
PERISTIWA HARI SABTU:
– Tipu daya Kaum Nabi Nuh a.s
– Tipu daya Kaum Nabi Salleh a.s
– Tipu daya saudara-saudara Yusuf terhadap dirinya.
– Tipu daya orang Yahudi terhadap Nabi Isa a.s
– Tipu daya orang-orang Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w pada Perjanjian Darun Nadwah.
– Tipu daya orang-orang Yahudi atas larangan Allah.
PERISTIWA HARI AHAD:
– Allah menciptakan langit sebagai tempat putaran bulan dan bintang.
– Allah menciptakan bintang-bintang yang sentiasa beredar.
– Allah menciptakan Neraka.
– Allah menciptakan tujuh lapis bumi.
– Allah menciptakan tujuh lautan.
– Allah menciptakan anggota tubuh manusia.
– Allah menciptakan masa dan angin puting beliung.
PERISTIWA HARI ISNIN:
– Nabi Musa bermusafir menuju Bukit Tursina.
– Turunnya dalil yang menunjukkan keEsaan Allah.
– Kali pertama malaikat Jibril turun bertemu Nabi s.a.w
– Diperlihatkan segala amalan umat kepada roh baginda Nabi s.a.w
– Wafatnya baginda Nabi s.a.w
PERISTIWA PADA HARI SELASA:
– Pembunuhan Nabi Jurjis a.s
– Pembunuhan Nabi Yahaya a.s
– Pembunuhan Nabi Zakariya a.s
– Pembunuhan tukang-tukang sihir Firaun
– Pembunuhan Asiah binti Mazahim -Isteri Firaun.
– Penyembelihan lembu kaum Bani Israil
– Pembunuhan Habil bin Adam a.s
PERISTIWA PADA HARI RABU:
– ‘Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung hud-hud.
– Qarun dibinasakan oleh bumi.
– Firaun dan tentera-tenteranya dibinasakan dengan ditenggelamkan ke dalam laut.
– Namrud dibinasakan dengan binatang
– Kaum Nabi Luth a.s dibinasakan dengan teriakan suara malaikat Jibril.
– Kaum nabi ‘Ad a.s dibinasakan dengan angin.
PERISTIWA PADA HARI KHAMIS:
– Hajat Nabi Ibrahim ditunaikan raja Mesir dan diberikan seorang perempuan bernama Siti Hajar.
– Pemerah minuman raja masuk ke dalam penjara bermulanya pertemuan dengan Nabi Yusuf a.s
– Bunyamin dipertemukan dengan saudara kandungnya, Nabi Yusuf a.s di Mesir
– Nabi Ya’kub a.s masuk ke Mesir bertemu Yusuf a.s
– Nabi Musa a.s masuk ke Mesir bertemu suku Qibti
– Rasulullah s.a.w masuk ke Kota Makkah dan mendapat kemenangan.
PERISTIWA PADA HARI JUMAAT:
– Pernikahan Nabi Adam a.s dengan Hawa
– Pernikahan Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha
– Pernikahan Nabi Musa a.s dengan Shafuro’
– Pernikahan Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis
– Pernikahan Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah r.a
– Pernikahan Ali bin Abi Talib dengan Fatimah Az-Zahra