fbpx

Month: June 2021

RAHSIA SERTA KEAJAIBAN TULANG SULBI

Soalan : Ustaz. boleh tak ustaz terangkan tentang tulang ekor manusia (coccyx)? Terima kasih.

Jawapan :

Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yg terakhir dlm susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yg terletak dibahagian pinggul.

Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah:
“Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang ekornya, dari tulang ekor ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
Al Qurtubi didalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955.

Sahabat bertaya Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam ” Apakah tulang ekor wahai Rasullulah?” Lalu di jawab oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ,

KLIK DISINI

” Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” – (Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasululah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yg bermaksud: “Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan.” (Hadis Riwayat An-Nasa’i, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis-hadis di atas dapat disimpulkan bahawa:

  1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
  2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
  3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat drpd tulang sulbi.

Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dlm coccyx tidak akan hancur. Dalam kajian yg dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur & memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yg lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut & ternyata ia masih lagi hidup & utuh seperti biasa. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorg telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dlm tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu-ribu tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi

Dalam AL-Qur’an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud “Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup” (Surah Ali Imran, Ayat 27).

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang-tulang sulbi yang telah dikisar & dibakar tadi ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh & membentuk paksi janin yg lain yang seterusnya membuktikan kebenaran Al Quran dan hadis.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

KISAH JIN WALI ALLAH YANG PERNAH BERTEMU NABI MUHAMMAD S.A.W

Wali Allah dari Bangsa Jin

Kisah Jin Wali Allah yang Pernah Bertemu Nabi Muhammad SAW dan Nabi ISA AS. Fenomena keberadaan jin memang menjadi misteri bagi kita umat manusia. Namun sebagai umat yang beriman, kita diwajibkan untuk beriman dan mempercayai hal-hal yang bersifat ghaib.

Iman kepada sesuatu yang ghaib, salah satunya iman akan adanya bangsa jin, merupakan salah satu sifat yang dimiliki oleh orang yang bertakwa. Hal itu sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Alloh SWT melalui firman-Nya dalam Quran suroh albaqoroh ayat 2-3. Beriman kepada yang ghaib ialah beriman kepada sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera. Makhluk jin tidak dapat dilihat secara kasat mata karena termasuk makhluk ghaib.

Percaya kepada yang ghaib, yaitu mengi’tikadkan adanya sesuatu yang maujud, yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera. Namun ada dalil yang menunjukkan atas kebaradaanya. Seperti: adanya Alloh, Malaikat-Malaikat, Jin, Syaitan, Hari akhirat dan lain sebagainya.

Dalil-dalil yang menunujukkan keberadaan jin sangatlah banyak. Namun dua di antaranya adalah sebagai berikut:

  1. Firman Alloh yang artinya: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran.” [Q.S. al-Ahqof: 29].
  2. Rosululloh SAW bersabda: “Telah datang padaku da’i jin, lalu aku pergi bersamanya, kemudian aku membacakan al-Qur’an kepada mereka (kelompok jin).” [H.R. Muslim].

Imam Qurthubi dalam tafsirnya menuturkan, para ahli ilmu berbeda pendapat tentang asal-usul jin. Imam Hasan al-Bashri mengatakan bahwa jin adalah keturunan Iblis. Sedangkan manusia adalah keturunan nabi Adam AS. Keduanya, baik bangsa jin maupun manusia ada yang beriman dan ada pula yang kafir.

Jin muslim dapat pahala jika berbuat baik.

Seperti halnya manusia, jin juga akan memperoleh pahala jika berbuat baik dan akan mendapat dosa dan siksa jika berbuat kejahatan. Manusia dan jin yang beriman, serta taat kepada perintah-perintah Alloh SWT dinamakan wali (kekasih) Alloh. Sedangkan yang durhaka dan kufur kepada Alloh dinamakan syaitan.

Yang menjadi pertanyaan, mungkinkah Jin bisa mencapai derajat AuliyaILLAH? Adakah Jin Wali Allah? Berikut adalah Jawabannya…

KLIK DISINI

Tidak hanya mungkin, bahkan memang ada. Dalam kitab sifatus shofwah bab ahli ibadah dari bangsa jin, disebutkan beberapa jin yang menjadi waliyulloh. diantaranya.

Kisah Jin pertama:

Adalah Riwayat Sahal bin Abdillah saat bertemu dengan jin yang pernah bertemu dengan nabi Isa a.s dan nabi Muhammad S.a.w.

Ketika itu Sahl bin Abdillah berada di sebuah negeri bernama ‘Aad, beliau terkesan dengan sebuah kota yang di tengahnya terdapat sebuah gedung batu terukir yang dihuni oleh bangsa jin. Beliau pun masuk ke dalam gedung itu. Kemudian di dalamnya terdapat seorang lelaki yang tinggi besar sedang sholat menghadap kiblat. Lelaki itu memakai jubah yang terbuat dari bulu yang sangat indah. Beliau tidak hanya mengagumi bentuk tubuh lelaki itu yang tinggi besar, akan tetapi beliau juga lebih mengagumi keindahan jubahnya.

Kemudian beliau memberi salam kepadanya. Lelaki itu menjawab salamnya seraya berkata: “Hai Sahl, sesungguhnya tubuh itu tidak merusak pakaian. Akan tetapi yang merusak pakaian adalah bau dosa dan makanan yang haram. Jubah yang aku pakai ini berusia 700 tahun. Dalam jangka waktu itu aku bertemu dengan Isa dan Muhammad (alaihimas salam). Dan aku beriman kepada keduanya.”

Maka berkatalah Sahl, “Siapakah tuan?” Lelaki itu menjawab: “Aku termasuk di antara yang disebutkan dalam ayat pertama suroh al-Jinn “Katakanlah (hai Muhammad); Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya telah mendengar sekumpulan jin (akan Al-Qur’an) ….” [Suroh Al-Jin : 1].

Apakah jin bisa mati?

Kisah Jin Kedua:

Kisah Jin yang mati akibat pengulangan ayat pengingat mati. Yahya bin Abdurrohman al-‘Ashri berkata, telah menceritakan kepadaku isteri Khulaid, dari Khulaid berkata, “Adalah aku berdiri sholat maka aku membaca ayat ini, “Setiap yang Bernyawa Pasti akan Merasakan Mati….”. [Suroh al-Anbiya’ : ayat 35], aku membacanya berulang-kali.

Tiba-tiba ada yang berteriak kepadaku dari sekitar rumah. “Berapa kali kamu ulang ayat ini? Kamu telah membunuh dengan ayat tersebut empat kumpulan jin. Sehingga tidaklah mereka mengangkatkan kepalanya ke langit melainkan mereka mati akibat engkau mengulang-ngulang ayat tersebut”.

Selepas itu Khulaid pun menjadi sangat sedih mengetahui hal demikian. Apakah jin bisa mati? Dalam Fatawa al Haditstiyyah Imam Ibnu Hajar halaman 155, berkata Al Hasan bahwa jin tidak bisa mati. Sedangkan menurut Ibnu Hajar sendiri; jin bisa mati karena sudah banyak kejadian mereka mati, dikafani, dan dipendam. Wallohu a’lam bishshowaab.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

APA FADHILAT AYAT 1000 DINAR?

…. وَمَن یَتَّقِ ٱللَّهَ یَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجࣰا ۝ وَیَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَیۡثُ لَا یَحۡتَسِبُۚ وَمَن یَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَیۡءࣲ قَدۡرࣰا
[Surah At-Talaq 2 – 3]

Terjemahan: “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan untuknya jalan keluar (dari masalah hidup). Dan memberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (al-Talaq:2-3)

Ada diceritakan sebab ayat ini diberi nama ‘Ayat 1000 Dinar’, iaitu kerana seorang saudagar telah membayar sebanyak 1000 dinar untuk mendapatkan ayat ini dari seorang yang wara’, dikatakan fadhilatnya ialah

KLIK DISINI
KLIK

dapat menyelamatkan si-pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang melalui laut, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Maka dengan izin Allah s.w.t. hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana maut itu. Bagaimanapun, saya masih belum menemui sumber asal kisah berkenaan. Jika ada sesiapa yang tahu, sila beritahu al-faqir ini.

Dikatakan antara pengamalan Ayat 1000 Dinar ini ialah dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara, dapat menghilangkan keresahan bila dibaca waktu gelisah, juga dibaca ketika bila-bila dirasakan perlu dan lain-lain lagi. Saya telah menemukan dalilnya daripada sebuah hadith Nabi s.a.w. iaitu;

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنِّي لَأَعْلَمُ آيَةً لَوْ أَخَذَ بِهَا النَّاسُ لَكَفَتْهُمْ : وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا.

Terjemahan : Daripada Abu Zar katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku tahu satu ayat yang jika manusia mengambilnya, nescaya akan dapat mencukupi mereka semua, iaitu wa man yattaqillah….”.

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Darimi dalam Sunannya (no. 2725 atau 2609). Mafhum yang sama juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya (no. 4220) dan Imam Ahmad dalam Musnadnya (5/178). Namun menurut al-Sindi: “Dalam kitab al-Zawa’id disebut: Hadith ini semua para perawinya thiqah tetapi sanadnya terputus, iaitu Abu al-Salil tidak pernah bertemu dengan Abu Zar, menurut kitab al-Tahzib”. Maka sanad hadith ini adalah daif. Walau bagaimanapun, daif seperti ini dapat diamalkan dalam bab fadha’il amal.

Apa yang sedihnya, apabila ayat ini popular sebagai ayat pelaris, lalu ia hanya digantung di dinding-dinding kedai, sedangkan tuan pemiliknya tidak menyediakan pun ruang untuk bersolat di dalam kedainya sama ada untuk dirinya ataupun pekerjanya!! Kadang-kadang tandas pun tak ada air!! Mana tuntutan yang terdapat dalam kandungan Ayat 1000 Dinar tadi?

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Kematian Abu Jahal

ABU Jahal atau namanya yang sebenar adalah Abu Hakam bin Syams. Beliau adalah pemimpin Quraisy yang sangat kuat dalam menentang usaha Rasulullah SAW untuk menyebarkan Islam.

Beliau mendapat gelaran Abu Jahal kerana sikapnya yang jahil dengan kebenaran.

Apabila beliau mendengar bahawa Rasulullah serta umat Islam di Madinah cuba menyekat kafilah Abu Sufian, beliaulah orang yang paling lantang mengapi-apikan permusuhan kaumnya dengan Rasulullah.

Abu Jahal selalu memaki dan memburuk-burukkan Rasulullah di hadapan kaumnya. Beliau sangat

sombong dan selalu bercakap besar.

Beliau pernah berkata bahawa, beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan kembali sebelum tiba di Badar.

Mereka akan tinggal di sana selama tiga hari tiga malam, berpesta dengan riang ria sambil memotong kambing dan meminum khamar (arak), serta dihiburkan dengan syair-syair merdu yang dinyanyikan oleh wanita-wanita yang dibawa oleh mereka.

Semasa dalam Perang Badar, beliau dikawal oleh tentera-tentera yang ditugaskan khas untuk mengawalnya.

Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan bahawa telah datang kepadanya dua orang pemuda iaitu Muaz bin Amru dan Muawiz bin Afra bertanyakan perihal Abu Jahal. Lalu ditunjukkan kepada mereka kedudukan Abu Jahal.

Berlakulah pertembungan yang sengit antara kedua-dua pemuda itu dengan Abu Jahal. Muaz terus memukul dan memenggal separuh daripada kaki Abu Jahal.

Tiba-tiba anak Abu Jahal telah menetak sebelah tangannya sehingga terkulai, lalu Muaz mengheret tangannya yang tergantung itu dan ditanggalkan terus daripada badannya.

Muaz pun terus mengasak Abu Jahal dengan pedangnya sehingga terhumban jatuh dan hampir menemui ajal. Sementara Muawiz pula terus berperang sehingga gugur sebagai seorang syahid.

Setelah selesai peperangan, Rasulullah memerintahkan orang-orang Islam supaya mencari Abu Jahal. Akhirnya Abdullah bin Mas’ud menjumpai Abu Jahal yang ketika itu masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Abdullah meletakkan kakinya ke atas leher Abu Jahal dan memegang janggut beliau lalu memenggal kepala Abu Jahal dan dibawa ke hadapan Rasulullah.

Lalu baginda pergi ke tempat jasad Abu Jahal yang tersadai itu dan berkata, “Inilah dia Firaun umat ini”.

Melihat kepala Abu Jahal itu maka, Rasulullah SAW pun turun dari tunggangan baginda. Rasulullah mengadakan sujud syukur serta memuji kebesaran Allah SWT apabila musuh nombor satu Islam itu akhirnya mati di tangan tentera Islam.

Kematian Abu Jahal bermakna lumpuhnya kepimpinan kaum Musyrikin Quraisy Mekah. Sehingga kini nama Abu Jahal masih disebut-sebut sebagai orang yang menjadi musuh Rasulullah. Begitulah tragisnya kematian Abu Jahal di tangan tentera Muslimin.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

AKHIR ZAMAN : SUAMI TAAT PADA ISTERI TANDA AKHIR ZAMAN

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw. Bersabda, “jika harta rampasan perang diambil sebagai kekuasaan, amanat sebagai rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan ilmu agama, suami taat kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, menghina temannya dan merendahkan bapanya, munculnya suara suara (ceramah) di masjid-masjid, orang fasik menjadi tuan, orang hina menjadi pemimpin, orang yang mulia kerana ditakuti kejahatannya, munculnya para wanita yang suka bersolek dan alat-alat muzik serta khamar (arak) dimimum, umat sekarang melaknat generasi sebelumnya, maka pada saat itu berhati-hatilah dengan angin merah, gempa , penenggelaman, penghapusan, dan pemuntahan itulah tanda-tanda yang berturut-turut, seperti peraturan keadaan yang terputus, lalu diikuti yang lainnya. “(HR Tirmidzi)

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw. Bersabda, “Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang bersabar atas agamanya seperti orang yang memegang bara api.” (HR Tirmidzi)

Hadis di atas menunjukkan apa yang akan diperlihatkan dari sebagai ujian, musibah dan kesempitan kepada kaum muslimin sehingga

mereka menyembunyikan agama atau meninggalkannya. Mungkin juga boleh kita katakan bahawa sekarang ini ramai kaum muslimin yang kembali pada agama mereka untuk menjalankan pelbagai kewajiban dan sunahnya, seolah-olah mereka asing terhadap agama yang mulia ini. Dan, itulah Islam yang merupakan benteng dari setiap masyarakat yang sesat.

Setiap kali cubaan dan musibah bertambah, manusia semakin jauh dan hati menjadi ingkar, pedoman manusia hanya untuk dunia dan sedikit sekali dari mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya.

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah SAW. Ditanya tentang kiamat. Lalu, beliau bersabda, “Ilmunya hanya ada pada Tuhanku. Waktunya tidak jelas kerana hanya Dia yang mengetahuinya. Akan tetapi, aku beritahukan kepada kalian tanda-tanda yang akan berlaku menjelang kiamat itu. Sungguh, menjelang kiamat nanti akan berlaku berbagai fitnah dan haraj. “Mereka berkata,” Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui fitnahnya. Lalu, apa haraj itu? “Beliau menjawab dengan lafaz orang Habsyi,” Pembunuhan dan keingkaran yang akan menjumpai manusia. Seseorang tidak tahu mengapa ia membunuh orang lain. “(HR Ahmad)

Saya membayangkan bahawa turunnya hadis ini disebabkan oleh terjadinya banyak kebodohan dan keingkaran yang menyelimuti hati sebahagian kaum muslimin, lemahnya tali persaudaraan di atas kemasalahan bersama, tidak terdapat lagi orang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya serta tidak ada lagi ukhuwah islamiah.

Keingkaran seperti ini akan terus bertambah setiap kali kita makin dekat dengan kiamat. Sekarang ini sebahagian besar dari kita memandang tanda-tanda tersebut dengan pandangan luaran sahaja. Bahkan, telah ada perkataan-perkataan dari orang yang menandakan keingkaran tersebut seperti perkataan sebahagian manusia, “Kesibukan adalah kesibukan, Perniagaan adalah perniagaan, bekerja adalah bekerja dan dalam bekerja tidak ada rahmat dan cinta.” Semoga Allah SWT mengampuni kita dan tidak memurkai kita.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

ORANG-ORANG YANG DILAKNAT DI DALAM AL-QURAN DAN HADIS.

Dilaknat artinya disingkirkan dan dijauhkan oleh Allah dari rahmat-Nya, dan dimurkai oleh-Nya.

Orang-Orang yang dilaknat dan dikutuk di dalam Al-Qur’an:

  1. Orang-orang kafir dan yang ingkar

“Mereka berkata: hati kami tertutup. Tetapi sebenarnya Allah telah melaknat mereka karena keingkaran mereka; maka sedikit sekali mereka yang beriman.” (Al-Baqarah: 88)

“Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang yang kafir, dan menyiapkan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka).” (Al-Ahzab: 64).

  1. Orang-orang yang menentang kebenaran

“Hai orang-orang yang telah diberi Al-kitab, berimanlah kamu pada apa yang telah Kami turunkan (Al-Qur’an) yang membenarkan Kitab yang ada pada kamu sebelum Kami merubah wajahmu, lalu Kami laknat mereka sebagaimana Kami telah melaknat orang-orang (yang berbuat maksiat) pada hari Sabtu, dan ketetapan Allah pasti berlaku.” (Al-Nisa’: 47)

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al-Kitab? Mereka mempercayai Jibt dan Thaghut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekkah), bahwa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman. Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah. Barangsiapa yang dilaknat oleh Allah, niscaya kamu kamu tidak akan mendapat penolong baginya.” (An-Nisa’: 51-52).

  1. Para pemimpin dan pembesar yang menyesatkan

“Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam neraka, mereka berkata: sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan
kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.” (Al-Ahzab: 66-68)

  1. Orang-orang yang memutuskan silaturrahim, dan orang-orang yang murtad

“Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan memutuskan silaturrahim? Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan ditulikan telingan mereka serta dibutakan-Nya penglihatan mereka.” (Muhammad: 22-23)

  1. Orang-orang yang menentang undang-undang Ilahiyah dan menyimpan kebenaran.

“Sesungguhnya orang-orang yang menyimpan apa yang Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami menerangkannyakepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh semua makhluk yang dapat melaknat. Kecuali mereka yangtelah bertaubat dan melakukan perbaikan dan menerangkan kebenaran,
mereka itu Akulah Yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah: 159-160)

  1. Para pemimpin kekufuran dan pelaku kerusakan di muka bumi

“Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di muka bumi, orang-orang itulah yang mendapat laknat dan lagi mereka yang memperoleh kediaman yang buruk (Jahannam).” (Ar’d: 25).

  1. Orang-orang munafik yang menyakiti Rasulullah saw

“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allahakan melaknatnya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan.” (Al-Ahzab: 57)

“Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik, orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan kabar bohong di Madinah (dari penyakitimu), niscaya Kami perintahkan kamu untuk memerangi mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu melainkan dalam waktu yang sebentar, dalam keadaan terlaknat. Dimana
saja mereka jumpai, mereka ditangkap dan dibunuh dengan sehebat-sehebatnya.” (Al-Ahzab: 60-61)

“Allah mengancam orang-orang munafik laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka; dan Allah melaknat mereka. Bagi mereka azab yang abadi.” (At-Taubah: 68).

  1. Orang-orang yang zalim

“Penghuni-penghuni surga berseru kepada penghuni-penghuni neraka: Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang dijanjikan kami oleh Tuhan kami. Maka apakah kamu telah memperoleh dengan yang sebenarnya apa yang dijanjikan kepadamu oleh Tuhanmu? Mereka penghuni neraka menjawab: Betul. Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: Laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim.” (Al-A’raf: 44)

“Mereka itu (orang-orang yang zalim) balasannya: Sesungghnya atas mereka laknat Allah ditimpakan, demikian juga laknat malaikat dan semua manusia.” (li-Imran: 87).

  1. Orang-orang yang membunuh orang mukmin

“Barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal di dalamnya, Allah murka dan melaknatnya, dan menyiapkan baginya azab yang besar.” (An-Nisa’: 93).

  1. Iblis. (Al-Hijr/15: 35; Shaad: 78)

“Sesungguhnya atasmu (Iblis) laknat sampai hari kiamat.” (Al-Hijr/15: 35)

  1. Orang-orang yang menuduh berzina terhadap perempuan yang baik-baik dan suci

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita baik-baik dan beriman (berbuat zina), mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.” (An-Nur: 23)

  1. Orang-orang yang menyalahi pemimpin yang saleh

“Mereka selalu diikuti laknat di dunia dan hari kiamat. Ingatlah, sesungguhnya kaum ‘Ad itu kafir kepada Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum ‘Ad yaitu kaum Hud.” (Hud: 60).

“Itu adalah sebagian dari berita-berita negeri (yang dibinasakan) yang Kami ceritakan kepadamu (Mhammad); di antara negeri-negeri itu ada yang masih kedapatan bekas-bekasnya dan ada pula yang telah musnah.” (Hud: 100).
Orang-orang yang dilaknat di dalam hadis Rasulullah saw:

Rasulullah saw bersabda: “Ada lima orang yang dimohonkan laknat atas mereka dan semua nabi mengaminkannya: (1) Orang yang menambah kitab Allah dan meninggalkan sunnahku, (2) orang yang mendustakan takdir Allah, (3) orang yang mengatakan halal atas nama keluargaku apa yang diharamkan oleh Allah, (4) orang yang mementingkan dirinya dalam harta rampasan perang yang dihalalkan baginya, (5) orang yang mengajak berbuat baik sementara dirinya meninggalkannya atau melarang orang lain berbuat dosa sementara dirinya melakukannya.” (Al-Wasail11: 271).

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram