* Gambar Sekadar Hiasan

Al Imam Al Hafiz Jalaluddin As Sayuthi رحمه الله تعالى (Wafat Tahun 911 Hijrah) menyebut dalam kitabnya Al Itqan Fi Ulumil Quran :

وَ أمّا أَخْذُ الأُجْرَةِ على التَّعليمِ فَجاَئِزٌ، فَفِي البُخـَارِيّ : إنَّ أَحَقَّ ما أَخَذْتُمْ عَلَيْهِ أَجْراً كتابُ اللهِ

” Dan adapun mengambil upah atas mengajar sebarang ilmu (Al Quran dsb) maka adalah di haruskan berdasarkan Hadis yang Di riwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari رحمه الله :

” Sesungguhnya yang paling berhak untuk kamu mengambil upah atasnya ialah kitab Allah (yakni mengajarkan Al Quran dn ilmu)”.

Dan Al Imam Imamul Huda Abul Laith As Samarqandi رحمه الله تعالى (Wafat Tahun 373 Hijrah) menjelaskan dalam kitabnya Bustanul Arifin tentang mengambil seseorang akan upah atau saguhati dari ilmu yang di smpaikan :

التعليم على ثلاثة أوجه :

أحدها : للحِسْبَةِ، و لا يَأْخُذُ بِهِ عِوَضًا.

الثاني : أن يُعَلِّمَ بِالأُجْرَةِ.

الثالث : أن يُعَلِّمَ بِغَيرِ شَرْطٍ، فَإِذَا أُهْدِيَ إِلَيْهِ قَبِلَ

فالأَولُ مَأْجُوْرٍ ،و عليه عَملُ الأَنبِيَاءِ، والثاني : مُخْتَلَفٌ فِيهِ و الأرْجَحُ الجَوَاز، والثَّالِثُ : يَجُوزُ إِجمَاعاً ، لِأن النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كان معَلِّماً لِلخَلْقِ و كان يَقْبَلُ الهديَّةَ. انتهى

” mengajar dan menyampaikan ilmu itu terbahagi pada 3 keadaan :

Yang pertama : mengajar secara ‘Hisbah’ iaitu tidak mengambil sebarang upah atau ganjaran.

Yang Kedua : mengajar dengan mengambil sedikit Upah.

Yang ketiga : mengajar ilmu tanpa meletakkan apa jua syarat atau kadar upah, dan dia menerima sebarang hadiah dalam bentuk wang ringgit atau sebagainya jika di berikan.

Bagi golongan yang pertama : di berikan pahala yang besar,kerana ia merupakan amalan para Nabi عليهم الصلاة والسلام

Golongan yang kedua : di perselisihkan ulama berkenaan hukumnya dan pendapat yang paling kuat sekali ( راجح) adalah Harus.

Golongan yang ketiga : di sepakati Harus secara Ijmak Ulama, kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri adalah Seorang Guru yang mengajar sekalian umatnya akan tetapi baginda tetap menerima sebarang Hadiah dari para sahabatnya. “

Jikalau di tanya tentang pendirian dan sikap saya, jemputlah saya mengajar di mana pun, yang penting bukan saguhatinya tetapi tunjukkan kesungguhan untuk menuntut ilmu. Bawa kitab, jaga adab dalam majlis ilmu, bertanya jika tak faham , menghormati guru semasa pengajian atau selepasnya.

* Klik Disini

jangan semangat di awalnya sahaja lepas tu lesap, bahkan terus istiqamah , jikalau tak di beri sebarang saguhati pun saya sanggup datang, Insyallah.

Rezki Allah luas atas muka bumi ini bagi penuntut ilmu macam saya.

من طَلَبَ العِلْمَ تَكَفَّل اللهُ بِرِزْقهِ

“Sesiapa yang menuntut ilmu maka di jamin baginya akan rezeki (Jaminan Khusus) “

* Gambar Sekadar Hiasan

Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.Katanya kepada pemandu keretanya,

“Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana. “

Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,

“Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa”

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara.

“Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?”

“Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?”

Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

“Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?”

Jutawan itu ketawa besar.

“Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan  mudah. Apalah soalan kamu ni”

* Klik Disini

Pemandu tadi tersenyum.

“Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada ‘matawang’nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. ‘Matawang’ di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde ‘money changer’ di sana dah”

Jutawan tadi terdiam,Rasa tersentak,Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.

* Gambar Sekadar Hiasan

“Tasawwuf adalah menyucikan hati daripada tertambat dengan makhluk. Meninggalkan perangai yang buruk, memadamkan sifat-sifat kemanusiaan yang buruk, menjauhi dorongan nafsu, bersifat dengan sifat-sifat kerohanian, berpegang dengan hakikat segala perkataan, mengutamakan Allah pada setiap masa, menasihati seluruh umat, menyempurnakan janji kepada Allah dan mengikut Syariat Rasulullah saw”.

(Imam Junaid Al-Baghdadi)

* Gambar Sekadar Hiasan

Pernah suatu ketika Ali bin Abi Thalib menceritakan tentang perasaannya.

Beliau berkata,

“Sesuatu yang paling aku takutkan adalah memperturutkan hawa nafsu dan panjang angan-angan.

Memperturutkan hawa nafsu akan memalingkan dari kebenaran sedang panjang angan-angan lalu melupakan akhirat

Ketahuilah,

sesungguhnya dunia pergi ke belakang meninggalkan kita sedang akhirat datang menghampiri kita.

Dan pada setiap mereka ada pengikut (penggemar). Maka jadilah pengikut2 pencinta akhirat dan janganlah menjadi pengikut pencinta dunia.

* Klik Disini

Karena sesungguhnya hari ini adalah kesempatan untuk beramal tanpa  pertanggungjawaban amal

sedang esok waktu pertanggungjawaban amal tanpa ada kesempatan untuk beramal

[Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه]

Moga الله selalu membimbing langkah2 kita

‎آمــــــــــــــــــين يا رب العالمين

* Gambar Sekadar Hiasan

Allah tak panggil Rasulullah dengan nama ‘Muhammad’ seketul tetapi Allah memanggil Baginda dengan gelar kerasulan dan kenabian –  YA AYYUHAL RASUL, YA AYYUHAL NABIY di dalam Al Qur’an. Berbeza dengan para Rasul sebelum, Allah memanggil mereka dengan nama sahaja. Ia bukan bermaksud kekurangan kepada para Rasul sebelum, tetapi menyatakan kemuliaan Baginda Rasulullah SAW, sebaik-baik Rasul dan juga sebaik-baik ciptaan.

* Gambar Sekadar Hiasan

Tahukah anda, antara keistimewaan Rasulullah adalah Allah Taala pernah bersumpah dengan umur Nabi Muhammad saw seperti yang tercatat dalam Surah Al-Hijr ayar 72:

لعمرك إنهم لفي سكرتهم يعمهون

* Klik Disini

“Demi umurmu (wahai Sayyiduna Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka” (Al-Hijr : 72)

Apabila Allah bersumpah dengan umur Baginda saw, ia menunjukkan ketinggian martabat Baginda di sisi Allah Taala. Sekiranya Nabi Muhammad saw tidak memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah, Allah tidak bersumpah dengan umur Baginda saw. Kehormatan yang Allah zahirkan kepada Rasulullah saw ini tidak pernah berlaku kepada sesiapa selain Baginda saw.

* Gambar Sekadar Hiasan

“Jika engkau telah berusia empat puluh tahun atau lebih, maka segeralah untuk memperbanyakkan amal soleh siang mahu pun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah ‘Azza wa Jalla semakin dekat.

Ibadah yang engkau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya.

Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu.

Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi.

Maka, beramallah sesuai dengan kekuatanmu.

Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari zikir.

Zikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit.

Zikir adalah ibadah yang paling mudah. Rasulullah saw bersabda :

وليكن لسانك رطبا بذكر اللّه

Dan hendaklah lisanmu basah dengan berzikir kepada Allah swt.

Bacalah secara berkesinambungan doa’ dan zikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikan-Nya. Ia akan mengurniakan mu…

“Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, sayugia dimanfaatkanlah baki sisa umurnya.

Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. Tentu dia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu.

Engkau telah mensia-siakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu.

Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt.

“Seseorang yang telah mendekati ajalnya (berusia lanjut) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak membaca zikir yang ringkas tetapi berpahala besar.

Zikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang, seperti zikir yang berbunyi :

سبحان اللّه العظيم وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, (kalimat ini ku ucapkan) sebanyak jumlah ciptaan-Nya, sesuai dengan yang ia sukai, seberat timbangan Arsy-Nya dan setara dengan jumlah kata-kata-Nya.

Jika sebelumnya ini engkau hanya sedikit melakukan solat dan puasa sunat, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak berselawat keatas Rasulullah saw.

Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt berselawat kepadamu sekali sahaja, maka satu selawat Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu.

Sebab, engkau berselawat kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt berselawat kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya. Ini jika Allah swt berselawat kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap selawatmu dengan sepuluh selawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih;

* Klik Disini

“Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berdikir kepada-Nya dan bershalawat kepada Rasulullah saw.”

Semoga bermanfaat!

Selamat berdzikir.

* Gambar Sekadar Hiasan

( BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA )

❤1). Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita MASIH TIDAK MAMPU UNTUK BERJEMAAH DI MASJID ATAU SURAU.

❤2). Kita mengetahui bahawa ucapan “Subhaanallaahi wa bihamdihi” sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

❤3). Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

❤4). Kita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

❤5). Kita mengetahui bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

❤6). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

❤7). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

❤8). Kita mengetahui bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, KITA TIDAK PERNAH MELUANGKAN WAKTU MEMBACA AL-QURAN DALAM JADUAL HARIAN KITA.

❤9). Kita mengetahui bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali Syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

❤10). Kita mengetahui bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. TETAPI SAYANG KITA TERLALU MEREMEHKAN SOLAT MALAM.

* Klik Disini

❤11). Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. TETAPI SAYANG,,, KITA TIDAK PERNAH MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK HARI ITU.

❤12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. TETAPI SAYANG, KITA SELALU HANYUT DENGAN SENDA GURAU DAN PERMAINAN DUNIA, SEAKAN KITA MENDAPAT JAMINAN HIDUP UNTUK SELAMANYA2 .

* Gambar Sekadar Hiasan

Sufyan ats-Tsauri mengatakan; “Yang paling berat bagiku adalah mengobati nafsuku. Kadang2 terasa manis dan kadang2 terasa pahit.” Abu Abas al-Mushili mengatakan pada dirinya sendiri; “Hai nafsu, kau tidak merasa nikmat di dunia namun kau juga enggan bersungguh2 mencari akhirat bersama2 orang soleh. Sepertinya aku dan engkau mengekal di antara Surga dan Neraka. Hai nafsuku tidakkah engkau malu?”

* Klik Disini
* Gambar Sekadar Hiasan

Di sebelah timur masjid Nabawi Madinah, tampak sebuah bangunan yang akan membuat kita takjub, terpesona karena kesederhanaannya. Itulah tempat tinggal Rasul Agung Muhammad ﷺ. Rumah itu sangat kecil dengan hamparan tikar usang dan nyaris tanpa perabot.

Zaid bin Tsabit bertutur, “Anas bin Malik pelayan Rasulullah pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah yang terbuat dari kayu yang keras dan di patri dengan besi. Kemudian Anas berkata kepadaku, ‘Wahai Tsabit, inilah tempat minum Rasulullah. Dengan gelas kayu inilah Rasulullah minum air, perasan kurma, madu dan susu.” (HR Tirmidzi).

Benda lain yang dimiliki Rasulullah adalah baju besi yang biasa dipakai saat berperang. Tetapi tak lama setelah beliau wafat baju besi itu digadaikan kepada seorang Yahudi dengan beberapa karung gandum, seperti yang pernah diriwayatkan Aisyah.

Soal tempat tidur Rasulullah ﷺ, Ummul Mu’minin, Aisyah RA menggambarkan bahwa suaminya itu tidak tidur di tempat yang mewah. “Sesungguhnya hamparan tempat tidur Rasulullah ﷺ terdiri atas kulit binatang, sedang isinya adalah sabut korma.”

(HR At-Tirmidzi)

Hafshah saat ditanya, “Apa yang menjadi tempat tidur Rasulullah ﷺ?” Ia menjawab, “Kain dari bulu yang kami lipat dua. Di atas itulah Rasulullah ﷺ tidur. Pernah suatu malam aku berkata (dalam hati): sekiranya kain itu aku lipat menjadi empat lapis, tentu akan lebih empuk baginya. Maka kain itu kulipat empat lapis.”

Manakala waktu subuh, cerita Hafsah, Rasulullah ﷺ mengatakan, “Apa yang engkau hamparkan sebagai tempat tidurku semalam?” Aku menjawab, itu adalah alas tidur yang biasanya Nabi pakai, hanya saja aku lipat empat. Aku kira akan lebih empuk.” Rasulullah ﷺ membalas, “Kembalikan kepada asalnya! Sungguh, disebabkan empuknya, aku terhalang dari shalat di malam hari.” (HR At-Tirmidzi).

Cerita tentang tempat tidur Rasulullah ﷺ juga pernah menyebabkan Umar bin Khatab menangis..😭😭😭

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

“Kesenangan dan kemewahan, selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali bagi orang mukmin”

* Klik Disini

Kita tidak akan mampu untuk membuat diri kita tidak dibenci oleh sesiapa pun, namun kita dapat berusaha untuk membuat diri kita tidak membenci kepada sesiapa pun.

Engkau takkan mampu menyenangkan semua orang. Kerana itu, cukup bagimu memperbaiki hubunganmu dengan Allah, dan jangan terlalu peduli dengan penilaian manusia.

– Imam Syafi’e –