fbpx

KAEDAH DAN CARA MENCARI GURU MURSYID

KAEDAH DAN CARA MENCARI GURU MURSYID

Jika kita ingin mencari guru yang MURSYID yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki makam tauhid: Bangunlah pada sepertiga (1/3) akhir malam, lakukan solat dua (2) rakaat dan berdoalah seperti berikut :

“Yaa Allah , yaa Tuhanku..! Tunjukkanlah kepadaku hamba-hamba-Mu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau (yaa Allah) , iaitu:

KLIK DISINIhttps://toyyibpay.com/infaqmtwt
  • Orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau,
  • Orang yang memberi minum kpd ku dengan minuman Engkau (yaa Allah) ,
  • Orang yg memberi celak mata kedekatan ku dengan cahaya kedekatan Engkau (yaa Allah) dan
  • Orang memberi tahu kepada ku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan.. ( yaa Allah ).

“Ya Allah ! Tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hamba-Mu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaan-Mu ( yaa Allah ) dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu”. Aamiin… yaa Allah…Yaa Robbal ‘Aalamiin. (Syeikh Abdul Qadir Jailani).

Justeru itu, untuk memastikan adakah ia seorang GURU MURSYID yang sah lagi benar, tanyalah kepada nya empat (4) perkara berikut:

Pertama: Minta kepada nya dengan cara beradab dan sopan agar beliau dapat menunjukkan bukti sanad dan silsilah (rantaian) yang sah daripada beliau sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Kedua: Bertanyalah kepada nya dengan sopan dan beradab: Adakah Tuan boleh membimbing dan membawa saya sampai Allah dan Rasul?

Ketiga: Bertanyalah kepadanya: Adakah Tuan boleh menjamin saya di Padang Mahsyar?

Keempat: Bertanyalah kepadanya: Bolehkah Tuan melimpahkan NUR MUHAMMAD kepada saya dengan barakah Rasulullah s.a.w?

Kalau beliau menjawab: INSYA Allah… Duduklah BERADAB dengannya dan BELAJAR lah dengan nya dengan bersungguh-sungguh.

Kalau dia berkata: “Oooo … ana tak sanggup .. diri ana sendiri pun tak lepas…” Angkat kaki perlahan-lahan …CABUT LARI daripada nya …. Sebab :

  • Buang masa
  • Buang tenaga
  • Buang wang ringgit
Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *