
Dalam kitab Minhajul Abidin telah dihurai secara ringkas tentang Bisikan Hati
Yang pertama Ajakan Kebaikan dari Malaikat Mulhim berbentuk Ilham.
Yang kedua Ajakan kejahatan dari syaitan Waswas dalam bentuk waswasah.
Namun ada ketika syaitan mengajak berbuat kebajikan tapi berakhir kejahatan. Contohnya melebihkan sunat mengejar pahala tetapi lalai mengerjakan yang wajib. Bila terlihat kepada orang wujud ujub ataupun riya’.
“Ulama ada memberi beberapa kaedah menentukan samada Khatir @ Bisikan Hati itu khatir khair(baik) atau khatir syar(jahat)”
Pertama: Sesuaikan dengan hukum syara’. Jika sesuai maka itu adalah khatir khair dan jika tidak sesuai khatir syar.Jika tiada hukum syara’ bandingkan dengan perbuatan golongan solehin. Jika sesuai khatir khair jika sebaliknya khatir syar.
Jika tiada juga bandingkan dengan hawa nafsu. Jika hawa nafsu menolak dengan tabiatnya maka itu adalah khatir khair dan sebaliknya menyukai menurut tabiatnya dan bukan mengharap redha Allah itu adalah khatir Syar.
Kedua: “Jika ingin mengetahui perbezaan khatir syar datang dari syaitan atau hawa nafsu dengan khatir pertama sebagai ujian, maka tilik dari 3 sudut.”
Kuat dan tetap samada dari Allah atau dari hawa nafsu. Khatir Tidak menentu dari syaitan.
Jika khatir syar datang setelah melakukan dosa, maka ia adalah dari Allah sebagai penyeksaan atas suatu perbuatan.
Apabila khatir datang tiba-tiba ketika belum lakukan dosa maka itu adalah dari syaitan yang pertama sekali memujuk dan menyesatkan manusia.
Apabila khatir tidak lemah dan tidak berkurang dengan zikrullah maka ia dari hawa nafsu.
Jika khatir berkurang atau lemah bila banyak zikrullah maka ia dari syaitan.
Seperti diriwayat Ibnu Abas, “Syaitan berdiam diri dalam hati anak Adam. Jika seseorang berzikir kepada Allah, maka syaitan mundur. Jika sesorang lalai dari Allah, Maka syaitan akan mengganggu hatinya.
Ketiga: “Hendak mengetahui khatir itu dari Allah Taala atau malaikat ada 3 sudut.
Pertama: Jika khatir khair itu kuat lagi keras ia dari Allah Taala. Jika berubah-ubah ia datang dari malaikat kerana ia penasihat kepada manusia berbuat kebaikan dan menyertai mereka yang dalam kebaikan.
Kedua: Jika khatir khair diiringi ijtihad iaitu kesungguhan dalam beramal (tanda kasih Allah) dan taat ( muhasabah diri ada tak setiap kali selepas solat) umpamanya dapat berjemaah di masjid kemudian solat sunat menyempurnakan yang wajib, zikir lepas solat, baca Quran .
Jika datang tiba-tiba ia dari malaikat
Ketiga: Jika khatir tesebut mengenai perkara asas seperti usul agama dan perkara batin ( umpamanya diberi peringatan tujuan hidup mati kerana Allah dan dapat mengesakan tuhan dalam setiap nafas turun naik ) ia dari Allah Taala.
Jika mengenai furu’ (cabang) dan ilmu lahir ia dari malaikat kerana malaikat tak dapat mengetahui secara mendalam tentang batin seseorang hamba Allah.
Syeikh Abu Bakar al Waraq r.a berkata, “TELITILAH! Jika engkau mengerjakan dengan ringan apa yang berbisik dalam hati TANPA MEMIKIRKAN DAN TAKUT KEMURKAAN ALLAH, malah tidak mahu tahu atau memikirkan akibat yang mungkin timbul, ini bererti dari syaitan. MAKA JAUHILAH!”
Ini yang dapat dikongsi mudah-mudahan bermanfaat untuk semua insani.
Jika nak mengetahui lebih lanjut lagi carilah guru yang mengajar kitab ini. (Minhajul Abidin)
Kepada Ilahi hamba berserah diri.
Wallahu a’lam Bissawab.