12 SIFAT SAHABAT SEJATI

* Gambar Sekadar Hiasan

Setiap manusia dalam hidup memerlukan sahabat atau kawan sebagai pendamping dalam hidup untuk berkomunukasi atau berinteraksi dan besosialisasi dalam menjalani aktiviti kehidupan sehari-hari.

Dalam Islam, semua manusia boleh dijadikan kawan atau teman. Akan tetapi tidak semua manusia layak untuk dijadikan sebagai sahabat. Sayugianya, kawan atau teman yang kita pilih mestilah yang memiliki ciri-ciri khusus yang di syaratkan dalam ajaran Islam.

Di antara syarat seseorang untuk dijadikan sebagai teman atau sahabat dalam Islam di antaranya:

– waras akal fikirannya.

– kuat imannya.

– rajin ibadahnya.

– baik akhlak dan budi pekertinya.

–  memiliki ilmu pengetahuan agama yang mendalam.

Syarat-syarat tersebut di atas adalah bertujuan untuk dapat menjadikan diri kita dekat dengan Allah SWT. 

Bersahabat dengan orang yang lemah iman,  buruk akhlaknya serta jahil agamanya,  akan menjerumuskan kita pada perbuatan dosa dan maksiat kepada Allah SWT.

* Klik Disini

Mengenai Syarat-syarat di atas,  Allah SWT berfirman  dalam al-Qur’an dalam Surah Al-Kahfi, ayat 28:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

Ertinya:

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa bersahabat rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”.

Dalam ayat yang lain,  Allah SWT berfirman dalam Surah An-Najm, ayat 29:

فَأَعْرِضْ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكْرِنَا وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

Ertinya

“Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata”.

Oleh kerana itu seseorang yang layak dijadikan teman dan sahabat dalam kehidupan kita apabila memiliki sifat sebagai berikut:

1. Jika engkau berbuat baik kepadanya,  maka ia akan melindungi  hidupmu.

2. Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas baik persahabatmu.

3. Jika engkau memerlukan bantuan kewangan dan sebagainya,  maka ia akan membantumu.

4. Jika engkau membuat sesuatu kebaikan kepadanya,  maka ia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu bantuan kebajikan daripadamu, maka ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu dengan berterima kasih kepadamu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari padamu, maka ia akan berusaha menutupi aibmu (dari disebarkan kepada oranglain).

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, maka ia akan berusaha untuk mendapatkan bantuan tersebut.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), maka ia akan bertanyakan kesusahanmu.

9. Jika musibah datang menimpa dirimu,  maka ia akan meringankan beban kesusahanmu (berusaha membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut).

10. Jika engkau berkata baik kepadanya,  maka ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, ia akan berusaha untuk membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham,  nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Wahai saudaraku, bersahabatlah dengan orang-orang sholeh untuk menjadikan kita orang yang sholeh. Bersahabatlah dengan orang-orang yang berilmu unruk menjadikan kita orang yang berilmu sama.  

Allahumma ya Allah, semoga perjalanan kami dalam menjalani kehidupan ini mendapatkan keberkatan-Mu dengan persahabatan yang dijalinkan, semoga persahabatan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat di dunia dan di akhirat. Aamiinn !!!!

Wallahu A’lam.

Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *