fbpx

SIAPAKAH YANG DISEBUT DENGAN PARA RIJALUL GHAIB

Para Rijalul Ghaib adalah sebahagian dari para Aulia Allah SWT yang keberadaannya tersembunyi dan ada di beberapa bahagian langit dan dibumi.

Mereka terdiri dari golongan manusia yang sangat soleh, boleh juga hanya rohaninya sahaja yang dijadikan rijalul ghaib oleh Allah SWT, adapun orangnya malah tidak tahu dan hidup sebagai orang biasa di bumi, akan tetapi rohaninya menempati Maqam tersebut dan mengembara melakukan tugasnya sebagai Wali Allah SWT.

Boleh juga mereka diangkat oleh Allah SWT dari golongan jin muslim yang disebabkan oleh

KLIK DISINI

kealiman dan kesolehannya sehingga mereka diberi kehormatan dengan pangkat rohani sebagai rijalul ghaib tersebut.

Para rijalul ghaib ini sangat tersembunyi sehingga hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui keberadaan mereka. Sebab tu para ahli ilmu agama yang hanya belajar ilmu luar sahaja tidak akan dapat bertemu dengan mereka.

Mereka biasa hadir dalam acara-acara agama yang diberkati seperti majlis zikir tarekat atau acara maulid dan berbagai acara agama lainnya. Tentu kehadiran mereka hanya segelintir orang sahaja yang dapat melihatnya.

Dalam keilmuan hikmah, ada satu ilmu yang merupakan kunci untuk mengetahui dimana kehadiran mereka pada hari-hari tertentu untuk dimintai pertolongan atau bantuannya.

Mudah-mudahan info ringkas ini bermanfaat bagi semua dan ingatlah jangan meremehkan ilmu-ilmu orang tua zaman dahulu kerana para ulama tua menekuni bukan hanya ilmu luar dalam bidang agama dan spiritual, tapi ilmu mereka kadangkala jauh menembusi tirai keghaiban alam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *