Nabi SAW b’sabda; “Hai anak Adam, engkau punya (Tuhan) yg memberi kecukupan kp dirimu tetapi engkau mencari (sesuatu) yg menjadikan engkau melampaui batas (engkar). Hai anak Adam, engkau tdk puas dengan (anugerah nikmat) yg sedikt dan tdk kenyang dgn (nikmat) yg banyak. Hai anak Adam, apabila pagi2 badanmu sihat, hatimu merasa aman, ada padamu makanan (utk) harimu itu, maka biarkanlah dunia binasa.”
“Barangsiapa di pagi hari menjadikan dunia sebagai keinginannya yang paling besar, maka tidak ada sedikitpun ganjaran bagi Allah dan Dia akan memberatkan hatinya dengan 4 perkara:
(3) kefakiran yang tidak akan sampai menjadi kaya selamanya
(4) angan-angan yang panjang tanpa batasan.”
Zubdatul Wa’izhina (Durratu al-Nasihin)
10 FAKTA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG YAKJUJ DAN MAKJUJ.
Dari mana asal keturunan Yakjuj dan Makjuj?
Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Nabi Adam dari anak Nabi Nuh AS yang mempunyai 3 orang anak iaitu Sam, Ham dan Yafits. Kemudian anak Yafits bernama Mada, Yunan, Makjuj, Tubal, Misk dan Tiran. Maka Yakjuj dan Makjuj adalah dari anak keturunan Yafit.
Bagaimana rupa Yakjuj dan Makjuj?
Nabi SAW bersabda; “…sesungguhnya kalian berkata ‘tidak ada musuh,’ dan sesungguhnya kalian tiada henti memerangi musuh sampai Yakjuj dan Makjuj datang, lebar wajahnya, sepet matanya, perang rambutnya, dari setiap tempat yang tinggi mereka muncul, seolah-olah wajah mereka itu perisai yang dipukul (HR Ahmad). Dalam kitab Ensiklopedia Akhir Zaman dikatakan wajah mereka mirip orang Mongolia atau Tartar.
Berapa ramai Yakjuj dan Makjuj?
Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW bersabda; “…di antara Yakjuj dan Makjuj seramai 999 dan dari kalian satu” – (HR Al-Bukhari).
Itulah nisbah Yakjuj dan Makjuj dan manusia menunjukkan betapa ramainya mereka bahkan Nabi SAW bersabda; “Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu termasuk anak keturunan Nabi Adam, andai kata mereka dilepaskan nescaya mereka akan merosakkan kehidupan manusia. Tiada seorang lelaki pun yang mati di antara mereka kecuali dia meninggalkan keturunannya yang berjumlah 1,000 orang atau lebih….” – [HR Attabrani]. Ya Allah ramainya mereka.
Apa yang disebutkan dalam al-Quran berkenaan Yakjuj dan Makjuj?
Di dalam surah al-Kahfi ayat 93 hingga 98, Allah menceritakan kisah Yakjuj dan Makjuj dan Raja Zulkarnain.
“Apabila Raja Zulkarnain sampai di antara dua gunung dia dapati satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak memahami perkataan. Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi, oleh itu setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
“Dia (Raja Zulkarnain) menjawab (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhan aku jadikan, daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); Oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai- ramai) aku akan bina di antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.”
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi sehinggalah ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu. Dia kemudian perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga ia menjadi merah menyala seperti api. Berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan ke atasnya. Maka mereka (Yakjuj dan Makjuj) tidak dapat memanjat (tembok) dan mereka juga tidak boleh menebuknya.”
Ayat Al-Quran di atas menceritakan ketika Raja Zulkarnain tiba di negeri yang terletak berdekatan dua buah bukit (Armenia), penduduk di situ meminta pertolongannya kerana mereka menjadi mangsa kekejaman kaum Yakjuj dan Makjuj.
Raja Zulkarnain yang mahsyur dengan kekuatan tentera dan kebijaksanaannya menawarkan bantuan secara percuma, lalu dibina dinding di antara dua buah bukit itu dari potongan besi, lalu dibakar dengan api dan kemudian dituangkan tembaga agar dinding kuat dan kukuh. Akibatnya, Yakjuj dan Makjuj tidak lagi dapat masuk ke negeri itu kerana mereka tidak boleh mendaki bukit atau membuat lubang melaluinya.
Di mana Yakjuj dan Makjuj berada sekarang?
Pada zaman Abbasiah, Khalifah Al-Wathiq Billah telah bermimpi bahawa tembok Yakjuj dan Makjuj telah terbuka dan baginda mengarahkan satu ekspedisi yang diketuai oleh Sallam bersama dengan 50 anggota ekspedisi pergi ke tembok Yakjuj dan Makjuj dengan mengeluarkan belanja yang besar sebanyak 5,000 dinar.
Menurut catatan Sallam, rombongannya berangkat ke Armenia dan menuju ke arah Utara ke daerah Rusia.
27 hari Sallam mengharungi perjalanan sehingga sampai ke satu kawasan tanah hitam dan berbau busuk.
Selama 10 hari Sallam melewati daerah yang menyesakkan itu. Kemudian ditunjukkan satu daerah yang tidak berpenghuni yang dihancurkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Selama enam hari mereka berjalan menuju ke daerah dan kawasan gunung tempat Yakjuj dan Makjuj berada.
Sallam kemudian pergi menuju pergunungan Yakjuj dan Makjuj yang terpisah lembah.
Luas lembah sekitar 150 meter ditutupi tembok berpintu besi setinggi 50 meter. Setelah sampai di pergunungan Yakjuj dan Makjuj tersebut maka mereka pun berjumpa dengan penduduk yang tinggal di kaki pergunungan Yakjuj dan Makjuj.
Hasil pertemuan itu mereka dimaklumkan, memang penduduk di situ setiap hari akan mengetuk pintu besi Yakjuj dan Makjuj sebanyak tiga kali sehari dan kemudian merapatkan telinga pada pintu untuk mendengar reaksi dari dalam tembok berkenaan.
Setiap ketukan itu dibuat, penduduk akan mendengar gema teriakan dari dalam.
Sallam juga pernah bertanya kepada penduduk sekitar pergunungan apakah mereka pernah melihat Yakjuj dan Makjuj? Mereka mengaku pernah melihat sekumpulan Yakjuj dan Makjuj di atas tembok penutup lalu ketika itu datangnya angin yang kuat melemparkan mereka semula untuk masuk ke dalam tembok.
Penduduk mendakwa melihat tubuh mereka sangat kecil.
Kalau menurut catatan Ibnu Bathutah dalam kitab Rihlah Ibnu Bathutah, pergunungan Yakjuj dan Makjuj berada sekitar enam hari perjalanan dari negeri China. Catatan ini tidak bertentangan dengan Al-Syarif Al-Idrisi.
Menurut tulisan ulama Abul Kalam Azad dan penulis lain bahawa di Utara Georgia terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat dari besi bercampur tembaga.
Pergunungan itu terletak di Greater Caucasus Mountains, di suatu kawasan yang sempit antara dua bukit Dariel, satu bukit curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain, panjangnya 1,200km dengan ketinggian 3,950 kaki.
Sehinggakan lambang negara Georgia sangat mirip dengan lambang Zulkarnain menggunakan matahari, bulan dan lima bintang!
Akan terbukakah tembok Yakjuj dan Makjuj?
Dalam surah al-Kahfi ayat 98: “Dan setelah itu berkatalah Zulkarnain: ini adalah suatu rahmat dari Tuhanku, dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar.”
Dalam satu hadis dari Zainab Binti Jahsyi RA, bahawa Nabi SAW masuk ke kamarnya dalam keadaan ketakutan, seraya bersabda: “Lailahaillallah, celakalah orang Arab dari kejahatan yang sudah semakin dekat, hari ini sudah terbuka tutup Yakjuj dan Makjuj seperti ini, baginda melingkarkan ibu jari dan jari telunjuk. Aku berkata, Wahai Rasulullah, apakah kita akan binasa sedangkan di tengah-tengah kita masih ada orang-orang soleh? Rasulullah menjawab, “Ya, apabila kejahatan bermaharajalela.” – [HR Bukhari].
Bagaiamana tembok Yakjuj dan Makjuj boleh terbuka?
Dalam satu hadis Nabi SAW, menyatakan bahawa setiap hari kerja sebahagian Yakjuj dan Makjuj ialah menebuk tembok.
Ketua mereka mengarahkan apabila malam hampir tiba, baliklah dahulu dan kerja menebuk disambung semula esok.
Malangnya apabila mereka datang keesokan hari, mereka dapati tembok yang ditebuk semalam itu ditampal semula seperti tiada tebukan. Itulah kerja Allah yang maha mengetahui.
Begitulah kerja sebahagian mereka setiap hari sehingga satu masa yang ditentukan Allah, ketua mereka akan mengungkapkan ayat dengan menyebut perkataan InsyaAllah: “Baliklah kamu esok kita sambung semula insyaAllah tembok akan terbuka. Maka kerana perkataan itulah keesokan harinya ketika mereka melakukan kerja-kerja menebuk, maka tembok tersebut akan terbuka. Ini disebabkan ketua mereka menyebut perkataan insyaAllah.
Apa yang akan Yakjuj dan Makjuj musnahkan?
Allah berfirman surah al-Anbiya ayat 96 “…hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi” dan akan membunuh setiap manusia, binatang dan melakukan kerosakan yang amat dahsyat.
9.Siapakah yang selamat?
Nabi SAW bersabda bahawa Allah berfirman kepada nabi Isa AS supaya membawa hamba-hambanya ke Bukit Tursina dan berlindung di situ. Itulah manusia yang Allah selamatkan dari dibunuh Yakjuj dan Makjuj.
Bagaimanakah Yakjuj dan Makjuj dihapuskan?
Tiada siapa yang mampu membunuh Yakjuj dan Makjuj hatta Nabi Isa AS yang diturunkan ke bumi buat kali kedua pada waktu itu sendiri tidak mampu membunuhnya. Lalu Nabi Isa AS dan kaum muslimin yang bersama dengannya berdoa kepada Allah dan Allah makbulkan doa mereka. Lalu Allah menghantar sejenis virus seperti dalam hidung unta dan menyerang setiap leher Yakjuj dan Makjuj dan mereka akhirnya mati sekali gus. Dikatakan banyaknya mayat mereka seperti bangkai belalang.
Kematian itu menyebabkan bumi berbau busuk selain mayat manusia yang dibunuh mereka. Nabi Isa AS bersama muslimin berdoa lagi kepada Allah supaya menyelesaikan masalah mayat manusia yang tersangat ramai.
Lalu Allah menghantar sejenis burung besar dan mengangkat mayat Yakjuj dan Makjuj dan manusia lain ke satu tempat yang cuma Allah sahaja yang mengetahuinya.
Tetapi sisa-sisa darah dan nanah masih lagi berbau busuk. Mereka berdoa lagi kepada Allah supaya menghilangkan bau busuk tersebut. Kemudian Allah menurunkan hujan yang lebat membersihkan seluruh bumi dari sisa sisa dan bau busuk dan bumi akhirnya bersih sebersihnya sehinggakan air hujan yang turun seperti manik manik yang jernih jatuh ke bumi.
Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan penuhilah hidup dengan amalan untuk menempuh ujian akhir zaman.
* Gambar Sekadar Hiasan
SEMUA orang berkeinginan untuk masuk syurga dan tiada sesiapa yang berhajat untuk menjadi penghuni neraka walaupun sesaat sekali pun.
Namun, tujuan Allah menjadikan syurga dan neraka itu ada sebab-sebabnya.
Bagi mereka yang engkar dengan suruhan Allah, disediakan tempat seksaan neraka yang maha dahsyat tidak terperi sakitnya.
Sesungguhnya jurang neraka itu terlalu curam dan kedalamannya sama seperti 70 tahun perjalanan untuk sampai ke dasarnya.
Perkara itu turut dijelaskan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu; Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: “Tahukah kamu semua tahu suara apakah itu?” Kami menjawab: “Allah dan rasulNya lebih mengetahui.”
Baginda bersabda yang maksudnya: “Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.”
Pelbagai acara dilakukan umat Islam seluruh dunia termasuklah perarakan setiap kali tibanya 12 Rabiulawal setiap tahun bagi mengingati Rasulullah.
Namun begitu, syurga juga mempunyai nikmat yang tidak terperi hebatnya bagi mereka yang soleh.
Syurga itu digambarkan cukup indah, penghuninya boleh besenang-lenang dengan pelbagai jenis buah-buahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syurga terdiri daripada seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seperti jarak antara langit dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang yang berjihad pada jalanNya.” – [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].
Dalam surah ar-Rahman, ayat 52 Allah berfirman yang maksudnya; “Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua macam daripada tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).”
Selain ini, firman Allah SWT pada surah yang sama ayat 54 pula yang maksudnya: “Mereka (ahli syurga bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya daripada sutera tebal yang bersulam, dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.”
Namun begitu, sifat kasih dan penyanyang Allah melebihi segala-galanya kerana Dia tetap inginkan umat Islam menjadi penghuni syurga.
Maka, Allah memberi peluang terakhir kepada umat Islam untuk masuk ke syurga semasa perhitungan di Mahsyar kelak dengan pertolongan daripada Nabi Muhammad SAW.
Hanya Nabi SAW sahaja peluang terakhir umat manusia mendapatkan pertolongan itu sebagai jalan.
Syafaat Rasulullah
Bersempena Rabiulawal iaitu bulan kelahiran Rasulullah, marilah kita hayati betapa besarnya pengorbanan Nabi SAW untuk membawa umat Islam ke syurga dengan memberikan syafaatnya.
Syafaat terbahagi kepada dua iaitu Syafaat umum dan Syafaat khusus. Syafaat umum ialah syafaat yang dikurniakan kepada para Nabi, ulama dan syuhada.
Syafaat khusus pula hanyalah dikurniakan kepada Nabi kita Muhammad SAW iaitu alSyafaat al-Uzma.
Syafaat ini bermaksud permohonan oleh baginda nabi SAW kepada Allah supaya disegerakan sesi perbicaraan dan pengadilan setelah lama sengsara menunggu di perhimpunan Mahsyar.
Ketika itu semua manusia sudah tidak tahan dengan kesengsaraan yang dialami di Mahsyar lalu mereka beramai-ramai pergi berjumpa Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa agar supaya dipercepatkan proses perbicaraan dan pengadilan.
Bagaimanapun kesemua Nabi tersebut enggan menolong malah ada yang mengatakan bahawa ketika itu Allah sedang murka yang amat sangat dan tidak pernah Allah murka sebegitu rupa sebelumnya.
Akhirnya orang ramai sepakat pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk memohon kepada Allah SWT supaya perbicaraan dan pengadilan segera dijalankan.
Nabi Muhammad SAW bersetuju lantas sujud bermunajat kepada Allah di bawah Arasy, permohonan nabi itu dikabulkan dan pengadilan pun dimulakan.
Selain dari Syafaat al-Uzma ada lagi syafaat-syafaat yang lain yang dianugerahkan kepada Nabi SAW seperti berikut:
Syafaat yang diberi kepada para aulia dan solihin untuk meninggikan tingkat kedudukan mereka di dalam syurga.
Syafaat untuk menjemput orang-orang yang masih ada saki baki iman dalam diri mereka walau sebesar gandum, mereka dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Syafaat ini diperolehi oleh Rasulullah SAW dengan rasa belas kasihan baginda SAW lalu berdoa sambil menangis kepada Allah.
Al-Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis melalui Ibnu Umar Radhiallahu Anhuma bahawa Nabi SAW berdoa; “Ya Allah! Umatku umatku (mereka masih berada di dalam neraka). Permintaan Nabi dikabulkan Allah dengan firmannya: “…Kami sesungguhnya reda terhadap umatmu dan kami tidak akan menyakitkan hatimu (maksudnya mereka dikeluarkan dari neraka).
Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk membantu orang yang timbangan amal kebaikannya dan kejahatannya sama berat. Maka dengan pertolongan tersebut akhirnya orang itu berjaya memasuki Syurga.
Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab dan azab. Mereka yang sangat bernasib baik ini akan masuk ke dalam syurga melalui laluan khas yang telah ditentukan.
Al-Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis melalui Abdul Rahman bin Abu Bakar Radhiallahu Anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhanku telah mengurniakan kepadaku seramai 70,000 dalam kalangan umatku mereka masuk syurga tanpa hisab.
Saidina Umar bertanya kepada Nabi SAW; “Tidakkah tuan minta ditambah bilangan itu? Rasulullah menjawab ya! Saya telah memohon tambahan, lalu Allah mengurniakan kepadaku tambahan setiap seorang membawa 70,000 orang bersama.
Umar berkata: Tidakkah tuan meminta tambah lagi? Rasulullah menjawab ya! Setiap seorang membawa 70,000 lagi. Umar bertanya lagi: Tidakkah Tuan meminta tambah lagi? Rasulullah SAW menjawab ya! Aku telah meminta tambah tetapi setakat itu sahaja yang diberi.
Syafaat yang dikurniakan kepada Nabi SAW untuk menyelamatkan orang yang telah melakukan dosa besar dari seksaan api neraka.
Hadis daripada Anas Bin Malik Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Syafaatku untuk orang yang melakukan dosa besar dalam kalangan ummatku.” – [Imam Ahmad].
Berdasarkan kepada keterangan di atas, adakan kita bakal termasuk dalam golongan umat Islam yang akan mendapat syafaat Nabi? Apakah amalan kita agar tergolong dari orang yang memperoleh syafaat itu?
Perkara yang membolehkan untuk mendapat syafaat Nabi SAW
Umat Islam mesti yakin bahawa kehadiran Nabi Muhammad SAW ke alam ini adalah membawa rahmat kepada seluruh alam.
Umat Islam hendaklah sedar bahawa mandat untuk memberikan syafaat adalah kurniaan dan keizinan Allah.
Umat Islam yang ingin mendapatkan syafaat Nabi SAW mestilah tidak pernah menyekutukan Allah SWT.
Orang-orang yang ingin mendapatkan syafaat dari Nabi SAW mestilah memperbanyak amalan dan selawat kepada baginda.
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. – [al-Taubah: 128].
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 صلى الله عليك وسلم يا رسول الله فى كل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Ayat terakhir daripada surah Ali-‘Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.
* Gambar Sekadar Hiasan
Perbincangan kita tentang kecintaan pada Nabi saw dan keperluan kita kepadanya dalam menelusuri kehidupan kita di dunia dan di akhirat menarik kita untuk berbincang tentang suatu isu iaitu RasuluLLah saw sebagai bapa rohani.
Perbincangan tentang kebapaan RasuluLLah saw ialah perbincangan tentang hubungan khusus yang terjalin antara baginda saw dengan sebahagian para sahabat r.a. kedudukan baginda di sisi para sahabat seperti kedudukan seorang ayah yang penyayang, baginda mengambil berat perihal mereka dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya baik urusan tersebut bersangkutan dengan kehidupan duniawi mahupun ukhrawi.
Hubungan ini menjadi bertambah erat di kalangan kaum muhajirin dan ansar di Madinah Munawwarah (sebuah entity masyarakat yang besar dan majmuk yang diketuai oleh RasuluLLah saw). Ia ibarat pohon yang subur yang mengeluarkan buahnya ketika berlalu musim-musimnya yang dikehendaki oleh Allah. Bagi menggambarkan hakikat ini Allah melakarkannya dalam firman Nya :
Nabi saw itu terlebih utama bagi orang – orang beriman dari diri mereka sendiri dan isteri-isteri baginda adalah ibu-ibu mereka (al ahzab)
Bahkan yang lebih jelas dari itu ialah firman Nya; إنَّمَا المُؤْمِنُوْنَ إخْوَةٌ
Hanya sanya orang – orang beriman itu bersaudara
RasuluLLah saw menghimpunkan mereka semua di bawah satu payung kekeluargaan yang belum pernah dikenali dalam sejarah sepertinya. Bagindalah yang memayunginya menjaga dan memelihara keluarga besar tersebut dengan penuh perhatian dan kasih sayang melebih kasih seorang bapa biologi.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari kaum kamu sendiri berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, dia sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagi kamu penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman.
Imam ibn Katsir rah. berkata ketika menafsirkan ayat ke enam dari surah al Ahzab : Imam Ahmad bin Hanbal menriwayatkan dari az Zuhri tafsiran beliau terhadap ayat “ Nabi itu terlebih utama bagi orang-orang beriman dari diri mereka sendiri”
Abi Salamah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a katanya : adalah Nabi saw bersabda :
Aku terlebih utama bagi setiap mukmin dari dirinya sendiri, maka mana-mana lelaki yang meninggal dunia dan meninggalkan hutang maka ia adalah menjadi tanggungan ku. Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan dia meninggalkan harta maka ia adalah menjadi milik para pewarisnya. (riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad bin Hanbal)
Berkata ibnu Katsir lagi mengenai ayat :
وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ
Dan isteri – isteri baginda adalah ibu-ibu mereka (al ahzab : 6) “Yakni mereka (para isteri RasuluLLah saw) adalah seperti ibu – ibu dari segi kemuhriman dan penghormatan”.
Ubbai bin Ka’ab dan ibnu Abbas r.a telah membaca ayat ini dengan menafsirkan :
Nabi saw itu terlebih utama bagi orang-orang beriman dari diri mereka sendiri dan isteri-isteri baginda adalah ibu-ibu mereka. Baginda adalah ayah bagi mereka.
Tafsiran dan bacaan seperti ini juga telah diriwayatkan dari Saidina Muawiyah, Ikrimah, Mujahid dan al Hasan r.a . ia juga merupakan salah satu pendapat (wajah) dalam mazhab Syafie sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh al Baghawi.
Para ulama’ (yang bersetuju dengan pendapat bahawa RasuluLLah saw adalah bapa rohani) telah bersandar kepada hadis riwayat Abu Daud sebagai dalil ke atas pendapat mereka itu. Sabda RasuluLLah saw :
Hanya sanya daku bagi kamu seperti kedudukan seorang ayah, daku memberikan pelajaran untuk kamu. Apabila kamu mendatangi tandas maka jangan menghadap kiblat atau membelakangkannya dan jangan pula kamu beristinjak dengan menggunakan tangan kanan.
Hadis ini juga diriwayatkan oleh an Nasaie dan Ibnu Majah demikianlah perkataan Imam Ibnu Katsir.
Bapa pada bahasa ialah sesuatu yang menjadi sebab bagi kewujudan sesuatu atau kebaikannya (qamus al munjid). Berdasarkan pengertian ini RasuluLLah saw adalah seperti bapa jika dilihat pada kesungguhan baginda saw memperbaiki para sahabat dan generasi selepas mereka . hubungan kebapaan ini adalah bersifat rohani yang terhasil dari penyerahan diri dan kepatuhan para sahabat terhadap risalah yang dibawa oleh baginda saw . ia adalah nasab rohani dan dini yang berpunca dari pemberian janji taat setia mereka kepada baginda (mubaya’ah).
Sabda RasuluLLah saw:
ليس بين الله وبين عباده نسب إلا بطاعته
tiada nasab antara Allah dan hamba Nya melainkan ketaatan pada Nya. Hubungan kebapaan ini juga berlaku kepada para nabi dengan para pengikut mereka sebelum baginda saw. Contohnya Nabi Luth berkata kepada kaumnya :
Nabi Luth berkata : wahai kaum ku ! mereka itu adalah anak-anak perempuan ku, mereka itu lebih suci untuk kamu.
Maksud ayat ini menurut sebahagian ulama’ tafsir ialah perkataan Nabi Luth yang ditujukan kepada pemuda kaumnya maksudnya “ kahwinilah wanita kaum ku mereka itu suci dari melakukan perkara yang keji”. Nabi Luth memanggil wanita kaumnya dengan “anak-anak perempuan ku” disebabkan hubungan rohani yang terjalin antara baginda dan kaum baginda.
Perkataan nubuwwah (kenabian) juga memiliki banyak makna dan di antara maknanya ialah bapa. Iaitu hubungan rohani yang terhasil dari penyerahan dan kepatuhan kepada ajaran baginda setelah memberikan janji setia. Perhubungan ini menyebabkan wujudnya keselamatan, keamanan dan penjagaan serta pemeliharaan dari dosa dan kejahatan musuh. Makna ini terpancar secara jelas dalam kehidupan para sahabat r.a dengan baginda Nabi saw.
Dengan berlalunya masa maka perasaan ini (RasuluLLah saw sebagai bapa) semakin kuat dan utuh dalam diri para sahabat, kita akan temui banyak bukti tentangnya dalam lembaran sirah baginda yang mulia.
Di antara kisah yang membuktikan sifat bapa RasuluLLah saw terhadap para sahabat ialah kisah baginda saw bermadah dengan Ibnu Abbas yang ketika itu masih kanak-kanak. Sabda baginda saw :
Wahai anak! Sesungguhnya akan daku ajarkan dikau beberapa perkataan; peliharalah Allah nescaya Dia akan memelihara akan dikau… Ketika baginda saw keluar ke celah-celah bukit di Madinah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Saidina Muaz bin Jabal yang akan berangkat ke Yaman, baginda memandang kepada beliau dengan pandangan kasih seorang ayah. Baginda menatap wajah Muaz sambil berkata “mungkin engkau tiada dapat lagi bertemu dengan ku selepas ini”. Disebabkan cintanya yang mendalam pada anaknya (saidina Muaz) baginda sempat berpesan “ jika kita tiada berjumpa lagi selepas ini maka ziarahilah kuburku”.
Suatu ketika baginda bergurau dengan seorang kanak-kanak dengan bernama Umair dengan menggeleteknya…begitu juga baginda pernah bergurau dengan seorang dewasa di pasar dengan menarik bajunya dari belakang lalu baginda berkata “siapa nak beli hamba ini”?
Pernah juga baginda saw berjenaka dengan seorang wanita tua dengan mengatakan orang tua tiada ke syurga. Baginda saw menjaga anak-anak yang kematian bapa atau ibunya seperti kisah anak-anak Saidina Jaafar yang gugur syahid di medan perang Mu’tah. Kisah keperihatinan baginda terhadap kesusahan seorang sahabat yang bernama Jabir bin Abdullah sehingga baginda sanggup membeli unta yang kurus kering daripada beliau kerana ingin membantu beliau. Banyak lagi kisah-kisah yang menunjukkan betapa hubungan Nabi saw dan para sahabatnya melebihi hubungan sebagai seorang bapa.
Disebabkan hubungan yang begitu intim yang terjalin antara Nabi saw dengan para sahabat r.a yang mana mereka itu berada di bawah jagaan dan asuhan seorang bapa yang sangat penyang iaitu Saidina Muhammad saw maka lahirlah generasi para sahabat yang hebat yang mempu menanggung amanah risalah selepas kewafatan baginda saw. Justeru kerana kasih baginda yang mendalam pada anak – anak baginda , maka mengingatkan pada kita :
لا تسبوا أصحابي
Jangan kamu mencela sahabat ku ! Meskipun kita sudah berada jauh dari zaman Nabi saw namun Allah masih memberi peluang kepada kita untuk berada di bawah naungan bapa rohani dengan kita berada di bawah tarbiyah seorang syeikh yang merupakan pewaris nabi saw. Apabila telah sabit bahawa RasuluLLah saw itu adalah bapa rohani maka sabitlah bahawa pewarisnya yang sempurna itu adalah sebagai bapa rohani. Hal ini berdasarkan kaedah usul fiqh :
إذَا ثَبَتَ الأصلُ ثَبَتَ الفَرْعُ
Apabila telah sabit hukum asal maka sabitlah hukum cabang.
Semua orang maklum bahawa Nabi Adam adalah bapa jasad kita dengan maksud jasad kita ini bermula dengan penciptaan jasad Adam. Sebagai ganti kepada Adam sebagai bapa jasad kita Allah menciptakan bapa kita sebagai bapa. Sedangkan rohani kita telah dijadikan oleh Allah beribu – ribu tahun sebelum djadikan jasad kita.
Jika nabi Adam a.s adalah bapa jasad kita dengan maksud ia menjadi sebab kepada penciptaan jasad kita, dan bapa nasab kita meneruskan tugas dan peranannya sebagai bapa jasad, maka begitu juga sepatutnya dengan rohani kita.
Hal ini kerana kejadian manusia itu sendiri yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani bahkan rohani manusia telah diciptakan oleh Allah beribu – ribu tahun lamanya sebelum jasad.
Ada sebuah hadis yang terdapat di dalam kitab ad durr an nafis yang menyebut :-
أنَا أبُوْ الأرْوَاحِ وَآدَمُ أبُوْ البَشَرِ
Aku adalah bapa segala roh dan Adam adalah bapa manusia.
Berdasarkan hadis di atas RasuluLLah saw adalah bapa rohani, justeru setelah kewafatan baginda saw tugas bapa rohani itu diwarisi oleh para pewarisnya yang benar yang dikenali dengan istilah mursyid.
Menurut Syaikh al Suhrawardi dalam kitabnya ‘awarif al ma’arif seorang syaikh adalah naib al rasul yakni pengganti Rasul dalam mendidik umat. Mereka adalah khalifah rohani RasuluLLah saw yang mewarisi ilmu, jiwa, amal, perjuangan, karamah yang pada hakikatnya adalah mukjizat Nabi saw.
Justeru apabila kita bertali dengan mereka maka bermakna kita membina hubungan rohani dengan mereka dan mereka adalah bapa rohani kita seperti RasuluLLah saw dengan para sahabat.
Berkata Syeikh Ahmad al Kamsyahanuwi di dalam kitab jami’ al usul fi al awliya’ :-
Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri. Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam. Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram. Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.”
Hadith : Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat.
Huraian:
Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut oleh lidah sahaja, bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut sebagai negara Islam dan mempunyai lambang keislaman, juga tidak bererti kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim.
Kita sering membicarakan tentang Islam akan menang, Islam akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu? Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir.
Di manakah kita ketika saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa? Pernahkah kita kenangkan nasib mereka walau sedetik? Pernahkah lidah mengucapkan doa kemenangan untuk mujahid-mujahid Islam ini?
Apakah sumbangan kita untuk mereka? Sebenarnya bangsa atau umat yang menjadi pilihan Allah yang akan sentiasa diberikan kemenangan ialah bangsa muslim yang hidupnya terus memperjuangkan agama Allah sekalipun mereka berlainan bangsa dan warna kulit.
Inilah konsep yang unggul mengenai negara dan rupa bangsa yang sentiasa beroleh kemenangan dan kekal merdeka.
* Gambar Sekadar Hiasan
Dalam melaksanakan ibadah, fungsi niat sangatlah penting. Karena itu, setiap muslim dan muslimah harus senantiasa memperbaiki niat dalam ibadahnya, yaitu ikhlas untuk Allah semata.
Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata, “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
‘Amalan-amalan itu hanyalah tergantung dengan niatnya. Dan setiap orang hanyalah mendapatkan sesuai dengan apa yang dia niatkan. Barang siapa yang amalan hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, hijrahnya itu karena Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya karena dunia yang ingin ia peroleh atau karena wanita yang ingin ia nikahi, hijrahnya itu menuju apa yang dia niatkan’.” (HR Bukhari dan Muslim)
Untuk itu, seorang hamba harus terus berupaya memperbaiki niat dan meluruskannya. Dengan demikian, apa yang dia lakukan berbuah kebaikan. Memperbaiki niat perlu mujahadah (kesungguh-sungguhan dengan mencurahkan segala daya upaya).
Niat secara bahasa artinya kehendak,rencana dan tujuan atas sesuatu. Dalam istilah para ulama, niat dimaksudkan untuk dua pengertian : Pertama, niat dalam pengertian kehendak hati yang membedakan antara satu ibadah dengan ibadah yang lain, seperti membedakan salat wajib dzuhur dari salat wajib Ashar atau yang membedakan shaum Ramadhan dengan shaum Nadzar.
Kedua, niat dalam pengertian sesuatu yang menjadi dasar dorongan dan harapan ataumotivasi suatu amal perbuatan. Yaitu apakah sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan atas dasar mengharap keridhaan dan pahala Allah SWT atau karena mengharap pujian dari manusia.
Dalam Al-Qur’an disebutkan kandungan dari niat itu, yaitu ”keinginan, harapan, dan kehendak.” Iraadah, ibtighaa, dan rajaa. Seperti dalam Firman Allah :
”Barangsiapa yang menginginkan keuntungan (pahala) akhirat, kami akan tambahkan keuntungannya, dan barang siapa yang menginginkan keuntungan dunia saja, Kami akan berikan sebagian darinya dan baginya tidak ada bagian keuntungan di akhirat sedikit pun”. (QS As-Syura : 20)
Walhasil, setiap orang akan mendapatkan apa yang dia niatkan: jika engkau niat karena Allah dan untuk negeri akhirat dalam amalan menjalankan syariat, maka anda akan mendapatkannya, namun jika anda berniat untuk dunia maka kadang dapat dan terkadang anda tidak dapat.