Imam Al-Ghazali dalam Kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Ihya Ulumuddin:
Rasulullah saw bersabda: “Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memberinya cubaan. Jika dia bersabar, maka Dia akan memilihnya. Dan, jika dia rela (menerima cubaan itu), maka Dia akan menyuci kannya.” (HR Ad-Dailami melalui jalur Ali bin Abi Thalib).
Menurut Imam Al-Ghazali, tanda paling penting tentang kecintaan Allah kepada seorang hamba adalah kecintaan hamba itu sendiri kepada Allah. Hal tersebut sekaligus merupakan bukti kecintaan Allah kepada hamba itu. Sedangkan perbuatan yang menunjukkan bahawa seorang hamba dicintai Allah adalah bahawa Dia membimbing langsung semua urusannya, baik lahir mahupun batin, baik secara terang-terangan ataupun rahsia. Dialah yang memberi petunjuk kepadanya, menghiasi akhlaknya, yang menggerakkan seluruh organ tubuhnya, serta meluruskan lahir dan batinnya. Dialah yang akan memfokuskan cita-citanya pada satu tujuan (yakni Allah swt), menutup hatinya dari dunia dan merasa tidak berkepentingan terhadap selain Dia. Dialah yang menjadikan hamba tersebut merasa puas menikmati munajat dalam khalwat (kesendiriannya), juga menyingkap tabir antara Dia dan makrifat.