Al Imam Al Hafiz Jalaluddin As Sayuthi رحمه الله تعالى (Wafat Tahun 911 Hijrah) menyebut dalam kitabnya Al Itqan Fi Ulumil Quran :
وَ أمّا أَخْذُ الأُجْرَةِ على التَّعليمِ فَجاَئِزٌ، فَفِي البُخـَارِيّ : إنَّ أَحَقَّ ما أَخَذْتُمْ عَلَيْهِ أَجْراً كتابُ اللهِ
” Dan adapun mengambil upah atas mengajar sebarang ilmu (Al Quran dsb) maka adalah di haruskan berdasarkan Hadis yang Di riwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari رحمه الله :
” Sesungguhnya yang paling berhak untuk kamu mengambil upah atasnya ialah kitab Allah (yakni mengajarkan Al Quran dn ilmu)”.
Dan Al Imam Imamul Huda Abul Laith As Samarqandi رحمه الله تعالى (Wafat Tahun 373 Hijrah) menjelaskan dalam kitabnya Bustanul Arifin tentang mengambil seseorang akan upah atau saguhati dari ilmu yang di smpaikan :
التعليم على ثلاثة أوجه :
أحدها : للحِسْبَةِ، و لا يَأْخُذُ بِهِ عِوَضًا.
الثاني : أن يُعَلِّمَ بِالأُجْرَةِ.
الثالث : أن يُعَلِّمَ بِغَيرِ شَرْطٍ، فَإِذَا أُهْدِيَ إِلَيْهِ قَبِلَ
فالأَولُ مَأْجُوْرٍ ،و عليه عَملُ الأَنبِيَاءِ، والثاني : مُخْتَلَفٌ فِيهِ و الأرْجَحُ الجَوَاز، والثَّالِثُ : يَجُوزُ إِجمَاعاً ، لِأن النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كان معَلِّماً لِلخَلْقِ و كان يَقْبَلُ الهديَّةَ. انتهى
” mengajar dan menyampaikan ilmu itu terbahagi pada 3 keadaan :
Yang pertama : mengajar secara ‘Hisbah’ iaitu tidak mengambil sebarang upah atau ganjaran.
Yang Kedua : mengajar dengan mengambil sedikit Upah.
Yang ketiga : mengajar ilmu tanpa meletakkan apa jua syarat atau kadar upah, dan dia menerima sebarang hadiah dalam bentuk wang ringgit atau sebagainya jika di berikan.
Bagi golongan yang pertama : di berikan pahala yang besar,kerana ia merupakan amalan para Nabi عليهم الصلاة والسلام
Golongan yang kedua : di perselisihkan ulama berkenaan hukumnya dan pendapat yang paling kuat sekali ( راجح) adalah Harus.
Golongan yang ketiga : di sepakati Harus secara Ijmak Ulama, kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri adalah Seorang Guru yang mengajar sekalian umatnya akan tetapi baginda tetap menerima sebarang Hadiah dari para sahabatnya. “
Jikalau di tanya tentang pendirian dan sikap saya, jemputlah saya mengajar di mana pun, yang penting bukan saguhatinya tetapi tunjukkan kesungguhan untuk menuntut ilmu. Bawa kitab, jaga adab dalam majlis ilmu, bertanya jika tak faham , menghormati guru semasa pengajian atau selepasnya.
jangan semangat di awalnya sahaja lepas tu lesap, bahkan terus istiqamah , jikalau tak di beri sebarang saguhati pun saya sanggup datang, Insyallah.
Rezki Allah luas atas muka bumi ini bagi penuntut ilmu macam saya.
من طَلَبَ العِلْمَ تَكَفَّل اللهُ بِرِزْقهِ
“Sesiapa yang menuntut ilmu maka di jamin baginya akan rezeki (Jaminan Khusus) “