dilaksanakan setiap hari. Karena bila ia tidak tahu, maka amalannya akan tertolak , dan Allah akan bertanya kepadanya kenapa ia mengikuti apa yang tidak ia ketahui.

Seperti dalam firmanNya :
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya”. (QS. Al Isra’:36)

Ilmu yang sudah dipelajari oleh umat islam harus digunakan untuk kepentingan Islam. Ilmu yang sudah dituntut dan dipelajari wajib diamalkan menurut syari’at Islam.

Ilmu tidak akan berarti apa-apa dalam hidup dan kehidupan manusia kecuali bila manusia mengamalkannya
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Beramallah kamu (dengan ilmu yang ada) karena tiap-tiap orang dimudahkan menurut apa-apa yang Allah ciptakan atasnya” (HR. Muslim)

▶️ 3. Harta

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Bagi tiap-tiap umat itu fitnah dan sesungguhnya fitnah ummatku adalah harta” (HR. At Tirmidzi dan Hakim)
Harta pada hakikatnya adalah milik Allah.
Harta adalah amanat Allah yang dilimpahkan kepada umat manusia agar dia mencari harta itu dengan halal, menggunakan harta itu pada tempat yang telah ditetapkan oleh syari’at islam.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah meramalkan hal ini dengan sabdanya
“Nanti akan datang satu masa; di masa itu manusia tidak perduli dari mana harta itu ia peroleh, apakah dari yang halal ataukan dari yang haram” (HR. Al Bukhari).

Orang yang mencari usaha dari yang haram akan mendapat siksa dari Allah,
seperti disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam :
“Barangsiapa yang dagingnya tumbuh dari barang yang haram, maka Neraka itu lebih patut baginya (sebagi tempat).” (HR. Al Hakim)

▶️ 4. Tubuh Badan

Letihnya manusia dalam malaksanakan ibadah kepada Allah akan diganjar dengan pahala.
Tetapi bila letihnya dalam rangka bermain-main, mengerjakan maksiat, perbuatan sia-sia, beribadah dengan yang tidak dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka sia-sialah letihnya itu bahkan ada yang diganjar dengan api Neraka, karena mereka termasuk orang-orang yang celaka, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam :
”Tiap-tiap amal (pekerjaan) ada masa-masa semangat, dan tiap–tiap masa semangat ada masa lelahnya maka barangsiapa lelah letihnya karena melaksanakan sunnahku, maka ia telah mendapatkan petunjuk, dan barangsiapa lelah letihnya bukan karena melaksanakan sunnahku, maka dia termasuk orang yang binasa” (HR. Al Hakim dan Al Baihaqi).

::::::::::🌹🌹🌹::::::::::::

Demikianlah pada hari mahsyar masing-masing manusia akan dimintai pertanggungjawaban atas segala perbuatan yang telah dikerjakannya selama hidupnya di dunia.

Sudah siapkah kita menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan ditanyakan kepada kita pada saat itu? Kalau belum kapan lagi kita mempersipkan diri kalau tidak sekarang?

* Klik Disini

Segala puji bagi Allah, Penguasa sekalian alam, semoga shalawat dan salam tetap tercurahkan atas nabi kita Muhammad Shallallahu’alaihi wa sallam, keluarganya dan para shahabatnya.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Sabda Nabi SAW
Ketika al-Mahdi dan umat Islam yang turut berada di Baitulmaqdis mahu mengerjakan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam turun. Maka al-Mahdi mundur ke belakang agar Nabi Isa ke hadapan untuk menjadi imam (sembahyang subuh mereka). Lantas Nabi Isa meletakkan kedua-dua belah tangannya ke atas kedua-dua belah bahu al-Mahdi sambil berkata, “Silakan maju ke hadapn dan jadi imamlah. Sesungguhnya (sembahyang subuh) ini diiqamatkan untukmu.” Maka al-Mahdi menjadi imam bagi para mukmin dan Nabi Isa AS.”(Ibnu Majah & Abu Nuaim)

Sabda Nabi SAW,
Al-Mahdi memalingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri (memerhatikan makmum pada saf pertama), maka ketika itulah Nabi Isa turun dari langit, laksana menitisnya air daripada rambut al-Mahdi. Lantas al-Mahdi berkata, “Sila ke depan dan jadilah imam (kami).” Nabi Isa menjawab, “Sesungguhnya sembahyang ini diiqamatkan untukmu.” Kemudian Nabi Isa sembahyang di belakang seorang lelaki daripada keturunanku. (At-Tabrani & Abu Nuaim)

Setelah cukup empat puluh hari Dajjal memerintah dunia dengan keadaan yang amat menderitakan seluruh kemanusiaan, manusia yang mengikutinya mulai amat sedar betapa silapnya mereka kerana terlalu mengikut cakap-cakap Dajjal itu. Betapa jauhnya perbezaan antara pemerintahan Islam sebelumnya dengan pemerintahan Dajjal yang sedang memerintah pada hari ini. Pemerintahan Islam cukup ideal dan baik, membawa rahmat yang tidak terhingga kepada seluruh manusia, malah yang kafir pun turut mendapat limpahan nikmat yang Allah turunkan. Pemerintahan Dajjal ini bukannya membawa kebaikan, malah orang yang menuhankannya pun turut mendapat susah dan takut. Begitu jauhnya perbezaan antara kedua-dua bentuk pemerintahan ini.

Namun untuk berpatah balik amatlah sukar pula, malah boleh dikatakan bahawa pintu taubat sudahpun Allah tutup untuk setiap yang mengikut Dajjal itu. Maka mereka menjadi golongan yang amat menyesal. Dalam keadaan yang penuh menyesal itulah Allah turunkan Nabi Isa AS kepada umat Islam, membawa khabar berita yang amat menggembirakan seluruh umat Islam yang sedang sangat menderita itu. Turunnya Nabi Isa AS bukanlah sebagai seorang rasul yang akan mengembangkan ajaran baru. Tugas itu sudahpun ditutup dengan wafatnya Rasulullah SAW lebih seribu empat ratus tahun dahulu.

* Klik Disini

Tugas pertama Nabi Isa AS adalah sebagai pembunuh Dajjal. Untuk tujuan itu, Nabi Isa AS diturunkan oleh Allah pada waktu subuh, ketika umat Islam sedang berdiri untuk mengerjakan sembahyang subuh. Turunnya Nabi Isa AS ini memang mengejutkan seluruh umat Islam. Selepas sembahyang subuh itulah Nabi Isa AS bersiap-siap untuk membunuh Dajjal seperti yang Allah SWT perintahkan kepadanya sebelum turun ke bumi ini. Dari mana turunnya Nabi Isa AS itu tidak perlulah dikaji-kaji dan dicungkil-cungkil. Yang penting sekali, Nabi Isa AS sudahpun turun semula ke dunia, dalam keadaan seolah-olah orang yang baru berusia 33 tahun, sama seperti keadaannya sewaktu diselamatkan oleh Allah daripada ditangkap oleh Yahuza Iskarius, anak muridnya yang membelot dahulu.

  • Artikel ini adalah sebahagian daripada buku Imam Mahdi: Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik
Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
* Gambar Sekadar Hiasan

Menjawab kepada persoalan mengenai ayat 75 surah sod.

Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang.

Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.

Soalan: Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.

* Klik Disini

Firman Allah yang dimaksudkan akhi;

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ

“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terbitan Dar Al-Iman Pustakan Darul Iman Sdn Bhd)

1) Perlu difahami ini merupakan ayat mutasyabihah. Ayat-ayat al-quran yang ada persamaan Allah dengan makhluk dikira sebagai ayat yang mutasyabihah.

2) Mengikut manhaj khalaf : ia perlu ditakwil kepada makna yang sesuai pada bahasa arab supaya tidak terkeliru sehingga menyamakan Allah Ta’ala dengan makhluk.

3) Mengikut manhaj salaf sebenar : menyerahkan makna “yadun” kepada Allah tanpa menterjemahkan kepada makna tangan atau menakwil kepada makna yang layak bagi Allah dan dalam masa yang sama menafikan Allah Ta’ala sama dengan makhluk.

4) Mengikut manhaj salafiyyah wahabiyyah aka salafi jadian, golongan mujassimah, hasyawiyyah dan kitabiyyah : “yadun” dengan makna tangan tetapi tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk. Ini pandangan yang sesat lagi menyesatkan kerana apabila diisbatkan kepada Allah sifat tangan walaupun kita katakan ia tidak sama dengan makhluk sebenarnya kita telah menjisimkan Allah. Seumpama kita katakan “sampah berbau wangi”. Bila kita sebut sampah maka sudah jelas ia berbau busuk walaupun kita sifatkan ia berbau wangi. Bila kita kata tangan Allah sebenarnya kita telah menjisimkan Allah Ta’ala walaupun kita katakan tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk.

5) Mahasuci Allah daripada sama dengan makhluk samada bertangan, duduk, naik turun dan sebagainya daripada sifat makhluk. Firman Allah Ta’ala; ليس كمثله شيء “ Tidak ada yang seumpama denganNya (Allah) sesuatupun”

6) Kenapa Allah Ta’ala menyebut dengan dua tanganNya? Untuk memuliakan Adam. Kata ulama’: أضاف خلقه إلى نفسه تكريماً له “Allah menyandarkan ciptaanNya kepada diriNya sebagai memuliakan baginya” Kerana ayat ini ditujukan kepada iblis yang enggan sujud kepada Adam dengan pertanyaan apa yang menegah kamu (iblis) untuk sujud kepada apa yang aku jadikan dengan zat aku bukan dengan perantaraan ayah dan ibu kerana Adam dijadikan tanpa ayah dan ibu seperti yang kita sudah maklum. Perumpamaan dengan menggunakan dua tangan lebih hebat daripada satu tangan kerana telah maklum kepada kita sesuatu kerja yang besar tidak dilakukan dengan sebelah tangan. Ini kefahaman yang disebut oleh Imam Zamakhsyari di dalam kitab Al-Kassyaf dalam menjelaskan maksud dua tangan. Berkata sebahagian ulama’

; لما خلقت بيدي : لما خلقت بغير واسطة

“Bagi apa yang Aku jadikan dengan dua tangan Aku bermaksud bagi apa yang aku jadikan tanpa perantaraan”

7) Mengikut tafsir jalalain oleh dua Imam besar Al-Imam Al-’Allamah Jalaluddin Al-Mahalli dan Al-Imam Al-‘Allamah Jalaluddin As-Suyuti menyebut dalam mentafsir ayat di atas;

أي توليت خلقه أي من غير واسطة أبي وأمي وهذا تشريف لآدم فإن كل مخلوق تولى الله خلقه

“Ialah Aku (Allah) meguasai kejadiannya (Adam) ialah tanpa perantaraan ayah dan ibu dan ini memuliakan bagi Adam. Sesungguhnya setiap makhluk Allah Ta’ala menguasai ciptaanNya”

8) Di dalam At-Tafsir Al-munir oleh Dr Wahbah Zuhaili : Aku menjadikannya (Adam) sendiri tanpa perantaraan Ayah dan Ibu dan Al-Yad bermaksud Al-Qudrah (kuasa Allah bukan tangan dengan maksud anggota) Juz :23-24 mukasurat : 229 Cetakan : Darul Fikr, Syiria.

9) Perkataan “yadun” yang bermaksud tangan di dalam bahasa melayu merupakan majaz ( perkataan yang dipinjam bukan dengan makna asal atau hakiki) di dalam pengajian ilmu balaghah bahasa arab. Sebagai contoh di dalam bahasa melayu kita juga ada menggunkan simpulan bahasa seperti :

“Abu seorang yang panjang tangan” Apakah ia bermaksud tangan Abu benar-benar panjang atau ia simpulan bahasa untuk menyatakan Abu seorang pencuri? Sudah tentu jawapannya ialah untuk menunjukkan makna Abu seorang pencuri bukan bermaksud tangan dia benar-benar panjang. Simpulan bahasa ini bukan merujuk kepada majaz di dalam bahasa arab kerana majaz itu seperti kita katakan bulan tersenyum atau ombak memeluk pantai tetapi simpulan ini untuk menunjukkan perkataan tangan di sini bukan bermaksud tangan yang hakiki seperti zahirnya. Jika orang melayu tidak memahami simpulan bahasa ini, menunjukkan kejahilan dia terhadap bahasa melayu dan orang yang tidak memahami majaz ini menunjukkan kejahilan dia terhadap balaghah bahasa arab.

Al-Quran merupakan kalamullah. Bahasanya disebut sebagai “ablagh” (balaghah yang paling tinggi) sehingga cabaran Allah Ta’ala kepada orang kafir untuk membuat satu surah seumpaman surah Al-Kauthar pun mereka tidak mampu. Apatah lagi kita orang melayu dalam memahami kalamullah ini. Oleh sebab itu berkata Mujahid dalam mentafsirkan ayat ini;

قال مجاهد : اليد ها هنا بمعنى التأكد والصلة ، مجازه لما خلقت أنا كقوله : ” ويبقى وجه ربك ” [ الرحمن : 27 ] أي يبقى ربك

Tangan di sini dengan makna penguat dan kaitan. Majaznya ( perkataan yang dipinjam bukan dengan makna asal atau hakiki) bagi apa yang aku (Allah) jadikan. Seperti Firman Allah Ta’ala : Kekal wajah Tuhan kamu [ ar-rahman : 27 ] bermaksud kekal Tuhan kamu. 10) Berkata As-Shahrastani di dalam kitab Milal Wa Nihal:

إن الأئمة مالكا والشافعي وأحمد قالوا : من حرك يده عند قراءة قوله تعالى ( لما خلقت بيدي ) وأشار بإصبعه عند رواية قلب المؤمن بين أصابع الرحن… الحديث وجب قطع يده وقطع أصبعه

Sesungguhnya imam-imam, Malik, Syafie dan Ahmad berkata : Sesiapa yang menggerakkan tangannya ketika membaca firman Allah Ta’ala (ayat 75 surah mujadilah) dan mengisyaratkan jarinya ketika membaca riwayat “Hati manusia di antara jari-jari Allah”- Al-Hadis, wajib dipotong tangan dan jarinya. (Di naqalkan daripada kitab syarah jauharatul tauhid bagi Imam Al-Bajuri mukasurat 166).

11) Cuba lihat tafsiran sahabat seperti Ibnu Abbas yang di doakan oleh Nabi SAW “ Ya Allah, Faqihkan dia ( ibnu Abbas) di dalam agama dan ajarkan dia takwil” dan tafsiran Mujahid, Qatadah, At-Thauri dan lain-lain di dalam mentafsirkan ayat;

والسماء بنيانها بأيد

Tafsiran mereka “Kami menjadikan langit dengan (qudrat) kuasa kami”. ( Tafsir Ibnu Kathir Juz : 4 Mukasurat : 237 )

Bagaimana untuk menolak pandangan yang mengatakan jika kita takwilkan “yadun” kepada makna kuasa bermaksud ada dua kuasa?

1) Tanya kembali kepada dia, Allah Ta’ala menjadikan Adam dengan dua tangan atau dengan kuasa Allah Ta’ala? Jika dia tidak mahu menta’wil ayat ini kepada kuasa bermaksud dia menafikan sifat kuasa Allah untuk menjadikan Adam. Sedangkan kita faham bahawasanya setiap mumkinat (perkara yang harus ada) itu ta’luq dengan sifat qudrat (kuasa) Allah. Dengan perkataan yang lain semua perkara yang dijadikan oleh Allah dengan sifat kuasa Allah Ta’ala bukan dengan tangan yang kita fahami. Jika kita katakan yadun dengan maksud tangan secara langsung kita telah menafikan kuasa Allah Ta’ala menjadikan dengan sifat kuasa. Sedangkan sifat kuasa merupakan sifat yang wajib bagi Allah Ta’ala. Sesiapa yang menafikan Allah Ta’ala bersifat dengan sifat kuasa hukumnya kufur. Dalil Allah Ta’ala berkuasa ialah firman Allah Ta’ala ;

إن الله على كل شيء قدير

“Sesungguhnya Allah berkuasa di atas setiap sesuatu”

2) Di dalam Al-Quran Allah menggunakan kalimah satu tangan, dua tangan, dan tangan-tangan. Jika kita katakan Allah ada dua tangan. Bagaimana dengan ayat yang mengatakan satu tangan dan ayat yang mengatakan tangan-tangan yang lebih daripada dua?

3) Tanyakan juga kepada mereka bagaimana ayat yang Allah Ta’ala menggunakan perkataan “nahnu” (kami). Apakah itu menunjukkan kepada Allah ramai? Ayat-ayat yang menyebut perkataan tangan tetapi bukan dengan maksud tangan ;

1) (Surah Al-Mujadilah : 12)

فقدموا بين يدي نجواكم صدقة

Di dalam ayat ini Allah menyandarkan perkataan tangan kepada “najwa”. Najwa bermaksud perbualan rahsia. Apakah perbualan rahsia juga ada tangan? Jadi tangan di sini bukan bermaksud tangan seperti zahirnya tetapi hanya majaz seperti yang telah dijelaskan di atas.

2) (Surah Al-A’raaf : 57) وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْراً بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ

Di dalam ayat ini disebut tangan rahmat. Rahmat di sini bermaksud hujan. Apakah hujan ada tangan? Dua ayat di atas menafikan pandangan wahabi yang mengatakan tangan Allah dengan maksud hakiki bukan majazi. Padahal jika diletak makna hakiki kepada dua ayat di atas amatlah menyimpang daripada maksudnya. Justeru itu, ulama’ memahami makna yadun kepada Allah bukan dengan makna tangan yang hakiki tetapi majazi sahaja yang perlu ditakwil kepada makna yang selayaknya seperti kuasa, ni’mat, pahala, pertolongan dan lain-lain sepertimana takwilan ahli sunnah wal jamaah daripada ulama’ khalaf dan salaf demi menjaga kemurniaan akidah umat Islam. Jika Allah ada tangan bagaimana golongan wahabi ingin menjawab kepada persoalan ayat ini. Firman Allah Ta’ala;

كل من عليها فان ويبقى وجه ربك ذو الجلال والاكرام

“Semua yang ada di atas dunia akan binasa dan yang kekal wajah Tuhan kamu yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan”

Ayat ini menyatakan semua akan binasa kecuali wajah Allah. Di mana tangan Allah? Apakah tangan Allah juga binasa? Dangkal sungguh fahaman yang mengatakan Allah bertangan seperti mana akidah golongan yahudi. Wajah di sini bermaksud zat Allah yang tidak bertangan dan berwajah seperti fahaman wahabi atau salafi yang mendakwa mengikut salaf tetapi menyimpang daripada akidah salaf yang sebenar. Jika Allah bertangan sudah tentu Allah akan menyebut di dalam ayat di atas tangannya juga kekal. Mana mungkin tangan Allah juga binasa. Diakan Allah yang bersifat dengan sifat baqa’ (tidak binasa dan kekal selama-lamanya).

Kesimpulannya :

1) Tidak salah kita mentakwilkan ayat dua tangan dengan maksud kuasa sepertimana kenyataan ulama’ yang telah ana bawakan. Dua tangan tidak merujuk kepada bilangan dua kuasa kerana sememangnya tangan itu dua. Mewakili Kiri dan kanan. Seperti kita katakan melihat dengan dua mata. Sememangnya melihat dengan menggunakan dua mata bukan dengan dua telinga tetapi ia sebagai jalan taukid (menegaskan) lagi kita benar-benar melihat. Menggunakan dua tangan menunjukkan kita benar-benar buat dalam keadaan bersungguh.

2) Kuasa merupakan sifat wajib bagi Allah adapun tangan merupakan sifat yang mustahil bagi Allah kerana bersalahan dengan sifat mukhalafatuhul lilhawadith.

3) Mengisbatkan tangan bagi Allah boleh menyebabkan kufur dan murtad kerana menyandarkan sifat yang tidak layak bagi Allah dan mensyirikan (menyekutukan) Allah dengan makhluk.. Nauzubillahi min zaalik. Awasi dan jauhi daripada i’tiqad sebegini.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram