
Dari kitab Tanbihul Ghafilin menyebutkan 3 perkara yang tidak perlu difikirkan yaitu :
- Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan, kerana itu akan menyebabkan kamu menjadi risau dan menambah kerakusan.
- Jangan kamu fikirkan tentang kedzaliman orang lain terhadap dirimu, kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkianmu serta itu akan berlanjut terpeliharanya amarahmu.
- Jangan kamu berfikir untuk kekal dalam perkara dunia, kerana itu akan mendorong kamu untuk menumpuk (mengumpul) harta dunia dan menunda amal ibadahmu sehingga melalaikan akhirat.

