TAWADDHUK

* Gambar Sekadar Hiasan

“Tawaddhuk adalah perasaan rendah hati seseorang ketika melihat orang lain. Dia bergumam, ‘Barangkali dia lebih baik dan lebih tinggi daripada aku di sisi Allah.’

Ketika melihat orang lebih muda, dia berkata, ‘Dia belum melakukan maksiat kepada Allah, sementara aku telah bergelumang dengan dosa. Dia lebih baik daripada aku.

Bila bertemu dengan orang berilmu, dia berkata, ‘Orang ini mendapat anugerah yang tidak aku perolehi. Dia memperolehi apa yang tidak aku perolehi. Dia berilmu, sedangkan aku bodoh. Dia pun mengamalkan ilmunya.’

* Klik Disini

Jika bertemu dengan orang bodoh, dia mengulas, ‘Dia melakukan maksiat kepada Allah kerana tidak tahu, sedangkan aku melakukan maksiat padahal aku tahu bahawa itu maksiat, aku tidak tahu bagaimana hidupku berakhir dan tidak tahu pula bagaimana hidupnya berakhir.’ jika seorang hamba telah seperti itu, dia akan selamat dari siksa Allah.”

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *