بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Antara nikmat Allah Taala yang teragung ialah ilmu. Rasulullah SAW bersabda: Para nabi tidak meninggalkan dinar dan dirham, tetapi meninggalkan ilmu. Ilmu tersebut diwarisi oleh ulama pewaris nabi. Antara ulama tersebut ialah Imam Abu Hasan al-Asyari, Imam Muhammad bin Idris al-Syafie dan Syeikh Junaid al-Baghdadi. Untuk meneruskan kesinambungan penyebaran ilmu tersebut kepada umat Islam, maka Maahad Tahzib wa Taalim ditubuhkan pada tahun 2008 dengan limpah kurnia dan taufiq daripada Allah Taala. Pengajian berasaskan kepada kitab-kitab turath yang ditulis oleh ulama Islam yang muktabar. Pengajian bermula dengan menghafaz ringkasan, penelitian syarah dan penghayatan dalam bentuk amalan. Oleh itu, pihak Maahad Tahzib wa Taalim menyeru semua umat Islam agar bersama membantu dan menyokong penyebaran ilmu Islam. Islam hanya dapat dipelihara apabila terdapat pendokong kepada ilmu Islam dan amalannya. Kesinambungan ini penting agar generasi akan datang dapat dibimbing daripada sudut jasmani dan ruhaninya. Segala kesempurnaan hanyalah bagi Allah Taala semata-mata. Moga usaha yang kecil ini dapat menyumbang dalam menambahkan ilmu agama kepada generasi semasa dan akan datang. Sesungguhnya sebaik-sebaik manusia ialah orang yang mempelajari al-Quran, mengajarkannya dan menyumbang kepada pengembangan ilmu Islam.
Segala infaq/sumbangan akan digunakan untuk:
Bayaran gaji Guru, Kakitangan & Ultiliti bulanan.
Pembelian barangan dapur basah & kering.
Tajaan makan bagi pelajar Fakir & Yatim.
Naik taraf kelas, asrama, tandas dan lain-lain.
Pembelian bantuan peralatan pembelajaran.
MAAHAD AL-TAHZIB WA AL-TA’ALIM atau ( MTWT ) ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan masih beroperasi sehingga sekarang. Maahad ini berdaftar secara sah dengan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) dengan nombor pendaftaran ( BZH 8028). Selain itu MTWT juga berdaftar sebagai ahli Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS) dan juga menjadi Penolong Amil Zakat Selangor yang bertauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Maahad Al-Tahzib menyediakan pengajian seperti berikut :
1. Pengajian Turath : Pengajian Kitab2 Arab
2. Pengajian Tahfiz : Pengajian Menghafal Quran
3. Pengajian Akademik : Subjek2 Asas
Alamat Sekolah : Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Semoga kita semua istiqamah dalam melaksanakan ibadah agar menjadi bekalan di akhirat kelak walaupun sedikit tetapi bernilai di sisi Allah s.w.t. semoga dimurahkan rezeki serta diberkati.