fbpx

Year: 2021

* Gambar Sekadar Hiasan

Adakah nenek moyang anda pernah memiliki saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada terus membiarkan makhluk terkutuk itu bersarang di dalam badan anda.

Saka adalah satu perjanjian di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.

Seperti yang selalu saya jelaskan dalam artikel-artikel saya sebelum ini, apabila seseorang itu ada gangguan di dalam badannya, tidak boleh tidak, mesti akan ada tanda-tanda zahir gangguan pada dirinya.

Tanda-tanda berikut adalah petanda yang seseorang itu mewarisi saka:

  1. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
  2. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
  3. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
  4. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
  5. Berdebar-debar tanpa sebab.
  6. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.

Jika tanda-tanda ini ada pada anda, perkara yang perlu anda lakukan ialah bersegera berjumpa dengan pakar perubatan islam atau yang berkaitan dengan ilmu ghaib yang bertauliah.

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.

* Klik Disini

Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud. Sebaiknya, jika anda benar-benar bersungguh-sungguh ingin membuang saka dari tubuh badan anda, sentiasalah mengamalkan ayat-ayat ruqyah atau pun amalan zikir al-Ma’thurat setiap pagi dan petang.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
* Gambar Sekdara Hiasan

Antara penyakit-penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali imsomnia. Sebagaimana yang kita tahu, jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza, bagaimanapun secara umumnya, manusia tidak memerlukan waktu yang panjang untuk tidur.

Penyakit sukar tidur boleh disebabkan antara salah satu faktor dibawah ini:-

1. Stress atau tekanan (tempat kerja, belajar, rumahtangga).

2. Menghadapi masalah (rumahtangga, kewangan, pelajaran, pekerjaan).

3. Perubahan pada persekitaran (berpindah tempat tidur, rumah , dan sebagainya).

4. Penyakit.

5. Gangguan makhluk halus.

Doa Agar Mudah Tidur.

يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِيMaksudnya:“Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa, Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” (riwayat al-Tabrani dan Ibnu Sunni no 749 tahqiq Ahmad Tahir).

* Klik Disini

Keterangan dan petua beramalDiriwayatkan oleh al-Tabrani dan Ibnu al-Sunni daripada Hajjaj bin Imran al-Sadusiy, daripada Amru bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazid, daripada Khalid bin Ma’ee dan, daripada Abdul Malik bin marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda SAW mengajarnya doa di atas.Menurut hadis riwayat Ibnu Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW itu. (rujuk al-Azkar: Bacaan apabila gelisah tidak dapat tidur).Menurut pengarang buku, Doa dan Rawatan Penyakit, doa ini boleh dibacakan kepada pesakit dan air. Caranya ialah dengan meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua-dua belah matanya.Air yang telah dibacakan doa itu tadi boleh digunakan untuk minum dan mandi. (rujuk buku karangan Prof. Dr. Harun Din, Doa & Rawatan Pesakit, bab masalah tidak dapat tidur malam)Menurut Tiki Kustenmacher terdapat beberapa petua untuk mudah tidur, iaitu: (rujuk buku beliau bertajuk, How To Simplify Your Life hlm. 152-154.* Walaupun artikel difokuskan pada tidur sebentar (nap) tetapi penulis mendapati ada fakta yang sesuai untuk tidur yang lain);* Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya. Kajian yang dilakukan di Madical School, University of Athens menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.* Biasakan tidur mengikut jadual.* Buat satu peraturan yang tetap, contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, telefon, gosok gigi dan lain-lain. (dicadangkan supaya melakukan adab-adab yang dianjurkan dalam Islam sebelum tidur.)* Tidurlah dalam suasana yang tenang dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa supaya tidak terlalu panas.* Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan rasa penat.* Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih berkualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu tidur.* Bangun tidur dengan beransur-ansur, tarik dan hembus nafas.Petikan daripada buku, 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, Telaga Biru Sdn. Bhd.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
* Gambar Sekadar Hiasan

” Berhati-hatilah jika cinta dunia telah mengambil tempat di hatimu,kerana ia akan menyempitkan hatimu, dan menjadi sulit luar biasa untuk mengeluarkan dan membuangnya jauh-jauh.Dunia ini sumber ujian; jangan mencari kenyamanan dan bermegah-megahan dengannya. Hal itu akan menciptakan lebih banyak kamar-kamar dalam hatimu dan akan menurunkan keinginan untuk beribadah. “Ibnu Arabi

* Klik Disini
Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
* Gambar Sekadar Hiasan

Rasulullah ﷺ tidak membiarkan satu barang berharga pun tertimbun di rumahnya. Jika ada, maka Rasulullah ﷺ terus menyedekahkannya.

Fenomena kita diakhir zaman ini ialah kecenderungan masyarakat yang terlampau giat bekerja, mengumpulkan wang dan harta sebanyaknya sehingga melalaikan ibadah wajib.

Setelah wang/harta terkumpul, kita kemudian berlumba-lumba hidup mewah dan lupa akan nasib akhirat kita.

* Klik Disini

Bile trbaca ni aku mmg tersentap dlm hati. Baca ni rasa takut lak. Dipandang tinggi sbb byk colection namun diakhirat azab menanti. Bleh ah start pakai mana yg dlm almari. Jika x guna kene jual/sedekah. Simpan 1~2 ok kot.kalo smpai 1 almari wallahualam..

Tiada istilah collection dlm islam.

QS.At- Taubah 35 📖
~(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahanam,
~Lalu dengan itu disetrika dahu, lambung dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka,
“inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri..,
~Maka rasakanlah
(akibat dari) apa yang kamu simpan itu.

QS.Al-baqarah195 📖
~Dan belanjakanlah (harta bendamu) dijalan Allah,
~dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
~Karna sesungguh nya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Semoga kita bertaubat dan kita dapat hidup dijalan yang lurus iaitu dengan mengikut Al-Quran dan sunnah. Juga dpt menjadi hamba Allah Subhanahu Wa-Ta’ala yg sebenar-benarnya.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
* Gambar Sekadar Hiasan

اللَّهُمَّ إِنِّى أَصْبَحْتُ أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ وَمَلاَئِكَتَكَ وَجَمِيْعَ خَلْقِكَ, أَنَّكَ أَنْتَ الله لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ وَأَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ(4×)

Artinya : Ya Allah! Di pagi hari ini aku bersaksi kepada-Mu dan bersaksi kepada (para malaikat) penyangga ‘arasy, para malaikat-Mu dan seluruh makhluk-Mu, bahwa Engkau adalah Allah, tiada tuhan selain Engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu, dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu.

* Klik Disini

Faedah: Barangsiapa yang mengucapkan dzikir ini ketika pagi dan petang hari sebanyak empat kali, maka Allah akan membebaskan dirinya dari siksa neraka.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
* Gambar Sekadar Hiasan

(وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَعَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ وَٱلصِّدِّیقِینَ وَٱلشُّهَدَاۤءِ وَٱلصَّـٰلِحِینَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ رَفِیقࣰا)
[Surah An-Nisa’ 69]

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). (An-Nisaa’:69)

Pada ayat ini Allah menjelaskan bahawa pahala yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang taat kepada Nya dan kepada Rasul Nya, adalah suatu kurnia yang tidak ada tara dan bandingannya bagi yang ingin mencapainya dan Allah lah Yang Maha Mengetahui siapa yang benar-benar taat kepada Nya, sehingga berhak memperoleh pahala yang besar itu.

Hingga terkait hal tersebut di atas, maka sebelum wafatnya Rasulullah berdoa agar boleh berjumpa dengan teman-teman tertingginya di akhirat kerana mereka adalah sebaik-baik teman sesuai dengan Annisa ayat 69 tersebut.

Sebab turunnya ayat ini menurut riwayat At Tabari dan Ibnu Mardawaih dari ‘Aisyah ra. “Bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw dan berkata: “Ya Rasulullah sesungguhnya saya lebih mencintaimu dari diri saya dan anak saya. Apabila saya berada di rumah, saya selalu teringat padamu, sehingga saya tidak sabar dan terus datang untuk melihatmu. Dan apabila saya teringat tentang kematian saya dan kematianmu, maka tahulah (sedarlah) saya. bahawa engkau apabila masuk syurga berada di tempat yang tinggi bersama-sama para Nabi, sedang saya apabila masuk syurga, saya takut tidak akan melihatmu lagi. Mendengar itu Rasulullah SAW diam tidak menjawab, dan kemudian turunlah ayat ini”.

Pada ayat ini Allah mengajak dan mendorong setiap orang, supaya taat kepadaNya dan kepada RasulNya dengan menjanjikan secara pasti akan membalas ketaatan dengan pahala yang sangat besar, yaitu bukan saja sekadar masuk syurga, tetapi akan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Tuhan, yaitu Nabi-nabi, para siddiqin, para syuhada (orang-orang yang mati syahid) dan orang-orang yang soleh.

Berdasarkan ayat ini para ahli tafsir secara garis besarnya membagi orang-orang yang memperoleh anugerah Allah yang paling besar di dalam syurga kepada empat macam iaitu:

  1. Para Rasul dan Nabi-nabi, iaitu mereka yang menerima wahyu dari Allah SWT.
  2. Para siddiqin, yaitu orang-orang yang teguh keimanannya kepada kebenaran Nabi dan Rasul.
  3. Para syuhada dibagi pula urutannya sebagai berikut:

a) Orang-orang beriman yang berjuang di jalan Allah dan mati terbunuh di dalam peperangan melawan orang-orang kafir

b) Orang-orang yang menghabiskan usianya berjuang di jalan Allah dengan harta dan dengan segala macam jalan yang dapat dilaksanakannya.

c) Orang-orang beriman yang mati ditimpa musibah yang mendadak atau teraniaya, seperti mati bersalin, tenggelam di lautan, terbunuh dengan aniaya.

Bahagian (a) disebut syahid dunia dan akhirat yang lebih tinggi pahalanya dari bahagian (b) dan (c) yang keduanya hanya dinamakan syahid akhirat.

* Klik Disini

Dan ada satu bahagian lagi yang disebut namanya syahid dunia, iaitu orang-orang yang mati berperang melawan kafir, hanya untuk mencari keuntungan duniawi, seperti untuk mendapatkan harta rampasan, untuk mencari nama dan sebagainya. Syahid yang serupa ini tidak dimasukkan pembahagian syahid di atas, kerana syahid dunia tersebut tidak termaksud sama sekali dalam kedua ayat ini.

  1. Orang-orang soleh, yaitu orang-orang yang selalu berbuat amal baik yang bermanfaat untuk umum, termasuk dirinya dan keluarganya baik untuk kebahagiaan hidup duniawi maupun untuk kebahagiaan hidup ukhrawi yang sesuai dengan ajaran Allah.

Orang-orang yang benar-benar taat kepada Allah dan RasulNya sebagaimana yang tersebut dalam ayat ini akan dapat masuk syurga dan ditempatkan bersama-sama dengan semua golongan yang empat itu.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp