fbpx

RAHSIA SERTA KEAJAIBAN TULANG SULBI

RAHSIA SERTA KEAJAIBAN TULANG SULBI

Soalan : Ustaz. boleh tak ustaz terangkan tentang tulang ekor manusia (coccyx)? Terima kasih.

Jawapan :

Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yg terakhir dlm susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yg terletak dibahagian pinggul.

Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah:
“Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang ekornya, dari tulang ekor ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
Al Qurtubi didalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955.

Sahabat bertaya Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam ” Apakah tulang ekor wahai Rasullulah?” Lalu di jawab oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ,

KLIK DISINI

” Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” – (Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasululah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yg bermaksud: “Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan.” (Hadis Riwayat An-Nasa’i, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis-hadis di atas dapat disimpulkan bahawa:

  1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
  2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
  3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat drpd tulang sulbi.

Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dlm coccyx tidak akan hancur. Dalam kajian yg dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur & memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yg lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut & ternyata ia masih lagi hidup & utuh seperti biasa. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorg telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dlm tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu-ribu tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi

Dalam AL-Qur’an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud “Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup” (Surah Ali Imran, Ayat 27).

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar & dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh & membentuk paksi janin yg lain yang seterusnya membuktikan kebenaran Al Quran dan hadis.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *